Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 27 August 2014

Review : Rose Hair Perfume Dari Legacy Secret


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Rose Hair Perfume??
Pernah dengar??
AJ pasti ade antara korang yang penah dengar dan cuba sendiri kan?
Selain badan, AJ paling menjaga kesihatan rambut AJ....
Bila ade masalah dengan rambut, kulit kepala semua AJ akan jadi runsing....
Selagi ada produk selagi tu lah AJ akan cuba.. =D
Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan Rose Hair Perfume ni pulak...

Rose Hair Perfume merupakan 1 produk yang dihasilkan khusus untuk wanita terutamanya wanita bertudung..
Produk ini berfungsi sebagai wangian rambut bagi mengurangkan bau-bauan kurang enak...

Produk keluaran Legacy Secret Sdn Bhd ini diperkaya dengan ekstrak ros menjadikan rambut anda berbau wangi bak haruman bunga mawar.
Selain itu ianya diperkaya dengan collagen dan vitamin E serta air suling menjadikan rambut lebih mudah diurus, tak cepat rosak dan juga membantu melebatkan rambut.

Antara kelebihan / khasiat Rose Hair Perfume :

-Membantu menyihat rambut.
-Membantu mewangikan rambut terutama bagi wanita bertudung.
-Membantu mengelakkan rambut  rapuh.
-Membantu mengatasi rambut gugur.
-Membantu pertumbuhan rambut baru.

*Kajian mendapati 10/10 pengguna mengakui rambut masih berbau harum walaupun lebih 8 jam memakai tudung.

Cara penggunaan Rose Hair Perfume :

Ambil sedikit dan ratakan ke seluruh rambut..
Gunakan selepas mandi..

AJ selalu guna selepas mandi ketika rambut masih separa basah...
Lepas guna tu kan, memang rambut nak letak kat hidung je la...
Bau dia wangi sangat.... Macam bau potpuri.. =D


Harga pasaran bagi sebotol Rose Hair Perfume 25gm:
RM 30 bagi Semenanjung Malaysia
RM 35 bagi Sabah dan Sarawak


Ehhhhhhh.... Kejap-kejap....
Belum habis lagi..... Scroll la lagi....
AJ ade lagi 1 info penting untuk maklumat korang tau.....

Cara Mengenalpasti Produk Asli dan Tiruan


Sekarang ni terlalu banyak lambakan barang tiruan dalam pasaran kan...
So macam mana nak tau produk yang dibeli ni original dari Legacy Secret??
Meh AJ bagitau korang info penting ni....

Melalui beberapa cara di bawah, korang boleh tau produk itu asli atau tidak.

1. Pengesahan Melalui Visual
Korang boleh tengok perkataan "LS" dari sudut 15 darjah.


 2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Korang boleh rasa ada cetakan yang timbul bila menyentuh label dengan jari.


3. Pengesahan Melalui QR applikasi WeChat
Imbas kod dari label yang terdapat pada produk, dan info mengenai produk akan dipaparkan.
WeChat ID : harummalam



Ingat ye.... 1 QR kod tu korang boleh imbas 5 kali je....
Jika melebihi had, korang akan diberikan nombor telefon untuk pengesahan produk....

Haaaaaa..... Pastikan korang beli yang asli ok!
Produk tiruan dikhuatiri akan memberikan kesan sampingan.....
Kang nak cantik, wangi terus jadi teratai layu di tasik madu pulak kang gara-gara terbeli produk tiruan....


Dah tau kan? Jangan beli produk tiruan pulak ye... =D

Untuk segala maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman sesawang yang AJ sertakan kat bawah ni....

www.legacysecret.com
www.harummalam.com
www.facebook.com/WanitaPerfect
www.facebook.com/HarumMalamHQ
www.facebook.com/LegacySecretTrading

P/s : Wangi, harum semerbak!

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

11 comments:

  1. mesti sedap gile bau rambut kan??
    eish! nak try jgk laaaa
    mlekit x bila kat rmbut?
    kalau rmbut kring bole apply x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MG lupa pulak nak bagitau...
      Tak melekit pun tau......
      Kering pun boleh pakai jugak.....
      Tapi paling best bila basah la... Rase macam lagi sebati dengan rambut perfume ni...

      Delete
  2. macam minyak je rupanya..hehe..minyak panas..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah packaging dia macam minyak panas.....
      Takdelah minyak.... Dia macam krim tu je... =D

      Delete
  3. ermmmm macam best jeee..nak try la..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best cik Sue....
      Wangi..
      Ofismate kita pakai tudung pun cakap best...
      Dia pun guna jugak...
      Dia kate dahtak risau rambut berbau masa bertudung tu..
      Lepas tu tak cuci rambut 3 hari pun bau tu still melekat kat rambut....

      Delete
  4. Macam best jer produk ni.. Bau potpouri tu okla utk kite.. Just sweet2 gitu.. Kalu bau wangi kuat sangat xleh pakai pulak.. Sakit kepala.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuat sangat dia Miza....
      Wangi dia tak menyengat hidung la.....
      Tu yang best... Kalau jenis menyengat sangat tu segan jugak, nanti orang cakap pakai sebotol kang... heehheheh..

      Delete
  5. Di Indonesia belum pernah lihat parfum seperti itu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. The boss, belum tembus ke pasaran Indonesia kali...
      Cuba hubungi penjual sekiranya mereka membuat penghantaran ke Indonesia ya... =D

      Delete
  6. Bestnya... Mcm nk trylah. Harum mlm dah try. Mmg power... ^__^

    ReplyDelete