Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 28 March 2014

Belasungkawa : Datuk Ali Mamak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam industri seni tanah air dikejutkan dengan berita kematian Datuk Ali Mamak yang merupakan pelawak terkenal sekitar era 80an...
Antara sitkom beliau yang paling diingati adalah Santan Berlada....
Masa zaman tu AJ kecik lagi.... 
Dan beliau juga seorang penyanyi....
Antara lagu dia yang AJ suka dan AJ masih dengar sampai ke hari ni, lagu Apa Dah Jadi dengan pelawak Abon.... Siap save kat PC ofis dengan pendrive lagi tau....

Gambar kenangan dengan Allahyarham....
Sempat dia berseloroh masa kitorang suruh dia berdiri tengah-tengah : "mentang-mentang aku hitam, korang suruh berdiri kat tengah ye.."

Beliau disahkan meninggal dunia jam 4.20 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat kanser tahap kedua....
Berita kematiannya mengejutkan ramai pihak termasuklah AJ....
Takde pulak dengar desas desus mengenai sakit beliau....

Allahyarham merupakan anak kelahiran  Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka...
Sudah berkecimpung dalam bidang seni selama lebih kurang 25 tahun dan dianugerahkan gelaran Darjah Seni Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk..

Allahyarham telah selamat dikebumikan sebelum Zohor semalam di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Selangor...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham...
Semoga beliau ditempatkan dikalangan insan beriman.....

P/s : Penah beberapa kali jumpa, tak penah lokek dengan senyuman dan selalu buat AJ tak kering gusi dengan ayat spontannya....
Al-Fatihah Datuk Ali Mamak (1951-2014)



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. salam takziah dan al-fatihah, memang akak pun ingat tentang trio santan berlada tu...dan algu apa dah jadi dia dengan abon tu memang kelakar, hey...i have that in my thumbdrive too...kadang2 bawak kereta layan jugak...hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. AL-FATIHAH.. suka lagu apa dah jadi tu.. kelakar..

    ReplyDelete
  3. SAYA PON BERNAH BERGAMBAR DENGAN ALLAHYARHAM SEMASA BELIAU ADA PROGRAM DI JABATAN SAYA.. RASANYA DALAM BLOG SAYA ADA GAMBAR TU..

    ReplyDelete
  4. tak tahu dia dah dpt datuk.
    takziah buat keluarganya

    ReplyDelete