Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 12 June 2014

Takziah Buat SepupuKu (2)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

3 bulan lepas AJ penah menulis entri Takziah Buat SepupuKu....
Hari ini, sekali lagi AJ mencoretkan entri yang sama.....
Berita sedih ini AJ terima 11.45 pagi semalam......
Anak sepupu AJ yang berusia 3 bulan lebih disahkan meninggal dunia......
Memang terkejut sangat saat dapat khabar ni......

Sehari sebelum tu, anak dia AJ ni memang demam....
Lepas tu pagi semalam, sepupu AJ hantar ke rumah pengasuh...
Katanya masa hantar, anak dia memang khayal je... Yelah, demam kan...
Dalam pukul 11 pagi, sepupu AJ dapat panggilan dari pengasuh kata anaknya batuk-batuk, berkahak.... Di hujung talian tu, supupu AJ dengar suara anaknya menagis...
Bila sampai dirumah pengasuh, anak dia dah kebiru-biruan dan telah disahkan meninggal dunia....

Ya Allah...... Beratnya dugaan buat sepupu AJ tu....
Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari hanya dipinjamkan 3 bulan sahaja...
Sepupu AJ redha dengan pemergian anak sulungnya Muhammad Ammar Zafran.....
Sedih sangat masa tengok jenazah Ammar kat hospital tu....
Macam tidur je.... Kami tak dapat nak menahan airmata....... Sebak!

Ya Allah, kau berilah ketabahan hati buat Fiza dan Mazly dalam menempuhi dugaan ini...
Mungkin belum rezeki korang.... 
Tabahkan hati, anak kalian menanti di pintu Syurga...
Dia ade kawan kat sana, Rayyan anak cousin AJ yang meninggal sebelum ni.....
Kedua-duanya anak pertama dan anak syurga....

Al-Fatihah.......


Bersemadilah kalian disana sayang....
Maksu sayang kalian....

P/s : Terlalu banyak berita sedih....
Anak Ema, anak buah mak sedara yang jatuh eskalator tu dan sekarang anak Fiza....
Saudara-saudaraku, moga kalian tabah........



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

15 comments:

  1. takziah kak ayu..saudara niesa baru meninggal jugak subuh tadi.. :( alfatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  2. alfatihah..mereka menanti mak dan ayah mereka di syurga.

    ReplyDelete
  3. Sakam takziah dr akak dan keluarga..alfatihah..

    ReplyDelete
  4. berat dugaan utk beliau..ada hikmah semuanya...baby tu dh tunggu mak ayah dia dpn syurga..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. takziah AJ.Al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  6. Salam takziah utk keluarga sepupu AJ... dari Cik ina

    ReplyDelete
  7. Takziah buat sepupu AJ.....perginya sebagai bidadara syurga....

    ReplyDelete
  8. alahai kesiannya, salam takziah buat keluarga terdekat ..ya syurga tempatnya. insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  10. salam takziah buat keluarga AJ

    ReplyDelete
  11. takziah kpd sepupu dan keluarga AJ.

    ReplyDelete