Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 15 September 2014

Eversoft Skinz Youth Recall : 5 Langkah Kekal Remaja


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

2 minggu lepas AJ terima 1 kotak produk kecantikan dari Eversoft Skinz....
Terima kasih Yusoff Philip dari Salina & Associates... =D
Produk ini merupakan salah 1 produk yang diinspirasikan untuk mereka yang ingin kelihatan muda remaja...

Jom kita intai dan kenali produk ini...

Packaging menarik dan tersusun rapi yang AJ terima...

AJ dengan Rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall...

Wanita Jepun sememangnya terkenal dengan keremajaan kulit serta kulit halus bak porcelain yang dah semestinya jadi idaman setiap wanita di seluruh dunia....
Kini, rahsia kulit cantik mereka bukan lagi rahsia dengan rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall!

Eversoft Skinz Youth Recall merupakan 1 produk yang mengabungkan teknologi terkini dengan menggabungkan bahan-bahan tradisional semulajadi Jepun yang bertindak sebagai anti-aging antaranya :

WAKAME SEAWEED yang kaya dengan Phyto-Collagen membantu mempertingkatkan kandungan kolagen dan mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit.

UME yang lebih dikenali sebagai Aprikot Jepun yang mengandungi anti-glycation bagi melindungi kulit dari kusam dan kekuningan akibat penuaan. Ume digunakan di Jepun sejak dahulu lagi untuk kecerahan kulit, menghindarkan kekuningan warna kulit dan meratakan tona kulit tidak sekata.

HIARURON SAN (Super Hyaluronic Acid) bagi mengekalkan kelembapan kulit menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan lebih cerah.

Dengan hanya 5 langkah, keremajaan kulit serta kulit yang lembut dapat dikembalikan...

Langkah Pertama : Menyucikan Kulit
DEEP ACTION MICRO CLEANSING OIL menyucikan kulit dengan lebih efektif sebagai penanggal mekap, krim tabir suria, BB krim dan sebagainya.


*Picit sedikit dan ratakan keseluruh wajah untuk menanggalkan kesan mekap.
Hanya urutkan wajah dengan lembut dan kesan mekap akan tertanggal dengan mudah..
Kemudian ambil sedikit air, urut lagi wajah untuk kesan yang lebih efektif dan bilas.

Langkah Kedua : Membersih Secara Mendalam
Terdapat 2 jenis pencuci muka dari rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall iaitu HYDRA CLEAN CLEANSING FOAM (Untuk kulit normal) dan DEEP MOIST RICH CLEANSING FOAM (untuk kulit kering) membantu membersihkan wajah dari kotoran yang tersembunyi dan menaturalkan PH kulit.


*Ambil sedikit pencuci muka, kemudian cuci muka dan bilas seperti biasa.
Buih sabunnya meninggalkan kesan lembut pada wajah.
AJ gunakan kedua-dua pencuci muka tersebut tau...
Kalau terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari ataupun terlalu lame duduk dalam penghawa dingin AJ akan pilih Deep Moist Rich Cleasing Foam untuk kulit kering.

Langkah Ketiga : Toning
HYDRATING TONING LOTION diperkaya dengan Hiaruron San (SuperHyaluronic Acid) memberikan 2 kali lebih penghidratan dan kelembutan pada kulit selama lebih 24 jam dan juga membantu kulit mendapat kelembapan yang lebih optimum.


*Ratakan toner keseluruh wajah dan lakukan urutan keatas.
Kulit akan terasa lebih penghidratan dan segar!

Langkah Keempat : Menganjalkan dan Memperbaiki Struktur Kulit
FIRMING & REFINING ESSENCE (untuk wajah dan mata) untuk memperbaiki kulit dari tanda-tamda penuaan dan memcerahkan kulit. Diperkaya dengan Renewal Peptide 3 untuk kulit yang lebih anjal, berseri dan mencegah kekuningan warna kulit.


*Oleskan esen keseluruh wajah dan mata dengan urutan lembut pada wajah.

Langkah Kelima : Melembabkan Kulit
HYDRA GLOW FIRMING CREAM SPF 30 PA ++ untuk perlindungan di waktu siang dan ULTRA RICH RENEWAL FIRMING CREAM untuk memperbaiki kulit di kala anda sedang berehat di waktu malam.


*Sapukan krim pelembab keseluruh wajah dan lakukan sedikit urutan keatas.
Kulit akan terasa lebih lembab.

Rangkaian Eversoft Skinz Youth Recall boleh didapati di pasaran dengan harga RM 14.90 sehingga. RM 53.90.
Cepat dapatkannya dan katakan selamat tinggal kepada penuaan kulit!!

Setelah 2 minggu menggunakan produk ni, kulit AJ terasa lebih lembut, licin dan anjal...
Kat bawah ni testimoni AJ sendiri sebelum dan selepas menggunakan produk Eversoft Skinz Youth Recall..


Mase mula-mula menggunakan produk ni, kulit AJ jadi agak berminyak...
Lepas tu naik jerawat dekat dahi dan dagu keluar...
Ingatkan produk ni tak sesuai dengan kulit.. Rupanya dia memang keluarkan kotoran dari bawah kulit kita tu....
Lepas beberapa hari kesan jerawat pun mulai pudar, kulit AJ pula lebih cerah, anjal dan lebih sekata...
Struktur kulit pun jadi lebih halus dan lembut....

P/s : Kembalikan keremajaan kulit bukan rahsia lagi... =D





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

8 comments:

  1. patotlahhh meletops letops adik akak yang sorang ni...ihikss...

    ReplyDelete
  2. KALAU SAYA GUNA, BOLEH NAMPAK REMAJA JUGAK.. HEHE

    ReplyDelete
  3. tag untuk anda :P

    http://www.nooratikahramli.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
  4. wah! Ayu, entri ni dah duduk di 1st page google tau. Tahniah Ayu

    ReplyDelete
  5. Semua jenis umor ka boleh pakai produk nie

    ReplyDelete