Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 11 October 2014

Lidah itu Tajam...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

"Lidah Itu ibarat sebuah mata pisau yang sangat tajam"
Memang tajam menikam sampai satu saat, orang tak sedar ada hati yang terluka dengan kata-kata kita...
Yup, hari ini AJ terluka dengan lidah yang tajam...
Bukan sekali, tapi dua...
Seronok sangat ye berbicara...
Hati orang sikit kau tak ambil kira....


Hari ini AJ terhiris dengan ketajaman lidah manusia....
Sakitnya buka kepalang...
AJ tak kisah bila ditanya "Bila nak kawen?"
Itu soalan biase yang diajukan bila diusia 28 tahun tapi masih "single not available".... :)
Tapi soalan yang diiringi dengan sesuatu yang peribadi memang AJ tak boleh terima pakai...!
Tak sangka ade jugak lagi radio dan internet bergerak kat kejiranan AJ ni....

Tak salah kalau bertanya... Tapi biarlah berpada-pada....
Sampaikan sesuatu yang bukan urusan manusia pun dipersoalkan...
Bila bf AJ nak convert, ajak pegi kelas la... Etc....
Hidayah tu milik Allah swt bukan urusan kita sebagai manusia....
Kalau kate jadi, jadilah ia...
Kalau tidak? Macam mana kita buat pun tetap takkan jadi......
Cuba kalau AJ tanye soalan "Makcik tau tak bila makcik nak mati??"
Yup, soalan kurang ajar mintak penampar name dia.... Boleh tak makcik tu jawab??
Mestilah tidakkan.... (Jangan risau, soalan mati tu AJ tak luahkan pun...)

Dan paling AJ tak boleh tahan bile dia senang-senang hati pulak cakap dia dah cakap dengan parents AJ "kalau dia dah suka, redha/terima je la..."
Menyirap darah wehhhh.....
Ingat parents AJ ni takde perasaan? Tak reti apa-apa ke..
Untuk pengetahuan, kedua ibubapa AJ tau dengan siapa AJ berkawan, apa agama yang dianuti sekarang.....
Yup, mak abah ade bertanya... Tapi tidak mendesak sebab mereka juga sedia maklum itu ketentuan Allah swt...
Tapi kenapa orang luar yang tiada setitis darah pun dengan keluarga AJ menyibuk!!!?

Buat Makcik T (bukan name sebenar), AJ terluka dengan kelancangan mulut makcik tu...
AJ harap makcik bertaubatlah...
Usia bukan makin muda, cukup-cukuplah pukul canang cerita anak orang dan sibuk urusan keluarga orang lain....
Makcik pun bukan takde sejarah yang anak makcik dah palit kat muka makcik kan?
Fikirlah sendiri ye...
AJ tak jawab pape siang tadi sebab AJ hormat dan fikirkan mak abah ade kat situ....
Time aku tengah hadap rezeki ko cari pasal...
Mak perasan muka AJ dah keruh, terus dia suruh naik lepas makan tu...
Inilah salah 1 sebab AJ tak suka hadiri kenduri kat kejiranan AJ ni....
Banyak yang menyakitkan hati dari yang mententeramkan jiwa.....

"Kalau kita tak tau nak buat atau cakap sesuatu yang menyenangkan, cubalah untuk berdiam atau berbicara sesuatu yang tidak menyakitkan....."

P/s : Keluar airmata sakit hati AJ!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. Sabar ya AJ.. insya allah ia perolehi ketenangan..

    ReplyDelete
  2. lidah ialah aset paling bahaya jika tak digunakan sebaiknya.. sabar ya AJ, doakan yg baik-baik :)

    ReplyDelete
  3. Sbr la AJ. Xthu nk ckp manusia yg xthu jga hati org. X sensitif. Mungkin tahap perkbangan die time bb dulu x puas menyusu tu yg mulut mcm tu.


    Words can heal n words can kill.

    ReplyDelete
  4. AJ sabarlah ye..tu la,,mulut tempayan bleh gak ditutup..mulut manusia?hampeh..

    sibuk hal org..mcm la dia dah perfek sgt.grrrr

    ReplyDelete
  5. AJ ur having the same issue with me.. I lagi lah..29..lagi tua.. tu pasala i pun malas nk gi kenduri sesiapa..rela pos kan hadiah kawin drpd attend..nnt banyak yg bertanya..
    rimas tu xyah cakaplah..
    serabut sangat..

    Hypoglycemia: Rawat dengan Energizing Soy Protein

    ReplyDelete