Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 28 June 2014

Buffet Ramadhan di The Royale Bintang , Kuala Lumpur


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bulan Ramadhan merupakan 1 bulan mulia dimana semua umat Islam diseluruh dunia mula menjalani ibadah puasa.
Setelah seharian menahan diri daripada lapar dan dahaga, waktu berbuka merupakan salah satu saat yang 
dinantikan malahan bukan sahaja bagi Umat Islam tetapi mereka yag berlainan bangsa dan agama juga... 

Biasanya amalan berbuka puasa di hotel adalah menjadi pilihan bagi mereka yang tinggal di bandar 
seperti Kuala Lumpur. Amalan ini dikatakan mampu menjalinkan ikatan yang lebih mesra di kalangan anggota keluarga, sahabat handai serta rakan sekerja.

Displaying Ramadhan e-newsletter.jpg
Senarai harga untuk Ramadhan 2014

Harga Buffet Ramadhan
RM85++ dewasa
RM45++ kanak-kanak (6-12 tahun) / warga emas

Sepanjang Ramadhan ini, Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur menyediakan aneka juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citasara ala kampung yang menjanjikan kepuasan setelah seharian berpuasa.

Antara hidangan yang bakal disediakan sepanjang Ramadhan, Masak Lemak Ikan Masin Belimbing Besi, Siput Manis Rendang Pedas, Gulai Tulang Kambing dengan Pisang Muda, Lemak Cili Padi Salai, Ikan Bakar Daun Pisang, Ayam Percik dengan Lemang dan banyak lagi.
Bagi mereka yang rindukan manisan masakan kampung, anda juga berpeluang menikmati beraneka manisan traditional seperti Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang dan macam macam lagi.
Bagi pengemar sup, The Royal Bintang juga menyediakan pelbagai jenis sup untuk dinikmati... 

Tidak ketinggalan aneka ulam kampung yang juga di tawarkan seperti pucuk pegaga, ulam raja, kacang botol, hidangan kerabu serta berbagai lagi serta Sambal Belacan, Sambal Cili Hijau Sambal Tempoyak, Sambal Ikan Bilis, Air Assam, Sambal Chilli Kicap Manis, Budu, Cincalok sebagai penambah rasa.

Promosi menarik ini ditawarkan sepanjang Ramadhan bermula dari jam 7.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari bermula 2 Julai hingga 25 Julai 2014.

Untuk membuat tempahan awal, The Royale Bintang juga menawarkan harga promosi dengan pembelian 5 voucher, 1 voucher percuma sebelum 29 June 2014.

Displaying image002.jpg

Ruang solat turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Jom tengok hidangan buffet ramadhan yang AJ dah cuba di The Royale Bintang, Kuala Lumpur.







Lapar pulak kan bile tengok gambar-gambar diatas...


Antara blogger yang turut sama merasai keenakkan Buffet Ramdhan di The Royale Bintang, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03-21439898 sambungan 4809.
________________________________________________________________________

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:

Syikhah Manaf
Marketing and Communication Manager
The Royale Bintang Kuala Lumpur
Tel : 603 – 2143 9898 ext. 3805
Fax : 603 – 2162 8644

P/s : Esok dah 1 Ramadhan....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

8 comments:

  1. bnyk lauk sedap ni. akak price brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liyliz, harganya RM85+ per dewasa RM45+ per kanak2 (6-12tahun) / warga emas.... =D

      Delete
  2. Replies
    1. Tengok gambar pun terliur kan...
      Hehehhe..

      Delete
  3. sedapnya :D salam ramadhan

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan dear.... (*^﹏^*)

    ReplyDelete