Click to Follow...

Friday, 29 August 2014

Selamat Hari Lahir Abah Yang Ke-60


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas, 25 Ogos 2014 Abah AJ genap 60 tahun.....
Alhamdulillah, Allah swt masih mengurniakan AJ dengan kasih sayang dan seorang insan bergelar Abah...
Macam sebelum ni, setiap kali hari lahir mak atau abah kitorang bawak pegi makan je...
Takdelah nak tiup-tiup lilin bagai kan...... =D


Dari siang AJ duk fikir nak bawak makan kat mana....
Tanye kakak AJ, dia pun takde idea....
Penyudahnya, fikir punya fikir.... Nu Sentral jadi pilihan.....
Senang sikit.....
Dekat dengan rumah dan tak payah tempuh jem....
Masa besday mak aritu, sejam setengah kot duduk dalam jem baru sampai lokasi....
Hehehehehehe....


Sampai kat sana, The Manhattan Fish Market yang jadi pilihan "birthday boy"....
AJ duk kalut jugak fikir sebenarnya...
Ade menu lain ke selain fish kat situ......
Yelah, AJ kan pelik sikit tak makan ikan.... Hehehhehehhe....
Alhamdulillah menu-menu kat situ menepati citara AJ...
Bukan tekak AJ je, paling penting menepati citarasa orang tua AJ....



Alhamdulillah.... Ada rezeki AJ untuk belanja Abah makan......
Gaji pun keluar tepat pada waktunya.... Kannnnnnnnn... =D
Yang paling seronok lagi, bila AJ tengok abah tersenyum gembira.....


Untuk Abah...
Selamat Hari Lahir yang ke-60...
Takde hadiah mewah yang dapat adik hulurkan...
Sekadar yang termampu je....
Adik doakan Abah sentiasa panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.....


Anak yang degil ya amat ni sayang kat Abah sangat-sangat tau... =D

P/s : Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat senyuman bahagia insan tersayang...




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 27 August 2014

Review : Rose Hair Perfume Dari Legacy Secret


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Rose Hair Perfume??
Pernah dengar??
AJ pasti ade antara korang yang penah dengar dan cuba sendiri kan?
Selain badan, AJ paling menjaga kesihatan rambut AJ....
Bila ade masalah dengan rambut, kulit kepala semua AJ akan jadi runsing....
Selagi ada produk selagi tu lah AJ akan cuba.. =D
Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan Rose Hair Perfume ni pulak...

Rose Hair Perfume merupakan 1 produk yang dihasilkan khusus untuk wanita terutamanya wanita bertudung..
Produk ini berfungsi sebagai wangian rambut bagi mengurangkan bau-bauan kurang enak...

Produk keluaran Legacy Secret Sdn Bhd ini diperkaya dengan ekstrak ros menjadikan rambut anda berbau wangi bak haruman bunga mawar.
Selain itu ianya diperkaya dengan collagen dan vitamin E serta air suling menjadikan rambut lebih mudah diurus, tak cepat rosak dan juga membantu melebatkan rambut.

Antara kelebihan / khasiat Rose Hair Perfume :

-Membantu menyihat rambut.
-Membantu mewangikan rambut terutama bagi wanita bertudung.
-Membantu mengelakkan rambut  rapuh.
-Membantu mengatasi rambut gugur.
-Membantu pertumbuhan rambut baru.

*Kajian mendapati 10/10 pengguna mengakui rambut masih berbau harum walaupun lebih 8 jam memakai tudung.

Cara penggunaan Rose Hair Perfume :

Ambil sedikit dan ratakan ke seluruh rambut..
Gunakan selepas mandi..

AJ selalu guna selepas mandi ketika rambut masih separa basah...
Lepas guna tu kan, memang rambut nak letak kat hidung je la...
Bau dia wangi sangat.... Macam bau potpuri.. =D


Harga pasaran bagi sebotol Rose Hair Perfume 25gm:
RM 30 bagi Semenanjung Malaysia
RM 35 bagi Sabah dan Sarawak


Ehhhhhhh.... Kejap-kejap....
Belum habis lagi..... Scroll la lagi....
AJ ade lagi 1 info penting untuk maklumat korang tau.....

Cara Mengenalpasti Produk Asli dan Tiruan


Sekarang ni terlalu banyak lambakan barang tiruan dalam pasaran kan...
So macam mana nak tau produk yang dibeli ni original dari Legacy Secret??
Meh AJ bagitau korang info penting ni....

Melalui beberapa cara di bawah, korang boleh tau produk itu asli atau tidak.

1. Pengesahan Melalui Visual
Korang boleh tengok perkataan "LS" dari sudut 15 darjah.


 2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Korang boleh rasa ada cetakan yang timbul bila menyentuh label dengan jari.


3. Pengesahan Melalui QR applikasi WeChat
Imbas kod dari label yang terdapat pada produk, dan info mengenai produk akan dipaparkan.
WeChat ID : harummalam



Ingat ye.... 1 QR kod tu korang boleh imbas 5 kali je....
Jika melebihi had, korang akan diberikan nombor telefon untuk pengesahan produk....

Haaaaaa..... Pastikan korang beli yang asli ok!
Produk tiruan dikhuatiri akan memberikan kesan sampingan.....
Kang nak cantik, wangi terus jadi teratai layu di tasik madu pulak kang gara-gara terbeli produk tiruan....


Dah tau kan? Jangan beli produk tiruan pulak ye... =D

Untuk segala maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman sesawang yang AJ sertakan kat bawah ni....

www.legacysecret.com
www.harummalam.com
www.facebook.com/WanitaPerfect
www.facebook.com/HarumMalamHQ
www.facebook.com/LegacySecretTrading

P/s : Wangi, harum semerbak!

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 23 August 2014

Review : Serum Rambut COOLHIJAB



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Dah hampir 2 minggu AJ mencuba produk serum rambut COOLHIJAB....
Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan hati AJ.....

Sebelum AJ start, jom berkenalan dulu dengan serum rambut COOLHIJAB

COOLHIJAB merupakan serum rambut yang dicipta khas untuk wanita bertudung...
Tapi, bukan wanita bertudung saja yang boleh menggunakannya tau...
Sesiapa yang berambut boleh cuba dn mesti cuba.....
Produk ini memastikan kulit kepala dan rambut kita berada dalam keadaan selesa, suci dan membuatkan kita lebih berkeyakinan.....
Yelah, kalau kulit kepala dan rambut kita tak berada dalam keadaan yang selesa, nak berdepan orang ramai pun rasa tak yakin kan...?

chweb1a

Serum rambut ni banyak kelebihannya... Antaranya :

-Menghilangkan bau hapak
-Menyejukkan kepala dan rambut
-Melembutkan dan menyinarkan rambut
-Mengurangkan kelemumur
-Mengelakkan kegatalan kulit kepala
-Memperbaiki rambut yang rosak
-Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
-Melegakan sakit kepala dan migrain
-Memberikan kesegaran minda
-Merawat kepala yang berminyak atau kering
-Menghitamkan rambut beruban

COOLHIJAB diperbuat daripada bahan yang halal dan berkualiti, dijamin boleh gunakan tanpa was-was.... 


chweb7

 Apa yang membuatkan AJ suka dengan serum rambut COOLHIJAB ni?

Haaaaaa..... AJ ni boleh dikatakan hari-hari naik motor...
So bila dah naik motor, confirm lah hari-hari pakai helmet kan??
Helmet ni kita tak cuci macam cuci baju.... Setiap kali pakai, setiap kali lah cuci kan.......
Jadi, kulit kepala AJ akan rasa gatal je.......
Nak pulak bila menunggang time-time tengah hari, panas rembang tu kan.....
Bila start pakai serum ni bukak helmet je rase sejuk... Takde dah nak garu-garu kepala macam berkutu....

Lepas tu, AJ ni pewarna rambut tegar....
Boleh dikatakan setiap 3-4 bulan sekali AJ akan warnakan rambut....
So rambut AJ ni sometime akan jadi kasar macam dawai...
Nak pulak lepas sesi warna rambut......
Dengan COOLHIJAB, AJ dah tak payah risau pasal isu rambut bak dawai tu......
Rambut pun dah bertambah sihat, tak kusam....
Bau dia pun wangi je..... Tak rasa berminyak pun bila pakai....

Acaner???
Ade rasa nak "cuba try test" serum rambut COOLHIJAB ni tak???
Kalau ada korang boleh hubungi AJ terus.....
Boleh PM AJ kat facebook ataupun email je....
Komen kat sini pun boleh...
Kalau korang serius nak membeli, AJ akan bagi contact no untuk memudahkan urusan ok..... =D 

Eh!! Sekejap!!!
Lupa pulak nak bagitau harganya.....
Haaaaaaaaa...... Takdelah sampai beratus-ratus kan....
Harga mampu milik.....
Sebotol cuma RM 65 sahaja untuk 30ml.......
So apalagi dapatkan COOLHIJAB dari AJ tau...
\
chweb6b

P/s : COOLHIJAB... Sooooooooooooooooo COOL!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 22 August 2014

Sungguh Hati Tak Tega.... #MH17


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sungguh hati ini tak tega....
Saat melihat keranda berbalut Jalur Gemilang diusung keluar dari perut pesawat...
Saat melihat keranda mangsa diusung anggota pertahanan negara ke kereta jenazah...
Saat melihat airmata setiap ahli keluarga mangsa MH17 berderaian jatuh...
Malahan turut mengundang airmata jutaan rakyat Malaysia.......

Sungguh hati tak tega....
Melihat ibu dan bapa menangisi pemergian anakanda tercinta...
Melihat anak kecil dikendong lelaki beruniform kerana disangka itulah bapanya...
Melihat anak-anak kehilangan ibu atau bapanya...

Sungguh hati tak tega....
Melihat segala tangisan dan airmata....
Membaca setiap luahan mereka yang mengalaminya...
Mendengar kata-kata semangat untuk setiap ahli keluarga mangsa...

Sungguh hati aku tak tega....
Ya Allah.. Sedihnya, sebaknya dada.....
Al-Fatihah buat semua mangsa dan takziah buat keluarga mereka.....
Semoga diberikan kekuatan, ketabahan hati dalam menempuhi ujianNYA.....

Nukilan,
"AyueJean aka AJ ,
22 Ogos 2014"

 Senarai nama mangsa yang dibawa pulang hari ini...


 
P/s : Tak sanggup nak scroll FB ke ape ke...
Sedih bila tengok gambar-gambar ahli keluarga yang tinggal tu....
Tak taulah macam mana kalau berada ditempat mereka.....

 







 

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 15 August 2014

Majlis Jamuan Aidilfitri di Ofis...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam ofis AJ buat majlis sambutan Aidilfitri.....
So mood nak buat keje tu memang nan hado la kan...
Hehehhehhe......

But first, let we take selfie!!


Posing dengan Mr.JR pulak....
Hehehhehehhe..... Menyempat!
(AJ dengan Mr.JR seopis sejak Jun lepas....
Tapi AJ senior okay... =P)

Datang keje warna warni je nampak......
Anggun dan kacak bergaya masing-masing dengan baju raya...
Tapi warna purple dengan biru memang memonopoli sambutan semalam..... Termasuklah AJ......
Niat hati nak pakai baju kurung yang AJ tempah untuk raya tu.....
Tapi malasnye la nak meng"iron" baju pepagi tu.... So AJ pilih baju 10 tahun lepas...
Wahhhhhh...... Tak sangka ek muat lagi.... Sampai kawan sekolah pun tegur kat fb....
"Macam kenal je baju tu beb.... Muat lagi ek...."
Bangga tau still muat......
Tapi yang peliknya, baju yang tempah 2 tahun lepas pulak dah sendat......

AJ si kuat makan....
Hehehehhehe...
(Cerita sebenar di bawah....)

Okay berbalik cite majlis aidilfitri.... Tersasar jauh dah cite AJ tadi.....
Majlis start pukul 12 tengah hari.....
Dalam majlis tu, adelah 2, 3 games diorang buat....
Ikat sampin, teka makanan, reka sampul duit raya dengan catwalk untuk best dress....
AJ diorang pilih untuk teka makanan.....
Haaaaa.... Asal bab makan bagi kat AJ kan.....
Tak sangka semua yang AJ teka betul... terutama kuih samperit....


Catwalk kate ko! =P

Lepas tu terpilih shortlisted best dress..
Walau tak menang, AJ enjoy gile..
Lagipun kan, AJ pilih baju tu bukan untuk best dress...
Pilih sebab baju tu tak payah nak iron..... =P
Dah kene warning, jangan menang best dress lagi... Hahahahha......
Ok fine... Tak menang pun kan....

Jom layankan gambar-gambar yang disnap oleh beberapa orang photog....
Berjalan-jalan kamera AJ, tuan kamera pulak foya-foya lah! =P


Haaaaa...... Sudah-sudahlah tu ek...
Kang kalau upload semua kat sini jenuh pulak korang nak scroll......
Total pic yang AJ upload kat album facebook tu pun dah 412 photos..
Hehheheheheh...

Amacam??? Nampak meriah tak???

P/s : Opsss.....
Terpanjang pulak entri ni.......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"