Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 6 February 2014

Demam Denggi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minggu ni je dah 2 kes denggi terjadi kat orang-orang yang AJ kenal....
1st, tunang kepada abang Mr.JR.. Lilian..
Lepas tu semalam pulak kawan Mr.JR, Malik aka Mok pulak admitted gara-gara denggi.....

Alamak.. Takut pulak AJ dengar..
Tambahan pulak AJ pun tengah demam on off ni..
Kejap panas, kejap sejuk.....
Kalau dalam few days lagi tak okay, AJ pegi chech darah kat hospital terus.....


Apa itu Demam Denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda-tanda Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
Rasa pahit pada lidah
Lemah dan tidak bermaya

Cara-cara pencegahan Demam Denggi

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi.
Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
 Sumber : Wikipedia

Bahaya kan demam denggi ni...
So kalau korang ade rase tak sihat, demam berterusan ke, cepat-cepat dapatkan rawatan okay.....

P/s : Ofis ni air cond sikit punya kuat...
Sakit urat!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

18 comments:

  1. x yah tunggu lagi AJ, pergi jer check darah...tunggu2 nanti lain plak jadinya....minum 100+ ngan mintak mama masakkan sup ketam...mencengah lagi elok dari mengubati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kak....
      Air 100+ memang minum je sepanjang demam aritu...
      Ni dah okay dah...... =D
      Thanks..

      Delete
  2. salam. banyak kes demam denggi sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....
      Aah banyak kes sekarang...
      Mungkin sebab cuaca jugak kot....

      Delete
  3. Kat bangi ni pon banyak kes demam denggi. Gi buat blood test lah AJ klo dah demam on & off. Smoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane2 je sekarang kak banyak kes....
      Okay... Thanks... =D
      Tapi rase dah okay dah ni...

      Delete
  4. naik trun musim denggi ni
    sme2 la kita jga kesihatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul.....
      Semua kene jaga kesihatan... =D

      Delete
  5. skrang ni, kalau demam jgn diam2kan..sbb bahaya...denggi mmg berleluasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Nur, berleluasa kan...
      Kene cepat2 check kalau dah rase tak sedap badan tu...

      Delete
  6. x yah tunggu few days la AJ.. cpt pegi check..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Deqla....
      Tapi since semalam dah much better...
      Cuma tak tahan bile sejuk je la... =D

      Delete
  7. bahaya demam2 zaman skang ni. better AJ g check kalau demam x ok lagi k..take care!

    ReplyDelete
  8. kawaan rumah kene bersih.kene tengok air bertakung..memang tgh musim ni

    ReplyDelete