Click to Follow...

Friday, 27 September 2013

Love Your Heart Day - Public Talk


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tarikh : 25 September 2013
Program : Love Your Heart Day 2013
Tempat : Menara Selatan, Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Pada hari ini, ramai yang masih kurang mengambil tahu bahawasanya penyakit jantung merupakan PEMBUNUH nombor SATU dalam negara kita.
Oleh itu, ceramah awam ini diadakan bagi membincangkan keputusan kajian yang telah diadakan kepada pesakit jantung dan juga bagi menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahayanya penyakit jantung.
Dalam keluarga AJ sendiri pun, Abah merupakan salah seorang pesakit jantung.

Kebanyakan rakyat Malaysia bersifat reaktif dan bukannya proaktif dalam hal-hal Penyakit Jantung Koronari (CHD), menurut keputusan yang didapati dari Kaji Selidik PPUM "Love Your Heart" 2013. Pengumuman keputusan kaji selidik tersebut dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada "Love Your Heart Day" yang diadakan bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2013.

Dalam kaji selidik tersebut, 414 pesakit yang menderita dari CHD dan telah menjalani prosedur"Percutaneous Coronary Intervention - PCI" dan stenting telah diajukan pelbagai soalan akan pengetahuan mereka dalam CHD, angioplasti koronari dan stent koronari yang diamalkan dalam rawatan penyakit ini. Kaji selidik ini dianjurkan dengan tujuan memberikan penerangan mengenai faktor-faktor risiko jantung dan pilihan-pilihan rawatan yang sedia ada serta meningkatkan pemahaman pesakit akan isu-isu berkaitan.

       

Kaji selidik itu turut mendedahkan bahawa 73 peratus daripada responden tidak pernah menjalankan ujian kesihatan jantung secara berkala sebelum mereka didiagnos dengan Penyakit Jantung Koronari. Tambahan lagi, 83 peratus responden tidak mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan maklumat lanjut mengenai stent koronari sebelum menjalani prosedur angioplasti koronari.

       


Seramai 328 responden, atau hampir 80 peratus, tidak mengetahui jenis-jenis stent yang biasanya digunakan dalam prosedur angioplasti koronari serta mereka juga tidak dapat mengenalpasti mana-mana jenis stent yang ada dalam kaji selidik tersebut. Hanya 56 responden yang berupaya mengenalpasti Drug Eluting Stent (DES) yang digunakan sebagai kaedah standard dalam rawatan penyakit arteri koronari.

       

Generasi teknologi stent terbaru seperti Dual Therapy Stent (DTS) yang berupaya menangani pelbagai cabaran dalam penyembuhan lewat arteri koronari yang juga dikaitkan dengan monoterapi DES serta Bioresorbable Vascular Scaffold adalah prosedur yang tidak pernah didengar oleh para responden kecuali dua dan empat orang yang masing-masing tahu serba sedikit mengenainya.

“Biasanya, pesakit yang melalui prosedur stent menghadapi risiko restenosis dan trombosis. Walaupun peratusan risikonya rendah, pesakit yang menderita dari trombosis stent (pembentukan darah beku di sekitar kawasan yang telah distent), menghadapi risiko serangan jantung dan risiko kematian yang lebih tinggi. Oleh itu, perkembangan yang dicapai dalam DTS adalah sesuatu yang sangat menarik dan penting kerana ia menggabungkan elemen-elemen yang terbaik daripada kedua-dua teknologi tersebut. Dengan prosedur DES, ia mengurangkan restenosis, dan serentak dengan kehadiran teknologi Endothelial Progenitor Cell, ia turut membolehkan penyembuhan saluran darah yang lebih baik. Hasilnya ialah peningkatan prestasi secara menyeluruh,” jelas Prof Dr Wan Azman bin Wan Ahmad, Ketua unit Kardiologi, PPUM.

AJ penahlah dengar beberapa jenis stent tu kerana Abah penah menjalani Angioplasti lama dulu.

Sebaliknya, 80 peratus responden memahami kepentingan mengambil dua jenis ubat anti-platelet, Aspirin dan Plavix, yang ditetapkan oleh para doktor dan hanya 83 responden yang menyatakan bahawa mereka tidak memahami kepentingan mengambil ubat-ubatan tersebut. Fungsi utama ubat-ubatan tersebut adalah untuk mencairkan darah.

Selain itu, kaji selidik tersebut turut mendedahkan:
         66% responden sedar bahawa mereka boleh mengalami trombosis stent (serangan jantung) sekiranya mereka gagal mengambil kedua-dua ubat anti-platelet (seperti Aspirin dan Plavix)
         73% responden sedar bahawa stent trombosis boleh menyebabkan kematian
         78% responden berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kaedah rawatan Penyakit Jantung Koronari

         


Sempena "Love Your Heart Day" di PPUM, orang awam akan berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling secara percuma. Pemeriksaan yang diberi termasuk ujian glukosa dalam darah, kolesterol dan tekanan darah. Ceramah kesihatan mengenai pencegahan dan kawalan penyakit jantung turut dianjurkan oleh para doktor PPUM. Orang ramai turut berpeluang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.


Sekitar majlis "Love Your Heart" 2013




P/s : Sayangi Jantung Anda...
Cegah Sebelum Terlambat.....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 25 September 2013

WW #49 : Love Your Heart Day


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Currently here for public talk..



P/s : Love Your Heart!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

WW #48 : 27 Tahun Yang Lepas!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lame AJ tak ber"wordless wednesday" ni.....

27 Tahun sudah berlalu....
Masa ni umur 7 bulan....

Kening "Jiana Jain" hokayh!!!!
Hehehehhehehe....

P/s : Nostalgia....




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 24 September 2013

My Braces Journey : Sakitnya Berbraces!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam entri Cabut Gigi aritu, AJ cakap tak sakit kan lepas pada tu???
Ye memang tak sakit.... Sebab bius kesan bius ade lagi....
Esoknya masa event paintball dengan blogger kat Cyberjaya tu, AJ baru perasan yang AJ tak boleh langsung mengunyah makanan time breakfast tu.....
Okay, takpe lagi sebab AJ ingatkan mungkin tu sementara je la......
Keesokkan harinye, dah mula rasa berdenyut-denyut sakitnya gigi AJ ni....
Memang AJ langsung tak boleh mengunyah even sebutir nasi pun....
Rasa gigi atas dengan bawah tu dicucuk-cucuk je masa makan tu....
Time tu, barulah AJ tau macam mana sakit dan azabnya berbraces macam orang lain selalu cakap...
Tapi yang peliknya, AJ baru terasa sakit bile dah bulan ketiga berbraces....
Bulan sebelum tu memang takde sakit apapun.....
Dia punya sakit tu, tak tau lah AJ nak cakap macam mana...
Badan ni rasa nak demam je... 2-3 ari jugaklah telan ubat tahan sakit.....
Lepas tu, makanan ruji pun bertukar...
Hambek! Seminggu kau telan bubur nasi.....
Terseksa jiwa dan raga sekejap!
Yelah, AJ pulak memang bangsa yang pantang jumpa makanan...
Tetibe kene makan bubur nasi je seminggu tu.... Memang mendapatlah....
Perasaan nak makan makanan lain tu memang membuak-buak...
Sayangnya paksa macam mana pun tak boleh nak kunyah...
Tu la, lain kali jangan "eksyen"!
Baru ku tau sakitnya berbraces!

Makanan ruji seminggu...
Hikhikhik....

P/s : Sekarang dah okay dah... Haaaa "eksyen" lagi! =P
Sila tengok sidebar untuk segala update pasal braces ye....




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 23 September 2013

Update Urap Si Kucing Jalanan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi tadi AJ tuliskan kisah Urap Si Kucing Jalanan....
Alhamdulillah dengan sedikit duit yang ada AJ gagahkan jugak bawak dia ke Vet...
AJ hantar ke Jabatan Veterinar Kuala Lumpur yang terletak di Cheras...


Alhamdulillah masa AJ sampai tu orang tak ramai sangat lagi.....
So AJ dah register semua tunggu dalam setengah jam - 45 minit macqm tu, no AJ dipanggil...
Masa tu dalam fikiran entah berapalah kene caj tu....
AJ tanye orang kat situ, diorang cakap tak mahal sangat....
Harapnye macam tu la.....
Duit yang orang donate dan duit AJ ade la dalam RM 40.......
Seriously AJ memang tengah pokai...
Mr.JR pun belum bergaji lagi.....
Memang dah terdesak sangat dah AJ ni....
Tu pun pegi berserah je la.......

Bile masuk tu, memula bebudak praktikal yang check....
Lepas dah timbang, amik suhu semua baru doc masuk.....
AJ cite la yang AJ jumpe dia kat depan rumah dan tak tau ape yang jadi kat Urap...
Tau-tau je dah macam tu keadaan dia....
Then doc check kaki dia dan pinggang Urap....
Doc cakap kemungkinan kaki dan tulang belakang Urap tak patah....
Alhamdulillah lega sikit hati AJ mendengarnye.....
Doc bagi injection, waterdrip dan bekalan ubat untuk seminggu....
Doc kate kalau dalam seminggu Urap still tak boleh jalan, AJ kene hantar Urap ke UPM untuk x-ray dan follow up...
Harapnye, Urap kuat dan boleh jalan balik la dalam masa seminggu ni.....
Nanti ape-ape AJ update lagi pasal perkembangan Urap...
Buat masa ni, Urap akan ade dalam jagaan AJ sementara....
Sebab kene pantau makan minum dan berak kencing dia..... =D

Ni gambar curi..
Dalam tu tak boleh amik gambar sebenarnye...
Maaf Doc!

Kat sini AJ nak ucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang sudi bantu AJ...
Antaranya Papa Hero dari Kakimotong Fan Club yang sebarkan berita minta bantuan untuk Urap, Abah yang hantar ke Vet, Kak Lang yang angkat Urap masuk umah, Mr.JR yang bagi moral support, hamba Allah bernama kak Noraini yang hulurkan sumbangan, hamba Allah bernama kak Laila yang call tanye keadaan Urap dan sudi nak membantu dan juga rakan-rakan dari Kakimotong....
Hanya Allah swt je yang mampu membalas jasa kalian.....
Dan semoga Urap baik-baik je.....
Ni dia tengah tidur....

Total bil pun tak mahal...

RM 36.30

P/s : Terharu dengan keprihatinan ramai orang...
Alhamdulillah....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Nasib Si Kucing Jalanan..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam tadi masa balik minum dengan Mr.JR, tetibe sekor kucing jalanan ni ade depan rumah AJ.....
Kucing ni memang selalu je datang minta makan kat rumah AJ...
So memang dah kenal sangatlah....
Family AJ semua panggil dia Urap.... Singkatan pada "kurap"..
Hehehehhe....
Dulu memang dia berkurap dan kurus kering sangat...
Lepas tu nasib baik kat kejiranan AJ ni ade 2 buah rumah sudi bagi dia makan...
Kalau dia tak datang rumah AJ, dia pegi minta makan kat jiran atas rumah AJ......
Tapi malam tadi, AJ rasa dia pelik sangat....
Dia mengiau-ngiau lain macam bile nampak AJ......
AJ panggil-panggil, dia tak bangun....
Sekali dia mengengsotkan kaki belakang dia...
Ya Allah.... Panik AJ!
Dah kenapa dengan kucing ni???
Elok sihat, tetibe jadi macam tu...
Kaki belakang dia macam lumpuh, tak boleh gerak......
Dia menyeret je datang kat AJ macam minta tolong...
Terus AJ panggil kakak minta dia tengokkan since AJ memang tak berani nak usik kalau kucing tengah sakit...
Bile kakak AJ urut-urut belakang pinggang dia, dia ngiau macam sakit....
Nak kate kene langgar, nampak takde pulak kesan tayar ke ape kat badan dia....
AJ rasa sama ade dia jatuh ataupun dipukul orang... Wallahualam....
Kesiannye AJ tengok keadaan dia...
Terus kitorang bawak masuk rumah...
Masa dukung bawak masuk tu pun dia terkencing dan terberak.... Sakit sangat agaknya... =(
Kalau nak bawak terus ke vet pukul 11 lebih ni yang ada pun private punya...
AJ sendiri pun mane ade duit nak bayar bil nanti.... Yang last kucing AJ masuk vet pun belum recover lagi.....
Lepas tu AJ cuba dapatkan bantuan melalui facebook.....
AJ mesej Papa Hero (PH) dari Kakimotong....
AJ tanye boleh tak dia bukak donation untuk kucing ni kalau AJ hantar ke vet....
AJ memang dah terdesak sangat kot.... Kesian pulak kalau tak hantar...
Dia cakap boleh... Hantar gambar kat vet dan minta quotation total harga rawatan tu dengan doktor....
Alhamdulillah.... Lega sikit hati AJ dengar...
Even malam tadi pun ada Hamba Allah yang dah transfer duit sikit kat akaun AJ....
So pagi ni, tugas AJ nak hantar Urap ke vet...
Harapnye takde ape yang serius pasal kecederaan dia tu dan boleh jalan seperti biase....
Moga ada lagi yang sudi membantu meringankan beban kucing ni....
Hanya Allah swt je yang mampu balas jasa mereka....

Keadaan Urap malam tadi... =(

Nanti AJ update lagi pasal si Urap ni....

P/s : Nak cari vet kerajaan.....
Kat Cheras ada rasanya....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Sunday, 22 September 2013

Kelas KPP


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam sepi tanpa update...
Puncanya AJ pegi kelas KPP....
Dengar ceramah sebelum nak amik lesen tu....
Tu la, orang dah ade lesen kapal terbang ngan kapal selam dah...
AJ baru nak amik lesen motor....
Tu pun amik BL1M punye offer tu....
Nak buat macam mana, baru timbul kesedaran.... Hahahhahaahha... =P
Tapi kan.... Pihak BL1M ni tersangatlah tak sistematik...
Dah 2 kali AJ terlepas kelas bulan April ngan Jun aritu.....
Sebabnya, AJ tak dapat mesej atau email pun nak bagitau pasal kelas tu...
Berkali-kali jugaklah AJ duk call dan email pihak MYeG pasal ni...
Last sekali dalam 3 minggu lepas AJ dah hilang sabar....
AJ email balik tanye pasal hal ni....
Lepas tu call tanye AJ nak cancel ke tak...
Kalau AJ nak cancel, buat ape AJ tunggu sampai September kan....??
Tup tup diorang call balik suruh pegi kelas Sabtu, 21 September kat Safety Driving Center (SDC)


8.10 pagi, AJ sampai SDC sebab 8.30 pagi kelas nak mula... Dah tu pulak jadi cite lain....
Bukannya AJ sorang je terkena....
Ramai lagi rupanya yang terkena...
Pihak SDC tu pun tak dapat ape-ape info pasal kitorang ni.....
Kelam kabut jugak kami pagi tu....
Yelah, kitorang pun takde bukti nak bagitau MYEG suruh datang kelas aritu...
Takat phone call je.....
Mana orang nak percaya....
Lastly diorang dapat list name kitorang tu...
Fuhhh... Lega hati AJ....

Kelas pulak start lambat....
Dengan ramainya lagi, dengan gangguan bunyinye lagi, dengan AJ yang tak tidurnye lagi....
Nasib baiklah penceramah dia tu tak bosan...
Pandai berlawak semua.....
So takdelah rasa nak lelap sangat...
Kelas yang patut 5 jam jadi 6 jam......

Balik tu, langsung AJ flat.....
Tidur tak bangun-bangun dah....
Hehehhee.. =D

Sekarang ni pulak, AJ duk fikir...
Macam mana dan bile nak amik ujian teori berkomputer since diorang tak inform ape-ape abis kelas semalam????

P/s : Baik tak payah buat program kalau tak sistematik dan berterabur.....
Haishhhh... Menyusahkan!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Movie Review : Prisoners


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rabu lepas, AJ berpeluang tengok tayangan perdana Prisoner...
Cerita berdurasi lebih kurang 2 jam 30 minit ni memang best dan memerlukan penonton banyak berfikir...


Kisah bermula dengan 2 buah keluarga sedang menyambut Hari Kesyukuran...
Pasangan Keller Dover dan Grace Dover, pasangan Franklin Birch dan Nancy Birch serta anak-anak mereka Ralph Dover, Anna Dover, Eliza Birch dan Joy Birch..
Namun kegembiraan menyambut hari tersebut tidak lama apabila 2 orang kanak-kanak, Anna Dover dan Joy Birch didapati hilang....
Pada mulanya mereka mengesyaki seorang pemandu RV iaitu Alex Jones menculik Anna dan Joy kerana sebelum kehilangan mereka, Alex Jones didapati meletakkan kenderaan di kawasan perumahan itu...
Namun penangkapan Alex oleh Detektif Loki tidak membawa apa-apa penyelesaian apabila Alex didapati memiliki akal seperti kanak-kanak berusia 10 tahun menyebabkan Alex dilepaskan dari tahanan polis..


Kes itu menjadi bertambah rumit apabila tiada clue yang membolehkan mereka menemui Anna dan Joy...
Bapa Anna, Keller Dover yang tidak berpuas hati apabila Alex dilepaskan bertindak menculik Alex yang tinggal bersama makciknya Holly Jones dan menyorokkan Alex didalam rumah lamanya....
Semasa mengurung Alex, Keller Dover bertindak memukul Alex dibantu bapa Joy, Franklin Birch supaya Alex membuka mulut memberitahu dimana Kanak-kanak itu disembunyikan...
Usaha tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu...
Sepanjang masa itu, terdapat lebih banyak bukti dan kejadian yang berlaku...
Antaranya penemuan mayat seorang lelaki didalam rumah Father Patrick Dunn...
Detektif Loki juga dapat menangkap suspek baru, Bob Taylor yang disyaki terlibat dengan penculikan kanak-kanak tersebut kerana gerak-gerinya yang mencurigakan dan penemuan pakaian kanak-kanak berlumuran darah didalam rumahnya...
Bob Taylor akhirnya membunuh diri semasa soal siasat dijalankan serta meninggalkan clue yang tidak jelas melalui lukisan berbentuk "maze"...
Keller Dover juga pergi menemui makcik Alex, Holly Jones untuk mencari bukti penglibatan Alex...
Namun masih menemui kegagalan.....
Pada masa yang sama, Detektif Loki juga mengesyaki Keller Dover atas kehilangan Alex namun tidak dapat dirungkaikan berikutan Keller Dover bijak menyembunyikan perkara tersebut...

 

Persoalannya...
Dapatkah Anna dan Joy ditemui??
Siapakah mayat lelaki tersebut??
Siapakah penculik sebenarnya??
Kalau nak tau, korang boleh tengok sendiri di pawagam okay.....
Pada AJ, cerita ni dapat 4 dari 5 bintang....
Yang lagi 1 bintang ni tak dapat sebab AJ kene fikir dan ending dia macam buat kita tertanya-tanya sikit....
Overall tak rugi kalau korang tengok cerita Prisioners ni.....

Cerita Prisioners lakonan beberapa pelakon hebat antaranya : 

Hugh Jackman sebagai Keller Dover
Jake Gyllenhaal sebagai Detektif Loki
Terrence Howard sebagai Franklin Birch
Paul Dano sebagai Alex Jones
Melissa Leo sebagai Holly Jones
Maria Bello sebagai Grace Dover
Viola Davis sebagai Nancy Birch
Erin Gerasimovich sebagai Anna Dover
kyla Drew Simmons sebagai Joy Birch
Dylan Minnette sebagai Ralph Dover
Zoe Borde sebagai Eliza Birch
David Dastmalchian sebagai Bob Taylor
Len Cariou sebagai Father Patrick Dunn

P/s : Cerita ni banyak teka-teki, tak tau macam mane nak ulas...
Hehehehehhe....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 19 September 2013

Pengapit Lagi??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lebih kurang 2 minggu lagi, cousin AJ nak kawen...
Lepas tu tadi mak dengan kakak AJ cakap, makcik minta AJ jadi pengapit masa sanding nanti....
Alahaiii... Pengapit lagi????
Masuk ni, rasanya dah berkali-kali AJ jadi pengapit pengantin...
Sampaikan AJ rasa nak kene istiharkan perletakan jawatan pulak...
Hahahhaha... =P
Bosan jugak sebenarnya jadi pengapit ni.....
Yelah, nak kene kipas lipas pengantin lagi...
Nak kene hulur bunga telur kat orang lagi...
AJ prefer lagi duduk kat depan pelamin tu makan or amik gambar......
Boleh jugak jadi modal tepek dalam blog ni... =D
Tapi nak buat macam mana kan...
Dah kenduri sedara mara....
Nak atau tak, jadi je la....
Taknak la nanti ada yang terasa hati kalau AJ cakap NO...
Hati orang kene jaga jugak beb..!
Nak pulak sedara mara kan....
Nasiblah AJ ade baju kaler yang diorang nak tu...
Kalau tak, gasaklah ye....
AJ pakai warna warni je.... Heheheheh... =P
Lepas ni rasanya takmo dah jadi pengapit ni......
Nak cari pengapit untuk diri sendiri pulak...
Eh eh eh eh!!???
Poyo je seorang AJ, macamlah nak kawen dalam masa terdekat ni kan...

Okay kalau siapa yang tak tau pengapit tu ape, meh sini AJ nak bagitau...
Pengapit tu orang yang mengiringi pengantin sampai ke pelamin dalam perkahwinan Melayu...
Kalau perkahwinan omputih, namenye "bridemaids".....
Lebih kurang je tugasnye tu.......
Cuma dalam perkahwinan omputih tu ada beberapa orang...
Kalau kawen Melayu ni sorang je... =D
Dah tau dah kan? OkBye... =P


P/s : Siapa nak jadi pengapit AJ???
Hakhakhak.. *gedik!*


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Adoi Laaaaa....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay pepagi buta update entri....
Arini tak tau la ape nasib AJ ni....
Ade je yang serba tak kene.....
Tadi pegi tengok movie "Prisoners" kat Paradigm Mall....
Dapat tiket untuk Blogger Adverlets...
Nanti AJ cite pasal movie tu okay...


AJ beli makanan semua total dia RM 18....
AJ bayar pakai RM 50, so balance dia patutnye RM 32 la kan......?
Balik tu pulak masa nak bayar minum kat kedai mamak, baru AJ perasan budak kaunter tu bagi balance kurang RM 10....
Cila*** !!! Tapi takpelah, salah AJ jugak tak check sebelum tinggal kaunter tu tadi....
Nak patah balik pun, bukannye dapat ape pun....
Kaunter pun dah tutup....
Waaaaaaa.... =(
Ralat jugaklah....
RM 10 kauuu..... Sedangkan 20 sen pun berharga sekarang!

Dah sampai depan pintu rumah pulak, AJ selongkar dalam handbag kunci rumah pulak takde...
Ahhh sudah!!! Mana pulak peginye kunci ni??
Dah puas selongkar beg, memang confirm, sah dan pasti kunci rumah takde....
Sekali baru ingat, AJ tak masukkan dalam handbag masa last masuk rumah aritu....
Tertinggal dalam poket seluar jeans lagi 1.....
Alahaiiiiii..... Apebende la yang ade dalam kepala otak AJ ni......
Ketuk-ketuk pintu pulak, takde sape yang terbangun......
Amik fon kononnye nak call, line pulak buat hal......
Tak boleh call... Emergency only.......
Waaaaaaaaa.....
Tengok jam dah pukul 1.30am... Memang semua dah tidur la time ni....
AJ je kat rumah tu yang tak reti tidur awal......
Penyudahnya....


Haaaaaa.... Kau hadaplah pintu rumah sampai ke subuh!!!!
Padan muka, sape suruh tak bawak bende paling penting!
Kunci rumah penting woooo....
Sebab AJ selalu balik lambat......
Sekarang ni dah 1 jam AJ kat depan pintu ni......
Dah kematu punggung duduk kat atas tangga ni.......

Wahai orang-orang di dalam rumah....
Bangunlah....
Anakmu, adikmu yang bongsu ni dah tercongok umpama papan tanda kat highway dah ni.......
Sambil-sambil tu camwhore depan rumah......
Dah takde keje sangat, update blog...
Nasib wifi ni mampu tembus dinding dengan tembok rumah....
Kalau takkkkk....... Nangis! T_T

Akibat kebosanan depan pintu...
Ni la jadinya....
Konon nak buat muke ala-ala nak nangis....
Tapi tak jadi dan tak reti pulak... =P

Alahai.... Apelah nasib.....
Adoi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!!!!

P/s : Pasni nak ajar kucing cara-cara bukak pintu rumah lah!




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 18 September 2013

Review : Daiso Charcoal Mask


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini AJ nak review sikit produk Daiso Charcoal Mask...
Produk ni lebih kurang macam Kose Black Mask tu...
Tapi harga dia jauh lebih murah...
AJ beli dengan harga RM5 dekat Daiso....
Kalau online pun ada, tapi harganya dalam belas-belas ringgit la....
Produk ni memang laris.....
Kalau pegi Daiso pun, jarang nak nampak mask ni kat rak tu....
Asik habis stok je...



Mask ni berfungsi untuk menanggalkan bintik-bintik hitam dan putih....
Dan juga mampu mengecilkan liang roma, mengurangkan minyak dan membersihkan kotoran....
AJ selalu guna dekat hidung je...
Kalau nak sapu kat muka pun boleh je....
Cuma nanti bile nak tarik kuar mask tu, rasa sakit sikitlah..
Terasa macam bulu muke kita yang halus tu pun tercabut sekali...
Hehehehe....
AJ penah cuba okay! =D

Cara nak guna :
Bersihkan muka korang, lepas tu sapu je mask ni kat mana yang korang nak...
Tunggu dalam 10-15 minit atau sampai mask betul-betul kering dan tanggalkan dari bawah ke atas...
Gunakan 2 kali seminggu...
Senang je kan....

Hasilnya,


Haaaa....
Terkeluarlah segala bintik hitam atau putih kat muka tu.....

Sebelum pakai tu, sila baca label dulu tau...
Hentikan penggunaan kalau ade rasa gatal-gatal ke ape okay... =D
Untuk kulit sensitif sapukan minyak essential sebelum guna...

So kalau ada yang nak cuba produk ni, bolehlah ke cawangan Daiso berdekatan ataupun dapatkan secara online... =D

P/s : Rajin pulak buat review.. =D

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 17 September 2013

Sambut Belated Birthday Abah..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu bertempat di Island BBQ Steamboat, Kg Melayu Subang...
AJ pegi makan-makan sempena hari lahir abah yang ke 59....
Sebenarnya, hari lahir Abah jatuh pada 25 Ogos yang lepas...
Tapi sebab masa tu Abah balik kampung, kami postponed la nak belanja makan tu ke hari lain.....
Fikir punya fikir, akhirnya kat sini la kami bawa Abah makan... =D
Dalam pukul 5 petang, kami sampai sana...
Masa tu belum ada siapa pun lagi...
Kiranye kitorang ni pelanggan pertama yang sampai..
Mulanya nak pegi malam, tapi masa call tu dah fully booked pulak pukul 8 malam tu....
Lastly petang tu je kitorang pegi.... =D
Nak cari tempat tu takdelah susah mane pun......
Jalan pun tak berapa jem, so dalam 30 minit dari KL je dah sampai...

Tempat tu pun agak menarik dan santai....
Pilihan makanan dia pun boleh tahanlah...
Kat situ nanti kita boleh pilih nak kuah sup ataupun tomyam...
Memula kitorang amik kuah sup...
Sup dia sedap.. Not bad....
Lepas tu kitorang amik kuah Tomyam pulak...
Pada kitorang, kuah dia agak kurang umphh....
Tak tau la selera orang lain kan....
Fasiliti kat situ pun okay...
Ada surau dan tandas pun bersih...

Okaylah, taknak bebel panjang dah....
Jom tengok pic yang AJ sempat snap sebelum busy makan...
Hehehehhe... =P

Handbag AJ dari SerPhora...
Sempat promote lagi tu...
Hehehhehehe....

Muke dapat makan...
Hahahaha....
Belakang tu, birthday boy menikmati pemandangan kot... =P


Okay, memang puas hati sangat makanan dia....
Sengkak perut lepas tu...
Hehehehhe....

Oh ya, harga pun berpatutan okay...

RM 21.90 / Dewasa
RM 9.90 / Kanak-kanak 6 -12 tahun
Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun....

Untuk lebih lanjut klik Island BBQ Steamboat

P/s : Hidup untuk makan!!
Heheheh.. =P



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"