Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 29 May 2014

Review : Safi Shayla untuk Wanita Bertudung


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penah cuba tak rangkaian syampu Safi Shayla yang direka khas untuk wanita bertudung tu??
Arini AJ nak review sikit mengenai syampu Safi Shayla ni....
Kata orang, tak kenal maka tak cinta..... Bila dah kenal, cinta mati beb!!!
Al-kisahnya, syampu AJ habis....
Lepas tu AJ nampak pulak syampu mak ni...
AJ pun dengan tanpa segan silu pakai syampu dia....
Bile dah pakai tu, syok pulak.... Terus AJ pakai kekal dengan syampu ni...
Dah masuk botol kedua pun... =D

Jom berkenalan dengan rangkaian Safi Shayla!



Safi shayla ni terdiri dari 4 jenis seperti syampu Anti Kelemumur, Kawalan Rambut Gugur, Licin Terurus dan Segar Bermaya....
Selain syampu, Safi Shayla dilengkapi dengan perapi rambut dan juga penyegar kulit kepala....
Setiap syampunya diperkaya dengan Habbatus Sauda yang mengandungi bahan bakteria semulajadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kurang selesa dan kusam...
Juga diperkaya dengan nutrien semualajadi yang menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut....

Dan setiap 1 syampu juga terdapat lain-lain nutrien iaitu :

-Safi Shayla Licin Terurus dengan Multivitamin
-Safi Shayla Segar Bermaya diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer
-Safi Shayla Anti Kelemumur dengan ZPT
-Safi Shayla Kawalan Rambut gugur dengan Protein

Haruman dia pun boleh kekal sehingga 48 jam*....


Yang paling AJ suka sekali mengenai rangkaian Safi Shayla ialah penyegar kulit kepala....
Lepas bersyampu, korang boleh urutkan penyegar ni kat kulit kepala....
Penyegar kulit kepala ni diperkaya dengan Mentol bertindak menyejukkan, menyegar, menyamankan dan mengurangkan kerengsaan kulit kepala.....

AJ ni ade masalah kulit kepala sebenarnya......
Dulu AJ pakai Sel*** Bl**, berkesan jugak tapi tak boleh digunakan selalu.....
Tapi bila AJ start gunakan Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla, boleh pakai setiap hari dan kesannya kulit kepala AJ dah tak gatal-gatal lagi...
Kalau tidak, bile tak cuci rambut walaupun sehari je mulelah gatal.....
Alhamdulillah, sekarang dengan Safi Shayla AJ tak perlu nak risau kalau tak sempat cuci rambut sehari dua.....
Confirm kulit kepala tak gatal dan rambut kekal harum....
Dan lagi 1, rambut AJ pun dah kurang gugur.....

Oh ye, bagi korang yang ingin mendapatkan Safi Shayla ni, boleh kunjungi pasaraya yang berhampiran....
Buat masa ni, rangkaian syampu ni takde lagi kat farmasi-farmasi terkenal macam Watson atau Guardian (dah banyak kali AJ cari tapi tak jumpe, tak tau lah kawasan korang ade ke tak)...
AJ jumpe pun kat pasaraya NSK, Mahatari, Mydin dan pasaraya biase-biase je........ =D

Harga pasaran bagi produk SAFI SHAYLA :

RM 12.70 bagi syampu
RM 7.90 bagi perapi rambut
RM 7.90 bagi penyegar kulit kepala

Selamat mencuba!

P/s : Sesuai untuk wanita tidak bertudung juga! =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. tq for informasi :)
    datang menabung

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Itu kalau bulan puasa, banyak kat bazaar Masjid jamek tu Phay...
      Hahahahhaha....

      Delete
  3. LELAKI BOLEH PAKAI TAK? :)

    ReplyDelete