Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 16 December 2014

Bloggers Day Out | Klang Parade


 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sabtu, 13 Disember lepas AJ dan lebih kurang 30 orang blogger sempat meluangkan masa berjimba-jimba di Bloggers Day Out kat Klang Parade yang terletak di Jalan Meru, Klang.....
Klang Parade merupakan salah satu pusat membeli belah yang dah lama bertapak di bumi Klang...
Pada Jun 2013, Klang Parade telah menaiktaraf struktur bangunan dengan lebih moden...
Kerja menaiktaraf ini telah dilakukan sendiri oleh pemilik banguan iaitu ARA Asset Management Limited.
Bersempena perasmian wajah baru Klang Parade, kami telah dijemput untuk menjalankan aktiviti kat sana.....
Wahhhhh... Terpegun AJ dengan wajah baru Klang Parade yang lebih moden dan canggih...!
 
Pendaftaran bermula seawal 4 petang...
Selepas mendaftar kami dibawa ke Firezone Family KTV tetapi sebelum itu, kami dihiburkan dengan persembahan kejutan (macam AF gitu....) dari the Rejuvenate Dance Crew dari rancangan 8TV showdown dan Astro Battleground di Peanut Butter Studio...
Enjoy sangat dengan persembahan diorang.... First time tengok secara live! =D
Kat Firezone Family KTV, baru AJ tau rupanya ramai juga blogger yang ade bakat terpendam dan terpadam ni..... Hahahhahaha.....
Yang nampak senyap je pun taknak kalah... Sekali menyanyi... W.O.W!!!

 
Dah puas berkaraoke, kami dibawa ke arcade Circus-Circus!!!
Yeayyyyy!!!! Sape yang tak seronok kalau ke arcade kan?
Setiap seorang blogger diberikan 10 token... Time ni semua dah macam kanak-kanak ribena dah.....
AJ pun sama naik lah.. Tak padan dengan dah 28 tahun... Kihkihkih.....

 Dah ber"sukan" di Circus-Circus arcade, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk acara "Amazing Blogger Hunt"....
Dalam acara ini setiap kumpulan dibawa ke kedai-kedai terpilih didalam Klang Parade...

First, kumpulan AJ dibawa ke Spices of Penang untuk food-tasting....
Kami dihidangkan dengan Rojak dan ABC tak lupa juga french fries....
Kat situ kami sempat bertemu dengan pemilik Restoran iaitu Mr. Richard dengan penerangan lebih lanjut mengenai restoran dan hidangan lain yang disediakan....

Persinggahan kedua, kami dibawa ke kedai yang paling AJ suka....
Kedai kasut Red Modani!!! Nak gila sekejap bila tengok kasut-kasut dengan design terbaru kat situ......
Rasa nak memborong sekali semua.....
Sempat jugalah AJ sarung 2-3 pasang kasut.... =D
Dan persinggahan ketiga, kami dibawa pula ke butik pakaian Dees.....
Bagi mereka yang gilakan fesyen-fesyen terkini, butik Dees menyediakan banyak pilihan pakaian yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat usia.....
Ehemmm... Sekarang ni tengah sale.... Bolehlah singgah ke Klang Parade tu....
tak rugi.....

Dan akhir sekali kitorang makan pula di Food Court yang terdapat kat Klang Parade....
Kalau nak tau food court ini dibahagikan kepada dua bahagian....
Makanan halal dan tidak halal bagi keselesaan para pengunjung....
So korang tak perlu risau pasal status halal sesebuah kiosk makanan kerana ianya tidak bercampur....


Perut pun dah kenyang, hati pun dah senang....
Sebelum balik, kami diberi peluang beramah mesra dengan karakter kartun kesayangan ramai "Upin dan Ipin"...
Terhibur kami dengan keletah nakal si Upin Ipin ni....
Sampai ade yang tak nak balik... Hehehehheheh.......

Lebih kurang pukul 8 malam, selesailah sesi jelajah Bloggers Day Out di Klang Parade....
Pastinya sesi ini akan menjadi salah satu sesi yang mencetuskan memori manis AJ dan rakan blogger lain di Klang Parade.....

Untuk info lebih lanjut layari :

Facebook : Klang Parade
atau

P/s : Fuhhhhh... Puas berjalan Sabtu lepas!
Thank you warga kerja Klang Parade! =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

9 comments:

  1. Ada je gambar yaya wlpn bahagian belakang. haha

    ReplyDelete
  2. dah tau pon AJ memang giler kasut , testing jer?? tak beli... haha, tak sempat eh..next time dtg lg KP.

    ReplyDelete
  3. amboiii beronok ronok kakak AJ kite ni hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Seronok kan dapat riadah macam itu dan berkenalan kawan blogger baru....... heheheh

    ReplyDelete