Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 17 November 2014

Senarai Barangan Yang Perlu Dibawa Kala Percutian...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mood cuti dah tiba!!!!
Tak kisahlah bercuti dalam negara atau luar negara....
Jauh beribu batu atau sekangkang kera.....
Barang-barang penjagaan diri, perhiasan mesti kene bawak kan.....
Tak lengkap kot bercuti kalau ade terlupa bawak sesuatu....
Dah tak pasal bajet percutian tu, terpaksa dikeluarkan sikit untuk beli barang yang kita tinggal tu...


Berikut merupakan senarai barang yang perlu dibawa kala percutian...
(Versi cuti AJ)

1. Pakaian yang mencukupi
Kala bercuti, bawaklah bekalan pakaian yang mencukupi...
Janganlah cuti 2-3 hari, packing baju macam sebulan...
Begitu jugak sebaliknya.....
Tapi kekadang ade jugak sesekali terover bawak baju... Hahahhahha.....
Make sure bawak baju yang sesuai dengan tempat percutian.....
Takkan la cuti tepi pantai, bawak winter coat berpasang-pasang pulak... =P

2. Barangan keperluan peribadi
Mungkin nampak remeh, tapi tanpa barangan-barangan peribadi ni kurang lengkap rasanya perjalanan kita....
Yelah takkan setiap kali cuti, semua kene beli di kawasan percutian...
Buatnya produk yang sesuai dengan kita tu takde kat tempat percutian kita tu, tak ke haru nak mencari?
Kalau AJ sendiri, baik bawak dari rumah je... Takpelah beg berat sikit....
Lagi pulak kulit AJ jenis tak sesuai dengan semua produk.... Produk tertentu je...

3. Sunblock / Krim Tabir Suria
Ini wajib dibawa... Tak kiralah cuti dalam hutan ke, gunung-ganang ke, tepi tasik ke, laut ke...
Perubahan cuaca yang tak menentu ni lagilah kene bawak....
Sekurang-kurangnya kulit tak terlalu terdedah kepada cahaya UV yang berlebihan kan.....
AJ pulak pantang berpanas terik... Kulit immediately terus berbelak, pedih....

4. Aloe Vera Gel
Lepas seharian meneroka dan menikmati percutian, kulit mesti akan terselar dek panahan matahari...
So, lepas membersihkan diri dan kala merehatkan tubuh badan diwaktu malam tu, ape kata sapukan aloe vera gel di kawasan kulit yang duk berjemur siang hari tadi....
Selain menyejukkkan kulit, ianya juga membantu mengurangkan kesan selaran matahari tu....
Lepas tu kalau rajin, AJ akan bawak sekali aloe vera mask untuk muka....
Kalau tak, yang gel tu AJ tadahkan kat muke.... Kihkihkih... =P

5. Alat Solek / Mekap (ikut keperluan)
AJ tanpa peralatan mekap memang tak lengkap walaupun kadang tu takde rase nak bermekap....
Tapi berpada-padalah ye...
Cukup sekadar bedak padat, mascara, pemerah pipi dan lipgloss..
Jangan pulak duk angkut barangan mekap macam nak pegi show.....
Mekap senipis (nude make up) mungkin paling sesuai kala bercuti....
(Hakikatnya ade jugak selit-selit yang tak perlu contohnya lipstick merah mak ngah, eyeshadow bagai.. =P)

6. Kaca Mata dan Topi
Kaca mata itu adalah aksesori wajib bagi seorang AJ....
Bile bercuti, AJ akan pastikan bawa sekurang-kurangnya sepasang kaca mata.....
Kalau topi pulak, AJ ikut tempatlah...
Takdelah 24 jam bertopi kan..... Tapi kalau tepi pantai, harusssss bawa topi cam Fazura dalam filem pisau cukur ok.... =P

7. Kasut dan Sepatu 
AJ selalunya pakai jelly shoes je nak kemana-mana..
Macam tu jugak kalau bercuti....
AJ akan pakai siap-siap kasut jelly tu dari rumah dan bawak selipar extra...
Bukan 24 jam nak berkasut... Kaki pun nak bebas berlitup jugak sesekali tu....

8. Tuala Mandi
Ini penting! Ramai yang selalu lupa bawak tuala masa bercuti... AJ terkategori sekali la..
Semuanya bajet tuala disediakan di tempat penginapan...
Tapi itu ketika menginap kat hotel... Kalau tak? Nak pakai tuala ape.....
Macam AJ selalu cuti beramai-ramai dengan kengkawan....
So tuala tu macam limited walau disediakan...
So lebih elok bawak sendiri punya kan..... =D


Ape lagi ek....???
Rasenye ini je la yang perlu diusung dan diangkut kala percutian....

P/s : Tik tok tik tok....
Less than a week yowww!
Yeayyy!!! My vacay just around the corner =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

7 comments:

  1. selalu je tertinggal something walaupun dah buat checklist. maklumlah, #ibuberanaktiga ni mudah lupa. mana nak packing brg anak2, brg sendiri, brg lakik lagi. semua kena set dlm pale otak ni ha..adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheehhehhehe...
      Kak Sue, kalau yang packing untuk sorang ni pun sellau tinggal2 barang...
      Memang #ibuberanaktiga apetah lagi kan.....
      Beriye uat checklist kan...
      Penyudahnya tinggal jugak... =P

      Delete
  2. Kalau boleh nak bawak satu almari..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah boleh nad, memang heavenlah kan...
      Hehhehehehhe... Kene travel dengan bus double-decker la camtu... =P

      Delete
  3. Den satu yo yang memang takkan bawak..alat makeup ..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak bawak pun boleh yo kiz....
      Hahhahahhaha...

      Delete
  4. fyna tak sempat nak g bercuti lagi. next year kot.

    ReplyDelete