Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 20 June 2014

MyGenovasi | Merintis Pemikiran Kreatif


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Hujung minggu lalu, AJ menghadiri 1 program yang dinamakan program MyGenovasi...
Program yang dianjurkan oleh Genovasi ini bertujuan menjana pemikiran kreatif untuk dijadikan innovasi dalam mencipta sesuatu untuk masa hadapan...
Genovasi merupakan satu-satunya "Design Thinking School" di Malaysia...
Antara program yang dianjurkan oleh pihak Genovasi ialah Innovation Ambassador Development Programme (IADP) dan The Design Thinking Bootcamp Program bertujuan menggilap daya pemikiran kreatif peserta..
Tapi sayangnya program ini sangat mendapat sambutan dan dah penuh pun....
Yang tinggal setakat hari ini :

Innovation Ambassador Development Programme (IADP)
Daily Dose (Full Time) 2014 (Closed)
Double Dose (Part Time) 2014 (Register)
The Design Thinking Bootcamp program. (Closed)


Masa mula-mula menjejakkan kaki ke sini, AJ terpegun dengan tempatnya yang bersesuaian dengan konsep Genovasi.... (Walaupun agak terlewat akibat sesat..)
Dari suasana tempatnya sehinggalah ke dekorasinya.... Tip top!




Suasana dan dekorasi Genovasi

Kami juga diberi peluang mengikuti program ini selama lebih kurang 2 jam....
Dalam program berbahasa inggeris ini, terdapat 5 langkah yang perlu dijalani antaranya para peserta diberikan 1 situasi dimana kami sendiri diminta mendalami dan merasai sendiri kepayahan menjadi seorang pesakit yang tidak boleh menggerakkan jari-jemari....
Dengan keadaan sebegitu, kami diminta memegang pen dan menulis....
Kemudiannya kami diminta mendefinasikan dan menulis/berkongsi sendiri pengalaman serta apakah kesukaran yang dialami semasa berada dalam situasi pesakit tersebut dan berkongsi dengan rakan lain..
Kami juga diminta memikirkan sesuatu idea dalam membantu mereka menjalani kehidupan seharian yang kemudiannya dicipta dengan menggunakan beberapa bahan yang disediakan....
Prototaip yang dicipta oleh para peserta kemudiannya dicuba dan dinilai kelebihan serta kelemahannya...

The 5 Step!

Sebelum mengikuti program dengan Genovasi, banyak benda disekeliling yang AJ tak tau dan tak rasa....
Kadangkala bila tak penah lalui, kita tak tau kepayahan dan kesukaran orang lain dalam menjalani kehidupan seharian....
Program ini memang wajar kerana banyak perkara yang AJ telah pelajari dalam program ini....
Antaranya memahami keadaan orang lain dengan meletakkan diri kita ditempat mereka...
Membuatkan kita memikirkan sesuatu diluar kotak dan sebagainya....
Wahhhh... Paling tak sangka ialah AJ yang tak kreatif ni boleh berfikir secara kreatif...







Aktiviti semasa program dijalankan...

Kalau korang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program MyGenovasi, boleh hubungi :

Alamat :
Genovasi, Lot 2A, Jalan 13/2,
Seksyen 13, Petaling Jaya,
Selangor.

Website : www.genovasi.my
Twitter : twitter.com/MYGenovasi

Antara blogger yang turut hadir......

Tadaaaaaa..... Cik puan tanah pun nak posing jap.....

Oh ya, Genovasi sedang mengadakan beberapa contest...
Disini AJ sertakan kalendar untuki semua contest yang sedang berlangsung sepanjang bulan JUN dan JULAI :




P/s : Entri ini diterjemahkan oleh AJ melalui pemahaman dan pengalaman yang AJ rasai sendiri dari program berbahasa Inggeris, overall program ini memang sangat bagus....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

5 comments:

  1. Bagusnya akak join program yang sihat macam ni. Ena harap ena dapat join program sebegini suatu hari nanti demi untuk perbaiki diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Ena, nanti ade rezeki Ena nak join program camni.....
      Tapi memang program ni bagus Ena....

      Delete
  2. Bestnya dapat join2 program2 macam ni. Iday suka dekorasi tempat dia, cantik :)

    ReplyDelete
  3. woah.. akak,, sy minat sangat3 dgn program macam ni.. bestnya..

    (dulu penah selalu baca blog ni. pastu busy n x datang lagi. sekarang ni tngah cuti. godek2 balik blog fevret dolu2..)

    ReplyDelete
  4. NAMPAK MENARIK JE PROGRAMNYA..

    ReplyDelete