Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 28 March 2014

Belasungkawa : Datuk Ali Mamak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam industri seni tanah air dikejutkan dengan berita kematian Datuk Ali Mamak yang merupakan pelawak terkenal sekitar era 80an...
Antara sitkom beliau yang paling diingati adalah Santan Berlada....
Masa zaman tu AJ kecik lagi.... 
Dan beliau juga seorang penyanyi....
Antara lagu dia yang AJ suka dan AJ masih dengar sampai ke hari ni, lagu Apa Dah Jadi dengan pelawak Abon.... Siap save kat PC ofis dengan pendrive lagi tau....

Gambar kenangan dengan Allahyarham....
Sempat dia berseloroh masa kitorang suruh dia berdiri tengah-tengah : "mentang-mentang aku hitam, korang suruh berdiri kat tengah ye.."

Beliau disahkan meninggal dunia jam 4.20 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat kanser tahap kedua....
Berita kematiannya mengejutkan ramai pihak termasuklah AJ....
Takde pulak dengar desas desus mengenai sakit beliau....

Allahyarham merupakan anak kelahiran  Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka...
Sudah berkecimpung dalam bidang seni selama lebih kurang 25 tahun dan dianugerahkan gelaran Darjah Seni Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk..

Allahyarham telah selamat dikebumikan sebelum Zohor semalam di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Selangor...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham...
Semoga beliau ditempatkan dikalangan insan beriman.....

P/s : Penah beberapa kali jumpa, tak penah lokek dengan senyuman dan selalu buat AJ tak kering gusi dengan ayat spontannya....
Al-Fatihah Datuk Ali Mamak (1951-2014)


Dah Jadi Lumrah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Memang inilah lumrah hidup kan....
Banyak bila itu dan bila ini....
Sampai kadang-kadang rase macam buat itu salah, buat ini salah..
Habis kalau semua salah, nak buat ape je bagi betul??

Renung-renungkanlah.....
Ingat ye, kita yang membentuk diri dan persekitaran sekeliling kita.....
Tepuk dada, tanya selera.....

P/s : Yang betul kita kekalkan, yang salah kita betulkan...

Wednesday, 26 March 2014

Review : L'Occitane Rose 4 Reines


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini AJ nak review produk L'Occitane : Rose 4 Reines Body & Bath Series...
Pertama kali mencuba produk ni, AJ tertarik dengan bau haruman dia...
Aromanya seperti English Rose diperkaya dengan 4 jenis bunga Rose/Mawar...
Harumannya juga tahan lama dan menyegarkan...
Sampaikan ade yang cakap AJ mandi dengan potpuri....
Hehehheheh.... =D


Gel Mandian Rose 4 Reines
250ml RM82
Mengandungi essence mawar dan air mawar bunga yang diperolehi dari penyulingan bunga-bungaan.
Memiliki ciri-ciri astringen, menenangkan dan menyegarkan.
Rose Gel Mandi & Mandian membersih kulit, meninggalkannya halus wangi.
Rumusannya sangat lembut dan berbuih halus...
Bila mandi aromanya tu memang sangat menenangkan perasaan.....

Losyen Susu Rose 4 Reines
250ml RM118
Diperkaya dengan khasiat minyak biji anggur, losyen susu cepat diserap dan  meninggalkan kulit yang lembut apabila disentuh....
Ianya juga bertindak menghaluskan kulit dan tidak melekit...


Krim Tangan Rose 4 Reines 
75ml RM80
30ml RM38
Krim tangan dengan pembugkusan baru ini diperkaya dengan Shea Butter dan vitamin E..
Bertindak memperbaiki, menyuburkan dan melindungi tangan setiap hari. 
Melembap dan menghaluskan kulit tangan dengan haruman yang segar dan sedikit bau buah daripada Mawar Grasse, Mawar Bulgaria, Mawar Maghribi dan Mawar Turki...

Rangkaian Rose 4 Reines memang betul-betul buat AJ jatuh cinta..
Kalau korang nak cuba sendiri kesegaran Rose 4 Reines Bath & Body series, boleh ke outlet L'Occtane yang berdekatan....

P/s : Wangi!

Monday, 24 March 2014

Penerbangan MH370 Berakhir Di Lautan Hindi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTRA



Ketika dan saat ini, seluruh dunia semestinya sedang bersedih mengenai berita yang baru disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...
Penerbangan MH370 yang sepatutnya menuju ke Beijing, disahkan berakhir di Lautan Hindi pada hari ke 17 pesawat hilang dari radar.....

Ya Allah......
Tersentuh hati AJ bile dengar berita ni....
Airmata automatik berjurai-jurai mengenangkan nasib para penumpang pesawat berkenaan....
Takde kata yang mampu menggambarkan perassan AJ sekarang ni.....
Tak dapat AJ bayangkan perasaan dan keadaan keluarga mereka....

Ya Allah, berilah ketabahan buat mereka dalam menghadapi dugaan dan berita sedih yang maha berat ini.....
Al-fatihah dan takziah buat para penumpang MH370......
Sesungguhnya hati ini masih mengharap masih ade keajaiban...... =(

P/s : Sedih Yang teramat sangat.....

Saturday, 22 March 2014

Oh Monopod!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni memang monopod sangat IN....
Kat mane je cakap pasal monopod....
Termasuklah AJ...
Punyalah nakkan monopod sampai up status kat facebook....
Hahhahahha..
Lepas tu browse la kat sana sini nak cari monopod yang harganya berpatutan....
Kebanyakan yang jual kat Malaysia ni, agak mahal lah....

Yelah, AJ ni kejap je guna pun...
Contohnya fish eye clip lens tu la kan....
AJ ade jugak beli sebenarnya....
Eh salah! Kang ade orang kata AJ lupa diri.. =P
Bukan AJ beli... Mr.JR belikan..... Hahahhaha...
Penyudahnya gunanye tidak...... Terperosok je dalam handbag walaupun dibawa kehulu kehilir..

Okay, balik cerita monopod.....
AJ survey-survey paling murah dalam RM35, tapi dia takde khidmat COD walaupun jarak dia dengan AJ sekangkang kera je pun.....
So tak nak "TER"tipu, AJ tak jadi beli..
Malam aritu pulak, AJ lepak dengan Mr.JR....
Duk cakap monopod-monopod.... Sebenarnya dah lama pun cakap pasal monopod tu...
Lepas tu dalam AJ sibuk-sibuk survey dia cakap "dah tak payah!"
Rupanya, dalam diam dia dah orderkan monopod dari e-bay.....
So sekarang ni, my monopod is all the way from oversea!
Yeayyyy!!!!
Terus senyum lebar...... =D
Thanks ye Mr.JR.... Pasni I cakap nak beli Ferrari Panamera pulak....
Boleh order dari e-bay jugak tak?? =P

Sementara tunggu monopod AJ tu sampai, AJ usung "penyopod" ni dululah....
Ade tak yang nak selfie sesama?? =P


P/s : Lepas ni SELFIE sokmolah! Lebih banyak dari biase.. =P
Tak payah pakai penyopod dah...
Hahhahahaha....

Thursday, 20 March 2014

Sibuknye!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Ya ampun...
Rase macam dah lama sangat tak update blog....
AJ sibuk sesangatlah minggu ni....
Dengan buat keje pakai sistem lama dan sistem baru kat tempat keje lagi...
Dengan closing lagi minggu ni...
Tak memang tangan dibuatnya..... 
Balik keje, memang malaslah jadinya nak update apa-apa kan...

Sekarang ni, balik keje pun dah tak "ON TIME"
Selalu cukup 5.30 petang kan, AJ antara yang terawal balik....
Hahahhahaha....
Kemain kan... Sampai ofis antara paling lambat... Balik laju je... =P
Nampak permainan dia kat situ??

So ni pun berbasa-basi dengan encik blog kejap sementara tunggu Mr.JR sampai..
Kesian pulak blog ni terabai kan..
So amik masa sikit hai-hai, bye-bye...
Sebenarnya banyak je bende nak story-morry.....
Tapi masa tak mengizinkan untuk AJ update...
Sampai sini dululah ye..... =D
Daaaaaaaaaaaa.......
XOXO

P/s: RINDU korang!!!!!

Sunday, 16 March 2014

Insiden FMFA2014 | Al-Fatihah Kawan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Belum pun reda kisah MH370, negara digemparkan lagi dengan kes kematian 6 orang di Future Music Festival Asia 2014, Bukit Jalil...
Kematian anak muda tersebut dikatakan akibat penyalahgunaan bahan terlarang...
Wallahualam.....


Mulanya, AJ tak kisah sangat pasal berita ni...
Sehinggalah pagi tadi, AJ terbaca nama-nama dan no kad pengenalan mangsa terlibat.....
Berderau darah bile 1 nama tu AJ macam kenal sangat tengok tarikh lahir pulak macam mengiyakan telahan AJ....
Terus AJ type nama dia kat fb... Tapi fb dia dah deactivate pulak...
AJ cari punya cari, memang sah salah seorang tu merupakan kenalan lama AJ.....
Kami takdelah rapat, tapi kenal dan penah keluar sesame suatu ketika dulu....
Ya Allah... Sedihnya bile AJ baca mengenai kisah pemergian dia dan mereka....

Al-Fatihah kawan.....
Semoga kau tenang disana...
Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang...

Kepada semua, kita manusia biase tak layak untuk menghakimi dan mengadili pengakhiran seseorang....
Bukan AJ bela kerana salah seorang tu kenalan lama AJ...
Tapi apa sahaja kisahnya, itu urusan mereka dengan Penciptanya...
Kita doakan yang terbaik buat mereka dialam sana....

P/s : Sedih.....
Dah lame tak dengar berita, tau-tau begini kisahnya.... =(


Friday, 14 March 2014

Dress Buat Wanita!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Dress begitu sinonim dengan wanita dan merupakan antara pakaian yang sering menjadi pilihan....
Tak hairanlah kalau trend dress ni tak penah padam dari dunia fesyen dimana sahaja....
Malahan saban tahun, pelbagai rekaan dress terkini pasti akan terhasil tak kira sama ada lebih moden taupun menggabungkan idea lama dan baru yang diinspirasikan dari tahun sebelum-sebelumnya....
Ia memberikan impak yang positif kerana ada koleksi dress terbaru yang bakal mencetuskan fenomena..

Bagi AJ sendiri, dress merupakan salah satu pakaian yang wajib ada tak kira dress labuh mahupun dress singkat..
Pemakaian dress membuatkan AJ tampil lebih elegan dan dapat menyerlahkan keayuan seorang wanita dalam diri AJ sendiri....
Lagipun kepelbagaian fesyen dress membuatkan ianya sesuai digayakan pada bila-bila dan apa jua acara.....


Sebenarnya kan, tak susah pun buat seseorang wanita untuk menggayakan apa sahaja pakaian termasuk dress selagi kita memahami cara dan fungsi pakaian tersebut...
Menggayakan sesuatu gaya tersebut bermula dengan cara pemahaman kita sendiri sama ada stail yang ingin digayakan sesuai dan menepati citarasa kita....
Selain itu, ianya juga haruslah bersesuaian dengan penampilan agar menyerlahkan personaliti dan kredibiliti anda di khalayak ramai....
Memakai sesuatu yang selesa akan membuatkan kita tampak lebih berketrampilan dan menyerlah diri kala berhadapan dengan orang lain dalam situasi tertentu.... =D


So korang masih lagi tercari-cari dress untuk dipakai ke majlis atau makan malam istimewa dengan orang tersayang tak???
AJ sarankan korang beli je secara online di website shopping terkenal ZALORA....
Banyak koleksi dan pilihan dress menarik daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan yang ditawarkan tau..
Apa tunggu  lagi, kunjungi laman web ZALORA dan alami pengalaman membeli belah secara online terbaik di Malaysia!!!!
Jangan lepaskan peluang tau.....

P/s : AJ antara salah seorang customer tetap Zalora....
Senang, cepat dan mudah.... =D

Konsert Teaterikal Suara Kita "Awie, Erra & Ziana", Mengancam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, 9 Mac 2014 bertempat di Istana Budaya berlangsungnya Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan gandingan mantap Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain....
Siapa yang tak kenal mereka kan??
Dari zaman sekolah lagi AJ memang sangat meminati 3 figura ini....
Masih AJ ingat lakonan mantap mereka antaranya Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan sebagainya.....



Berpeluang menonton persembahan mereka secara live sememangnya 1 penghargaan buat AJ....
Terima kasih kepada www.celcomESCAPE.com atas kesudian menaja tiket AJ, Mr. JR dan beberapa orang blogger lain.....
Persembahan petang itu boleh AJ katakan sebagai sangat mantap walaupun itu persembahan yang ke lapan dan terakhir buat mereka..
Bak kata Kak Ziana dah tinggal tenaga-tenaga terakhirlah aritu... =D

Persembahan dimulakan dengan tayangan VT dari zaman kegemilangan mereka sehinggalah kini....
Kemudian persembahan pembukaan oleh Erra Fazira, Ziana Zain dan seterusnya Awie...
Pihak penganjur juga memberi peluang buat penonton untuk merakamkan video dan mengambil gambar selama 10 minit pertama...
Wahhhhhh... Bukan senang tau! So apa lagi, keluarlah segala telefon dan kamera... =D
Tapi videonya AJ tak dapat nak transfer kat PC pulak..... Tak dapat nak tunjuk kat korang....
Tapi kalau nak tengok jugak, boleh Klik Sini...

Awie
Lakonannya sangat bersahaja....
Ada masanya, telatah Awie sangat mencuit hati para penonton...
Dah macam tengok Maharaja Lawak Mega pulak.... =P
Suaranya yang rock tu memang menggegarkan Panggung Sari..
Ternyata di usia 46 tahun, Awie masih lagi bertenaga...

Erra Fazira
Perwatakan ayu dan anggun sememangnya sinonim dengan wanita ini..
Vokalnya yang mantap memukau para penonton..
Lagi-lagi semasa beliau menyanyikan lagu "Pasrah" memang mengusik hati setiap orang...
AJ sampai menitis airmata, sedih sangat masa tu.....
Cara penyampaian Erra dalam setiap lagu yang dinyanyikan seolah-olah menggambarkan perjalanan realiti kehidupan yang dilalui selama ini..

Ziana Zain
Dia memiliki sifat yang selamba..
Lakonannya memang sangat spontan sampaikan penonton terpukau..
Tak sangka ibu kepada beberapa orang anak ini ada sifat humor, tak kering gusi dibuatnya.... =D
Vokal yang sememangnya lantang, tak payah nak cakaplah..
Meremang bulu roma woooo....

Overall persembahan mereka memang mantap dengan prop pentas yang menarik....
Siapa bawak masuk kereta, motor dan basikal lagi masuk pentas....
Haaaaa.... Mampu???
Rugilah siapa yang tak sempat menonton tu kerana lagu-lagu yang mereka dendangkan semuanya lagu hits dalam filem-filem mereka... =D

Jom tengok dulu gambar yang AJ dapat snap sepanjang 10 minit pertama dan sebelum balik tu....


3 figura seni tanah air.....

P/s : Terima Kasih www.celcomESCAPE.com....


Thursday, 13 March 2014

Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 | #SBB2014 #SBBYEOS2014


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhhhh......
Orang dah berzaman, dah banyak entri pasal SBB2014 / SBBYEOS2014, AJ baru nak update....
Dah nak separa basi pun kisahnya kan...
Maaflah, kekangan masa buat AJ susah sikit nak update cepat-cepat..
Ini pun duk pending 2-3 entri lagi....
Hehhehhehehehehe......

Sabtu lepas bertempat di Saloma Bistro berlansungnya Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 ni...
Tahun lepas AJ tak sempat nak join, lagipun masa tu tak berapa nak aktif berblog..
So segan sikitlah nak join...
Tahun ni bile pendaftaran dibuka je, memang AJ terus je daftar..
Alhamdulillah dapat tempat.... =D
Sampai pagi tu dah ramai blogger yang berkumpul...
Dah selesai register, AJ pun bertegur sapa, bergurau senda dulu dengan blogger-blogger yang ada.....
Yelah, tak semua event kan jumpe blogger.. Nak pulak blogger luar dari Kuala Lumpur...
So inilah masanya nak bertukar kad nama, beramah mesra....
Ada yang blogger yang AJ biase jumpa dan ada jugak blogger yang baru AJ jumpe...
Excited gile bile dapat bersua muka ni.....
Maaf pada yang AJ kurang cam tu.... Yelah, dalam blog, FB muke lain..
Dah jumpe ni lain pulak rupa kan.....
Terima kasih pada yang tegur AJ dulu pada hari tu... =D

Bila majlis dah start, semua mate tertumpu atas pentas....
banyak perkongsian yang dikongsikan oleh blogger-blogger hebat, antaranya Ben Ashaari, Zarul Umbrella, RedMummy, Hazman Fadzil serta ucapan dari para penaja yang menjayakan majlis ni...
Sesekali AJ terganggu dan terleka jugak dengan skrin yang memaparkan tweet dari blogger dengan hashtag #SBB2014 dan #SBBYEOS2014.....
Tak cukup bertentang mata, tweet pulak lagi.....
Masa majlis tu, AJ dapat banyak hadiah dari Yeo's tau... Sampai kene gelar Ratu Yeo's lagi....
Dan AJ juga menang hadiah dari contest instagram Yeo's..
Alhamdulillah, walaupun tak dapat lucky draw Iphone 5s semua kan.....
Tapi meja 19 yang AJ duduk tu memang meja bertuah lah...
Boleh dikatakan hampir semua dapat hadiah.... Hehehehhehe...
Harapnya kalau ada lagi majlis blogger macam ni tahun depan, lebih ramai lagi blogger dapat join.....

Jom tengok gambar yang sempat AJ snap kat sana.....









HAVOC!!!

P/s : Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja untuk majlis ni...
Best!


Wednesday, 12 March 2014

HAUTEbysa Memang Berbaloi!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, AJ nak promo sikit 1 online shop yang memang hot...

Tak lengkap rasanya bergaya tanpa dipadankan dengan aksesori kan??
Barulah ade style!
Kadang susah sangat nak cari aksesori untuk disesuaikan sesuatu majlis bertema...
Contohnya macam flower headband yang AJ pakai masa dinner ofis aritu....
Seriously, kalau nak beli pun mahal.. Lepas tu belum tentu memenuhi citarasa kita....
Sekarang tak payah risau... Di HAUTEbysa, korang boleh custom made aksesori seperti flower headband, bracelet ikut apa yang korang nak.....
Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi....
AJ sangat berpuashati dengan hasil kerja HAUTEbysa, kemas dan cantik!

Untuk pengetahuan korang, HAUTEbysa merupakan IG Shop milik seorang penyanyi, Sheila Abdull....
So apa tunggu lagi....
Jom intai IG Shop beliau....
Klik --------> HAUTEbysa
Boleh add mereka di WeChat juga : HAUTEbysa


 

Cantik kan???

P/s : Nanti manalah tau dah sampai seru nak kawen, nak buat tema garden wedding siap pakai crown bunga-bungalah...
Semestinya dari HAUTEbysa...
VERANGAN! =P

Tuesday, 11 March 2014

Bertemakan Hawaiian Paradise : TYCO Annual Dinner


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepanjang hujung minggu lepas, memang AJ busy sangat....
Dengan beberapa event yang perlu dihadiri......
Antaranya, annual dinner ofis pada 7 Mac 2014 bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Club...

Tema untuk annual dinner kali ni "Hawaiian Paradise"
Bile dapat tau je temanya, terus terbayang something yang berbunga-bunga......
Memula AJ terfikir jugak nak beli dress baru......
Tapi rase macam membazir pulak......
So AJ decide untuk guna apa yang ada je......
Jom tengok apa yang AJ pakai, mana tau nanti korang pulak kene tema macam ni kan.....
Ini adalah inspirasi Hawaiian Paradise AJ je.... =D


WRAP DRESS
AJ memilih untuk pakai pareo yang AJ turn kan jadi wrap dress......
Senang je sebenarnya nak jadikan pareo tu kepada dress.....
Janji kene pandai ikat.... Kalau tak mau tercabut kain korang tu.......
Lepas tu pandailah nak pin mane yang patut.... Hehehehe....

AKSESORI
Untuk aksesori bunga di kepala dan tangan tu pulak, AJ memilih untuk tempah je.....
Nak buat sendiri, memang tak gigih.....
AJ beli melalui instagram je....... Kebetulan ternampak 1 IG shop ni jual, AJ pun teruslah tempah...
Next entri, AJ bagitau korang pasal IG shop tu okay...

KASUT
Kasut pulak AJ beli dari Zalora......
Kiss & Tell Charlotte Wedges......
Kasut ni AJ beli bukanlah untuk dinner sebenarnye.......
AJ dah lame peram kasut ni dalam wishlist...
Kebetulan beberapa minggu sebelum dinner, kasut ni ON SALE....
Terus AJ sambar 1.... Yelah, harga sebenar RM139 kot.....
Tak gigih pulak nak keluar duit banyak tu hanya untuk sepasang kasut...
Tapi seriously, kasut ni memang very comfy.....

MEKAP
Mekap pulak, AJ memilih warna-warna sunset untuk mata...
AJ lebihkan pada solekan mate sebab dinner kannn.... =D
Warna yang AJ pilih pula, kuning, oren dan juga purple gelap......
Actually ini kali pertama AJ cuba solekan ni....
Alhamdulillah, bile AJ ni dikurniakan bakat menyolek......
Senanglah sikit kejenye, tak payah make up artist... Kihkihkih.. (Ingat ko retis???!)
Untuk pipi pula, AJ layang pemerah pipi warm berwarna Mauve...
Dan oleskan gincu berwarna pink......


Masa annual dinner tu pulak, AJ dapat hadiah lucky draw...
Tapi hadiah tu membuatkan semua orang tercengang termasuk AJ....
Kerana hadiah tu, AJ kene bahan tau.....
Mana taknye, dapat KAYU GOLF!!!
Celah mane pulak AJ tau main golf....
Sampai pegi SBB2014 pun blogger duk tanye tau...
Sampai ofis apetah lagi.....
Hahahahahaha....


Dan AJ juga menang "Best Dress Female" malam tu....
Alhamdulillah.......
Dapatlah 1 set penjagaan diri jenama L'Occatine....


Jom tengok gambar sikit sekitar TYCO Annual Dinner ni...


Memang meriah suasana!
Berwarna-warni!

P/s : Tahun depan tak tau lagi masih di TYCO atau tidak.....