Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 30 January 2014

Maut Diseret Sejauh 43 Kilometer!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Luluh hati AJ saat membaca berita ni...
Malam tadi dah tau dah....
AJ ingat terseret 43 meter je.....
Rupanya 43 KILOMETER!

Allah.... Azabnya kematian dia......
Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga segala urusannya disana dipermudahkan....

Ipoh: Motosikal ditunggangnya, cebisan daging, tulang dan kasut bersama kaki kanan ditemui berhampiran susur keluar ke Ipoh Kilometer (KM) 274.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini manakala kepala, kaki kiri, badan dan tangan pula bertaburan di KM317 berhampiran Tapah.
Begitu keadaan jasad seorang penunggang motosikal, Ahmad Mahamud, 25, yang bersepai selepas terbabit dalam kemalangan, kemungkinan kes langgar lari, menyebabkan dia diseret sejauh kira-kira 43km, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah ke tempat kerja di kilang PROTON Tanjung Malim. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kira-kira jam 2.30 pagi pihaknya menerima aduan daripada pekerja PLUS berhubung penemuan motosikal dan cebisan daging manusia.
Foto
MOTOSIKAL mangsa ditemui dalam keadaan hancur.

“Pekerja PLUS menjumpai cebisan daging dan tulang manusia, kasut hitam sebelah kanan dan sebuah motosikal Honda EX5 yang rosak teruk di KM274.2, arah Selatan, iaitu kira-kira 800 meter dari Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perak.


Ya Allah, janganlah kau tarik nyawa kami dalam keadaan sedemikian rupa...

Pada yang pulang ke kampung halaman atau nak kemana-mana sahaja, pandu dengan cermat....
Semoga perjalanan kita semua dilindungi dan diberkati...
AJ, Insyaallah ke Negeri Sembilan...

P/s : Sedih, pilu....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

9 comments:

  1. Ya Allah..kesiannye..mmg kejam org tu kalau betullah dia langgar lari

    ReplyDelete
  2. semalam yaya tengok berita ni sayu betul. seksanya arwah. semoga orang yang langgar lari tu dapat dicari lah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh sadisnya, moga Allah tempatkan arwah dalam org yang beriman

      Delete
  3. A'a ada baca semalam..tp akak pn igt 43meter.. Ya Allah kesiannya.. Al fatihah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. dan nantikan balasan bagi pemandu lori tue..maybe kat dunia lepas la akhirat nanti tunggu la balasan Allah.. :(

    ReplyDelete
  4. inalillah sedihnya keadaan arwah...semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman, amin..

    ReplyDelete
  5. akak dengar radio pagi tadi pun terkejut AJ. serius terkejut. jauh tu 43km!

    ReplyDelete
  6. Xdapat nak dibayangkan keadaan masa tu
    ..Allah lebih mengetahui

    ReplyDelete