Click to Follow...

Tuesday, 25 February 2014

Help Baby Adra Afieya!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Masih ingat pada Baby Adra Afieya??
Baby Adra masih perlukan bantuan kita semua.....
Hanya RM1 sorang pun jadilah.....
Jom kita turut sama membantu Baby Adra jom......



Korang boleh COPY dan SHARE entri ni...
Mudah-mudahan usaha kita dapat menyelamatkan nyawa Baby Adra.....
Insyaallah.....

P/s : Hulurkan tangan ringankan beban....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 24 February 2014

Balik Jua Akhirnya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya setelah 2 jam Bergelap di ofis, bos besar bagi green light....
Semua staff CMS boleh balik......
Apa lagi, tanpa buang mase semua siap berkemaslah.......
Termasuklah AJ...
Pantas semua, takut titah suruh balik ditarik balik kan.... =P

Tapi staff department AJ je yang boleh balik rasanya......
Sebab puncanya litar pintas dari kawasan CMS....
Yelah, dah 2 jam kot kami melangut...
Team leader AJ pun cakap team kitorang dah archive target...
So takde ape la yang pending lagi sebelum closing...... =D
Alhamdulillah...

Santai Nampak!

Now AJ tengah berlenggang kangkung, bersenang lenang kat rumah ni ha.....
Heheheheh...
Mate pun dah layu je ni..... -=D

P/s : Kan syok kalau hari-hari macam ni...
Bad news : Harimau tak mengaum lagi... Waaaaaaaaa.....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Bergelap Di Ofis!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni ofis AJ tengah bergelap...
Memasing sengih je.... Al-maklum tak payah buat keje kan....
Puncanya, ade sesuatu yang terbakar....
Tapi tak dapat nak pastikan ape mendenye....
So sekarang ni pihak management dengan maintenance tengah cari punca....
Kami pulak dah mati akal tak tau nak buat ape...
Dalam ati semua berdoa moga sampai petang tak payah buat keje....
Hahahahha...
Nampak??? Nampak permainan dia???


So, sambil-sambil tu AJ update blog dulu la...
Nasib baik part keje AJ dah closing Jumaat lepas...
Tinggal nak buat report untuk team meeting Jumaat ni je......
Mate pun makin lame makin kecik ni....
Yelah, dah bergelap kan....

Okaylah, nak layan mate kejap....
Kang dah cerah tak boleh dah.... =P

P/s : Kisah BR1M tak abis lagi ek??
AJ masih menunggu.... (*^﹏^*)



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Sunday, 23 February 2014

Song Box Wangsa Walk... Sorang Pun Jadi!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini kisah petang semalam sebenarnya.....
AJ ni memang kaki karok....
Tapi stok ke laut dalam la.... Hahahahaha......
Semalam sementara menunggu cik abang sorang tu, sempatlah AJ layan karok sensorang.....
Yelah, dia pun bukan kaki karok..... Ajak dia pun bukan nak nyanyi.....
Rasenye 1 lagu je dia akan nyanyi.... "My Baby You"... =P
Rupanya, karok sensorang ni pun layan jugak ek....
Tapi lepas tu bagai nak mampus la AJ melalak dalam tu....
Gile... lepas AJ nyanyi, AJ lagi nyanyi...
Yelah, kalau ade suara orang lain nyanyi same kang pelik pulak..... Hikhikhik....


AJ karok kat SongBox, Wangsa Walk...
Memula plan nye nak pegi Superstar, tapi untuk small room full pulak....
Takkan AJ nak belasah melalak dalam medium room kan....
Dah tu, AJ naik pulak atas pegi SongBox....
Sebelum masuk tu, sempatlah AJ google review pasal tempat ni....
Hasil carian, ramai yang cakap tak berapa best....
Lagu tak berapa nak update segala.......
Tapi memandangkan AJ dah sebu kat WW tu, makanya AJ gagahkan jugak.....
Bile masuk tu, tempatnya takdelah gah macam RedBox kan...
Biase-biase je...... Tapi bukanlah "karaoke jamban"...
Kalau karaoke jamban, memang AJ mintak balik duit.......
Whahahahahah....

Bile masuk tu AJ tengok bersihlah jugak dalam tu....
Tapi dinding bilik AJ tu ade lah cat tanggal sikit, lubang-lubang sikit.....
Tapi AJ tak kisah sangatlah kan.... Bukannye dinding tu kacau AJ pun....
Then AJ pilih lagu pulak.... Pada AJ lagu dia takdelah outdated sangat...
Cuma tak banyak lagu latest gile la.... So far lagu-lagu dia tu, AJ tau la nak nyanyi kan.....
Lepas tu dia pakai wired mic, sound dia nak kate okay sangat pun tidak, nak kate teruk sangat pun tidak...
Tapi kene pandailah adjust key tu sendiri ek..... =D
Overall SongBox ni NOT BAD lah......
Kalau setakat nak santai-santai, boleh lagilah.....
So next time, bolehlah AJ repeat...
Sorang pun jadilah! Hehehehhee....

Jom intai sekeping dua gambar....


Last sekali tu muke AJ yang dah lelah melalak sensorang.....
Hahahahhaha....

P/s : Bilelah nak re-plan balik aktiviti karok tertunggak dengan kengkawan AJ tu ye???
Adoilahhhh....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Applikasi Whatsapp Tergendala Selepas 2 Hari Dibeli Facebook


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selepas 2 hari dibeli oleh Facebook dengan harga 19 million, applikasi Whatsapp tergendala sejak beberapa jam yang lepas...
Perkara ini telah disahkan oleh BGR India dimana Whatsapp sedang mengalami sedikit isu dan mereka sedang berusaha membaik pulih sistem...
Jangka masa selama mane sistem Whatsapp tergendala tidak diberitahu pulak....

 sumber

Patutlah bile AJ nak Whatsapp dari tadi tak boleh-boleh.....
Rupanya whatsapp down.....
Hantarlah mesej kat sesiapa pun, tak delivered langsung...
Ingatkan telefon AJ yang mengong......
Dah reboot bagai pun still macam tu.....

Alahai Whatsapp.....
Kejutan budaya ke dibeli Mark sampai 19 million???
Jangan sebab hal ni 19 million pengguna pulak lari pegi applikasi lain sudahlah ye.....
Nasib yang lain tak down.....
Nampaknye communicate thru applikasi lain dulu la ye semua......

P/ s : Susah jugak takde Whatsapp sebenarnya... 



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 21 February 2014

Tangkap Dia!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi adik blogger ade tegur dalam FB, nak tengok siapa follower ke 1000 AJ.....
Now AJ dah tangkap dia..... Hehehehheheh....
Eleh, 1000 je pun nak kepochi kan.... =P

So Hawa, akak dah tangkap dah dia...
Nak tengok siapa sila scroll.....

JENG... JENG... JENG....



Welcome Arifah Lee...... Jom ramai-ramai jenjalan kat blog beliau... =D

Sambil-sambil tu, nak bagi pesanan penaja sikit dari tuan tanah....
Terima kasih kamu, kamu, kamu dan kamu yang sudi follow blog AJ ni...
Al-maklum blog tak seberapa, suam-suam kuku je......
Mana yang AJ tak sempat follow balik tu sila inform ye..
Bukan ape, kadang tak jumpe la backlink korang......
Sorryyyyy......

P/s : Nak jadi kawan alam maya dan alam nyata.... =D





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

BR1M Tarak, BROM Ada!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Amboihhhhhhhhhh..... Sakan na memasing update BR1M dah masuk...
AJ pun teruja jugak kot-kot lah dah masuk jugak....
Yelah, dah hujung-hujung ni kan.... Faham je la..
Bukak maybank2u hampa sekejap..
Oh... Not my turn yet.. :(
Takpe-takpe.... Sekeping not terakhir ade lagi sementara tunggu gaji Isnin ni.... =D

Tapi tengah hari tadi tetibe dapat mesej....
Eh eh eh...... Ade rezeki lain rupanya untuk AJ...
Alhamdulillah...... Memang tepat pada masanya rezeki tu masuk.....
So AJ namakan BROM je...
BR1M belum masuk, masuk pulak BROM.....
So apa lagi, panjanglah senyum AJ.......
Terima kasih ye abang "BROM"......
Hehehheheheheh.....

P/s : Alhamdulillah lagi rezeki dari hasil berblog.... =D
2 lagi ditunggu-tunggu...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 18 February 2014

Nombor Telefon Kedua Untuk Tujuan Blog?


ASSALAMUALALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni AJ memang busy gile..
Closing berapa hari lagi kan....
Ni AJ curi-curi masa kejap update blog ni.....


Entah macam mana tengah buat keje semua, AJ terfikir....
PERLU KE ADA NOMBOR TELEFON KEDUA UNTUK TUJUAN BLOG SAHAJA?
Haaaaaa... Caps lock kau...
Sekarang ni nombor AJ dah bercampur baur.....
Dimana semua bende tertumpu pada nombor yang sama.......
Sekarang ni memang AJ dah ade 3 nombor......
Tapi 2 nombor yang aktif tu memang untuk kegunaan semua propose.....
Whatsapp kat nombor ni, call kat nombor itu... Memang pening......
Kawan-kawan yang ade nombor AJ pun pening, tak tau nak call dan mesej nombor yang mana...
Hehehheheheh...
Actually dedua AJ pick up, tapi kadang ade jugak bende penting yang missed....

Itu yang buat AJ terfikir, nak ke guna nombor lain hanya untuk tujuan berblog?
Dan kalau nak guna nombor lain, maknanya AJ kene dapatkan lagi 1 telefon la.....
Lepas tu pulak, kos AJ akan bertambah sikit la...
Untuk topup semua.....
Korang rase macam mana??
Guna 2 nombor sedia ada atau aktifkan nombor 1 lagi tu untuk blog?
Dalam name card sebelum ni pun AJ letak sekali 2 nombor AJ..... Hurmmm...

P/s : Nak manage contact list......
Banyak sangat + bercampur...


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 15 February 2014

Tukar Baju!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini disebabkan takde keje kat ofis ni, AJ tukarkan baju blog ni...
Kesian dia, dah lama baju tak bertukar since laptop AJ tak hantar repair lagi.....
Tapi ini sementara je.. Nanti AJ nak tukar lagi.....
So akan ade few entri yang alignment gambar nye lari sikit.....
Hehehhehehe....
Header pun buat ala kadar je, sebab ketandusan idea...
Lepas tu pendrive yang banyak gambar pulak AJ tak bawak..
Itu yang blog ni rupa macam asal hado je... =P

Oh ya, nak selit cerita lain sekali....
Tema annual dinner tempat AJ ni dah ditukar..
Kalau tak temanya arabian, now diorang tukar ke Hawaiian Paradise pulak..
Aduh! Dah 1 hal nak cari baju...
Takkan AJ nak pakai scallop dengan kain jurai-jurai tali rafia pulak...
Pengsan wehhhh...
Bukan orang lain, AJ sekali pengsan tengok diri sendiri nanti.....
Agaknya baju ape yang sesuai untuk tema ni ek?
Kalau boleh taknak la baju jurai-jurai duduk tepi pantai tu.....
Lemas pulak di lautan madu nanti.. =P

Okaylah, lagi banyak menaip lagi banyak AJ merapu kejap lagi...
Sementara nak tunggu pukul 1, AJ nak tengok-tengok baju untuk dinner tu...
Kasut dah beli dah semalam.. =D
Gigih kan????

P/s : To you my uninvited reader, someone said - MISS ME??????


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 12 February 2014

Inovasi Hitam dan Putih NIVEA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tidak yakin memakai pakaian hitam atau putih apabila menggunakan deodoran?
Kini anda tak perlu risau lagi dengan kesan putih pada fabrik gelap dan kesan kuning pada fabrik cerah dengan NIVEA.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White merupakan deodoran pertama dengan perlindungan antipeluh selama 48 jam yang tidak meninggalkan kesan pada pakaian Hitam dan Putih anda..
Ianya juga direka khas untuk lelaki dan wanita.

Deodoran menyebabkan dua jenis kesan pada pakaian. Mengapa??
Ini disebabkan oleh sisa-sisa garam antipeluh yang digunakan dalam deodoran.
Walaupun kesan kotoran berwarna putih dan kekuning-kuningan itu boleh dibasuh dan tidak terlalu sukar dihilangkan, ianya tetap merunsingkan kita semasa berpakaian.
Sehubungan dengan itu Nivea telah berjaya menemui jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan bantuan teknologi istimewa pada tahun 2005.
Garam alumunium (dalam formula) dilarutkan dalam satu  emulsi akueus dan disaluti dengan minyak yang beftindak seperti kamoflaj yang membuatkan garam tersebut tidak boleh dilihat.

Hasil daripada penyelidikan ini, terciptalah satu teknologi tekstil, satu inovasi yang menakjubkan dan boleh didapati dalam NIVEA Deodorant Invisible for Black & White.
Dengan teknologi baharu ini, bahan -bahan yang menyebabkan kesan pada pakaian tidak boleh melekat secara efektif pada fiber-fiber tersebut dan menjadikan ianya mudah dihilangkan walaupun di dalam mesin basuh.
Keberkesanannya terbukti dengan kajian yang telah dilakukan oleh Institut Hosentein.

Konsep deodorant yang baharu ini menggabungkan penjagaan nivea Yang lembut dengan perlindungan deodorant antipeluh 48 jam dan satu haruman yang menyenangkan.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White memastikan hitam kekal hitam dan putih kekal putih untuk tempoh yang lebih lama.

Sehubungan dengan ini pihak NIVEA akan mengadakan 1 majlis bagi membuktikan kehebatan produk ini pada waktu berikut :

Tarikh : 13 Februari 2014
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Jaya33

Dan yang paling menarik, anda juga berpeluang melihat sendiri Koleksi Eksklusif Hitam dan Putih dari ZALORA!!!!

Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri produk NIVEA Deodorant Invisible for Black & White dipasaran sekarang.

Untuk lelaki :

NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER spray 150 ml
NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER Roll-on 50ml

Untuk Wanita :


NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Spray 150ml
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Roll-on 50ml

P/s : Tampil lebih yakin!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

WW #52 : PhotoBomb!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak buat entri Wordles Wednesday.....
Layannnnn..... Zasssssss... =D


























Haiwan pun tau nak menyelit dalam gambar tau...
Hehheheheheh...

P/s : Comel!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 11 February 2014

Mengantuk Tahap Gaban!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini memang AJ mengantuk tahap gaban.....
Padahal malam tadi punyalah awal AJ tidur.....
Dalam sejarah bila lepas isya' dah tidur..... =D
Selalunya memang takde manenye la nak tidur seawal tu kan....

Tapi yang peliknya, bila AJ tak tidur tu elok je mate ni bertahan....
Macam semalam la, sehari AJ tak tidur dari ari Ahad....
Huhuhuhu....


Sekarang ni, baru pukul berapa AJ dah mengantuk kat ofis ni.....
1 keje pun tak jalan... Adoiiii memang cari penyakit sungguh!
Minggu ni pulak TL AJ dah balik dari cuti, memang payah la nak mengular....
Kalau minggu lepas, macam honeymoon je kat ofis...... Hehehehehhe.....
Tengok jam baru pukul berapa..... Tetibe rase waktu lunch tu lambat je.......

Mate oh mate..... Bertahanlah ye....
Pukul 12 kang kite lelap tau.......
Itupun kalau perut tak menjerit minta makan la....

P/s : Padan muke!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 10 February 2014

Bertambah Lagi Nampaknye....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nampaknya ahli keluarga kucing AJ ni dah nak bertambah.....
Balik keje je tengok kucing AJ yang sekor tu dah sibuk cari tempat, dah tak tentu arah....
Itu memang tanda-tanda nak beranak lah tu......


Kat rumah ni dah ade 16 ekor.....
Tak tau lah berapa ekor pulak keluar kali ni......
Lepas tu next ade lagi 3 ibu pulak nak beranak.......
Memang jadi puluh-puluh ekor la lepas tu.....
Hehehehheheh....

Takpe-takpe, orang kate bela kucing tu pun part of rezeki kan.....
Alhamdulillah......

P/s : Yang sibuk nak mengawan lain pulak kisahnya.....
Aiyark!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Kepada ANONYMOUS...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Kepada ANONYMOUS...
Jangan cepat menilai kalau tidak mengenal...
Jangan cepat menunding kalau tidak tahu berunding.....
Jangan cepat mencaci jika mahu dihormati.....

Kata orang kalau berani kerana benar....
Kalau takut kerana salah (membuat onar)....

Kenapa mesti jadi anonymous kalau berniat nak betulkan cara?
Kenapa mesti jadi anonymous kalau mahu berdakwah?
Tunjukkan diri, luhurkan peribadi.....
Kalau diri sendiri tak tau apa itu cara, jangan menghalalkan cara......

Kita ni ade adab, ade budaya.....
Masuk rumah orang pun bagi salam.... Sekiranya anda bukan penyamun, penjenayah lah...

Kepada anonymous, aku harap engkau membaca....
Aku tau engkau akan kembali...
Nasihat aku pulak, kalau nak orang berjalan lurus pastikan cara kau telus......

P/s : Ustaz / Ustazah alam maya...
Sighhhh....
Aku tak marah sekiranya kau masuk rumah aku secara beradab...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Berbicara Soal Jodoh dan Anak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Bila berbicara soal jodoh dan soal anak....
Ade orang tak faham......
Asyik menanya bila nak kawen bagi yang belum berkahwin....
Bila nak ade anak bagi yang sudah berkahwin....
Bila anak tu nak ade adik dan bla bla bla.....

Orang yang bertanya tu kadang tak sedar yang ditanya tu rahsia Allah...
Bukankah dah termaktub ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya ditangan Allah s.wt....
Orang yang bertanya tu pun tak sedar, soalan yang ditanya membuatkan ade insan yang berkecil hati....

Bagi yang belum berkahwin, mungkin ade masalah atau perkara yang membuatkan dia belum berkahwin..
Atau mungkin jodohnya sudah tiada didunia....
AJ penah dengar Ustaz AJ cakap mungkin orang yang tak kawen sampai ke tua jodoh dia dah takde... (Meninggal, etc..)
 Bagi yang dah berkahwin pulak, mungkin belum rezeki timang cahayamata walau dah bertahun kawen....
So.... Bagi mereka kat luar sane, janganlah ditanya soalan yang tiada jawapannya...
Soalan yang sukar dijawab.....
Kesianlah kat mereka-mereka yang terbabit... (Termasuk AJ)

Ketahuilah.... One day Insyaallah.......

Sekadar nukilan.....


P/s dalam hati : Kecik ati kite tau orang duk tanye soal kawen bila cousin-cousin dah ramai tamatkan zaman bujang.....
Dan lagi kecik ati bila ade yang tanye bila nak timang cahayamata sedangkan kite ni belum berkahwin...

P/s : Ade yang sound-sound pakai en / cik anonymous....
Mesti ko tak faham maksud tersirat disebalik entri ni.....
Kalau nak berdakwah, gunakan google akaun anda sendiri bukan anonymous....
Itu dah dikira sebagai pengecut....
Maaf AJ tak layan pengecut seperti anda.... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Jatuh Cinta Dengan Abaya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Serious AJ dah jatuh cinta dengan Abaya!!!
Kisahnya, kawan AJ ade bukak bisnes jual Abaya.....
Abaya ni terkenal atau senang cite pakaian harian masyarakat di Timur Tengah....
Macam kita kat sini, baju kurung kan... Kat sane kire baju kurung diorang la tu.... =D

Malam minggu lepas, sajelah AJ try-try stock Abaya yang baru sampai....
Ya ampunnn.... Selesanya bila pakai....
Material dia tak panas, lembut dan ringan.....
Abaya ni ade macam-macam pattern....
Ade yang lurus dan ade yang princess cut.....
AJ suka yang princess cut tu..... Dia macam dress kembang gitu.....

Okaylah bagi mereka yang berminat nak dapatkan Abaya, boleh inta-intai instagram Queen Of Abaya...
Manalah tau kalau-kalau ade yang korang berkenan.....
Boleh tanye tuan punya IG ye........
Abaya ni memang mahal.... Tapi berbaloi.... =D
Semuanya diimport terus dari Dubai tau!
Dan setiap helai Abaya datang sekali dengan shawl....

Bawah ni antara Abaya yang dijual dan sempat AJ try.....
Selain Abaya, ade jual shawl sahaja......
Jom tengok!


Cantik-cantik kan??
Ade rezeki nak beli lagi.... =D

P/s : Insyaallah....
Mesti ade yang akan bertanya kan?



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"