Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 9 December 2014

Travelog AJ : Sedikit Info dan Sejarah Pulau Pangkor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

22 - 25 November lepas, AJ pegi bercuti dengan kawan-kawan....
Lokasinya Pulau Pangkor, Perak....
Kami dah plan percutian singkat ni dari bulan September lagi.....
Sambil nak bawak anak cuti sekolah, sambil rehatkan fikiran dari kesibukan kerja semualah cite dia....
Ehhhh!!!! Bukan anak AJ, anak kawan AJ tau..... AJ tumpang holiday je....
Hehehehhehehehhe.....


Sedikit info mengenai Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi percutian dan perlancongan utama di Malaysia.
Terletak di negeri Perak dan di perairan Selat Melaka.
Pulau Pangkor berkeluasan 2,200 hektar dengan kira-kira 25,000 penduduk.
Terdapat beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancing antaranya Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah.

Sejarah Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor sememangnya terkenal sejak sekian lama....

Pada tahun 1670, Belanda menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari Negeri Perak dan Kota Belanda dibina bagi menyimpan bijih timah serta lain-lain dagangan dari negeri Perak.
Aktiviti lanun pula selalu terjadi di Selat Dinding.

Pada tahun 1874, Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor.
Dalam perjanjian ini, Sultan Abdullah telah diikhtiraf sebagai Sultan Perak seperti yang dipersetujui.
Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga telah bersetuju untuk berdamai dan ini telah mengunyungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Sumber : Wikipedia


Haaaaaa......  Dah tau kan sedikit info dan sejarah Pulau Pangkor?
Selama 4 hari 3 malam kat situ, AJ tak banyak pun pusing pulau...
Selain pegi dengan niat nak relax, cuaca pun tak berapa mengizinkan......
Sekejap cerah dan lepas tu hujan je sebelah petang...
Tapi AJ sempatlah melawat Kota Belanda, snorkeling dan beriadah sekejap sekitar pulau....
Seronok sangat dan rase tenang je sepanjang percutian tu tau.... =D


Okaylah, next entry AJ ceritakan pulak pasal aktiviti 4 hari 3 malam di Pulau Pangkor....

P/s : Tetiba rase macam nak holiday lagi...
Huhuhuhu....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

7 comments:

  1. bila nak bawak akak pulak...ho ho ho...

    ReplyDelete
  2. Salam. lama rasa tak keblog AJ. Singgah sini.
    Pulau Pangkor memang best. kecil tak risau nak sewa keta.
    Cuma tak sempat nak snorkling.

    ReplyDelete
  3. wah wah mandi laouuutttt kakak AJ kita.. tp pangkor ok kan kecik je pulaunyer.. tp puas bercuti.. :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi ke P. Pangkor..

    ReplyDelete
  5. nih yang terasa nak pergi bercuti juga nih. ^____^

    ReplyDelete
  6. apa aktiviti leh buat kt sna ya..

    ReplyDelete