Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 14 March 2014

Konsert Teaterikal Suara Kita "Awie, Erra & Ziana", Mengancam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, 9 Mac 2014 bertempat di Istana Budaya berlangsungnya Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan gandingan mantap Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain....
Siapa yang tak kenal mereka kan??
Dari zaman sekolah lagi AJ memang sangat meminati 3 figura ini....
Masih AJ ingat lakonan mantap mereka antaranya Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan sebagainya.....



Berpeluang menonton persembahan mereka secara live sememangnya 1 penghargaan buat AJ....
Terima kasih kepada www.celcomESCAPE.com atas kesudian menaja tiket AJ, Mr. JR dan beberapa orang blogger lain.....
Persembahan petang itu boleh AJ katakan sebagai sangat mantap walaupun itu persembahan yang ke lapan dan terakhir buat mereka..
Bak kata Kak Ziana dah tinggal tenaga-tenaga terakhirlah aritu... =D

Persembahan dimulakan dengan tayangan VT dari zaman kegemilangan mereka sehinggalah kini....
Kemudian persembahan pembukaan oleh Erra Fazira, Ziana Zain dan seterusnya Awie...
Pihak penganjur juga memberi peluang buat penonton untuk merakamkan video dan mengambil gambar selama 10 minit pertama...
Wahhhhhh... Bukan senang tau! So apa lagi, keluarlah segala telefon dan kamera... =D
Tapi videonya AJ tak dapat nak transfer kat PC pulak..... Tak dapat nak tunjuk kat korang....
Tapi kalau nak tengok jugak, boleh Klik Sini...

Awie
Lakonannya sangat bersahaja....
Ada masanya, telatah Awie sangat mencuit hati para penonton...
Dah macam tengok Maharaja Lawak Mega pulak.... =P
Suaranya yang rock tu memang menggegarkan Panggung Sari..
Ternyata di usia 46 tahun, Awie masih lagi bertenaga...

Erra Fazira
Perwatakan ayu dan anggun sememangnya sinonim dengan wanita ini..
Vokalnya yang mantap memukau para penonton..
Lagi-lagi semasa beliau menyanyikan lagu "Pasrah" memang mengusik hati setiap orang...
AJ sampai menitis airmata, sedih sangat masa tu.....
Cara penyampaian Erra dalam setiap lagu yang dinyanyikan seolah-olah menggambarkan perjalanan realiti kehidupan yang dilalui selama ini..

Ziana Zain
Dia memiliki sifat yang selamba..
Lakonannya memang sangat spontan sampaikan penonton terpukau..
Tak sangka ibu kepada beberapa orang anak ini ada sifat humor, tak kering gusi dibuatnya.... =D
Vokal yang sememangnya lantang, tak payah nak cakaplah..
Meremang bulu roma woooo....

Overall persembahan mereka memang mantap dengan prop pentas yang menarik....
Siapa bawak masuk kereta, motor dan basikal lagi masuk pentas....
Haaaaa.... Mampu???
Rugilah siapa yang tak sempat menonton tu kerana lagu-lagu yang mereka dendangkan semuanya lagu hits dalam filem-filem mereka... =D

Jom tengok dulu gambar yang AJ dapat snap sepanjang 10 minit pertama dan sebelum balik tu....


3 figura seni tanah air.....

P/s : Terima Kasih www.celcomESCAPE.com....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

10 comments:

  1. Huishhh bestnyaaaaa.. untung laaaa dapat join event2 macam ni... jelly!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....
      Takpe, nanti ade la rezeki Ena tu... =D

      Delete
  2. seumur hdup' belum pernah sekali pun saya tengok teater.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJ dah 2 kali dah dapat peluang menonton....
      Alhamdulillah....

      Delete
  3. MENGEMBALIKAN NOSTALGIA mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mengembalikan nostalgia..... =D

      Delete
  4. Replies
    1. Seronok sangat Luqman.... (*^﹏^*)

      Delete
  5. Teringin nak pi. Tapi belum rezeki. Huhuhu

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  6. mcm mana dapat dengan escape celcome tu..nk jugk

    ReplyDelete