Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 29 June 2014

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort Restaurant (BGR)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Sempena Ramadhan ni AJ nak bagitau 1 lagi tempat yang korang jadikan tempat pilihan untuk berbuka puasa...
Bangi Golf Restaurant (BGR) yang terletak di Bangi Golf Resort....
First terima kasih Sally sebab sudi jemput sama AJ dan Mr.JR.. =D

Buffet Ramadhan yang bermula dari 2 Julai sehingga 26 Julai 2014 merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM.
Terdapat lebih daripada 200 hidangan yang ditawarkan sepanjang Ramadhan nanti di Bangi Golf Restaurant antaranya hidangan Melayu, Barat, Cina dan banyak lagi....

AJ nak cuba hampir kesemua makanan di sana, tapi disebabkan terlalu banyak pilihan AJ makanlah apa yang sempat dijamah.....
Memang AJ jamin korang pasti akan berpuas hati sebab kesemua makanan yang AJ cuba takde 1 pun yang mengecewakan deria rasa AJ....

Antara menu yang disajikan Kambing Bakar, Satay, Kuey Teow dan Mee Goreng yang dimasak di hadapan tetamu sendiri, Lasagna Daging, Ayam tanpa tulang Grill dengan sos Cendawan yang lazat, Kuih-kuih Tradisional Melayu, Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Kawah Daging dan sebagainya.....
Disertakan juga pelbagai pencuci mulut antaranya Kek Red Velvet, Jelly Kelapa Muda, Jelly Laici dan Tembikai dan banyak lagi!

Sepanjang Ramadhan tahun ini, BGR akan memperkenalkan konsep baru iaitu dapur terbuka...
So, tetamu boleh melihat sendiri cara chef-chef BGR menyajikan makanan...
Dalam masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan Muzik Tradisional Melayu secara live dari 6.30 petang sehingga 9 malam...

Menurut Chef Kamaruddin, Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant selalunya menjadi pilihan untuk keluarga, kawan-kawan, rakan niaga sepanjang Ramadhan...
Mereka akan memastikan kepelbagaian makanan dan mengekalkam rasa dan tradisi supaya tetamu akan kembali ke bangi Golf Resort Restaurant... =D

Kemudahan Surau untuk lelaki dan wanita juga disediakan di sana... =D

Kalau korang nak mencuba sendiri Buffet Ramadhan di sana boleh hubungi :

Bangi Golf Restaurant
Website : www.bgrrest.com
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265
Email : bgb.bangigolf@gmail.com



Jom tengok antara hidangan yang sempat AJ cuba...

Banyak lagi pilihan makanan yang lazat dan menyelerakan kat sini sebenarnya....

Cik Puan Tanah suka bebeno la dengan dessert Chocolate Mousse ni......
Bertambah-tambah.. Al-maklum hantu coklat kan... =D

Antara blogger yang turut sama hadir....

P/s : Bulan Ramadhan ni, AJ akan repeat balik kat sini.... =D
Serius rugi tak cuba!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

5 comments:

  1. TAK BIASA BERBUKA DI HOTEL..

    ReplyDelete
  2. aku kenal cik lily putih. kirim salam yek sama dia

    ReplyDelete
  3. saya pernah makan kat bangi golf resort ini and tak dinafikan yang makanan dia memang sedap....rugi plak tak dapat join aritu...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete