Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 22 April 2014

Malam Pra-Tonton Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

filem sniper 2014

Malam tadi berlangsungnya Majlis Pra-tonton Filem terbaru Metrowealth (MIG) dibawah arahan Pierre Andre berjudul
SNIPER : Nyawa atau Nyawa....
Majlis berlangsung di TGV Sunway Piramid pada pukul 8 malam dihadiri oleh pengarah dan pelakon filem tersebut...

Filem ke-91 dari MIG ini memaparkan wajah-wajah baru dalam industri perfileman antaranya Mikail Andre, Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar..
Turut sama terlibat dalam menjayakan filem ini ialah Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati...
Filem Sniper menjalani pengambaran di sekitar Lembah Klang...

Sinopsis Filem Sniper

Ahmad (Mikail Andre) merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri.
Rafi (Fadlan Hazim) pula merupakan seorang atlet penembak tepat yang telah diculik untuk satu permainan.
Mereka berdua ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang diciptakan oleh seseorang yang tidak dikenali.
Jim (Pablo Amirul) juga terpererangkap di dalam permainan tersebut dan secara tidak langsung telah mengakibatkan permainan itu lebih mencabar kerana tiada seorang pun yang tahu siapa dalang disebalik permainan ini.
Harlina (Nina Iskandar) mengetahui yang tunangnya, Rafi telah diculik untuk permainan itu.
Dia kemudiannya panik dan risau mengenai kejadian itu.
Berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing.
Dalam kemelut tersebut, Harlina pula telah diculik untuk dijadikan tebusan dalam permainan ini.

Siapakah dalang disebalik permainan ini?
Adakah Rafi dan Harlina terselamat?
Dan apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?

Ulasan AJ

Filem ini memaparkan aksi yang berlainan dari filem biasa...
Berlatarbelakangkan flat tinggal di Pekeliling dan di dalam hutan menjadikan filem ini nampak lebih mencabar...
Semasa filem ini ditayangkan, penonton akan turut sama berfikir siapakah dalang disebalik permainan yang melibatkan nyawa ini kerana terdapat beberapa babak yang membuatkan sangkaan penonton meleset mengenai identiti si pembunuh.
Setiap kronologi kejadian dipaparkan satu demi satu sehinggalah hampir dipenghujung cerita, identiti si pembunuh akhirnya terbongkar...
Identiti si pembunuh sebenar pastinya akan mengejutkan penonton...
Haaaa... Suspen tak???

Untuk filem ini, AJ bagi 4 bintang dari segi aksi dan 3 bintang untuk jalan cerita kerana ada babak-babak di dalam filem ini kurang jelas pada pemikiran AJ......
Overall tidak rugi menonton filem Sniper ini... =D
Tahniah kepada MIG, Pierre Andre, para pelakon dan mereka yang menjayakan filem ini....

Kalau nak tau siapakah pembunuhnya, jangan lupa menyaksikan filem ini..

Nyawa atau Nyawa, Sniper akan menemui anda di pawagam berhampiran mulai 24 April ini..


Penerbit, Pengarah dan Para Pelakon Filem Sniper


Antara blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pra-tonton Sniper...

P/s : Terima Kasih MIG!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. lain kali ajak mummy ash sekali...ahaksss...walhal sibuk dok nak balik kejar anak ye tak?

    ReplyDelete
  2. waaaa...nak follow tgk..sobsobsob

    ReplyDelete