Click to Follow...

Saturday, 31 August 2013

Salam Kemerdekaan Ke-56 Malaysia!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Okay gigih update entri pepagi buta ni kannnn....
Ada yang celebrate kat luar ke??
Whatever it is or wherever you're, do take care yourself out there okay! =D
Wah speaking london pulak tetiba..... #OhMyEnglish =P

AJ ni memang dah lama sangat tak keluar during Merdeka ke apa...
Zaman tu dah lama berlalu dah.... =D
Kalau ada pun, jumpa Mr.JR sekejap sebelum dia pegi duty or lepas dia duty....
Tu pun kat area rumah ni je.... Lebih selamat kan....



Okay, sempena Merdeka ni jom sama-sama kita merdekakan diri, minda dan akal fikiran tak kira apa jua agama, bangsa, budaya ataupun fahaman politik.....
Jangan gaduh-gaduh sesama kita okay...
Kitakan 1 Malaysia... =D
AJ bersyukur sangat dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak Malaysia...
Alhamdulillah, walaupun lately ni ada berlakunya jenayah etc. yang kadangkala menakutkan, Malaysia masih lagi aman jika dibandingkan dengan negara lain... =D

Dalam dunia blog pun, kita kene merdeka jugak tau...
Merdeka dari gaduh-gaduh dan berperang sesama blogger...
Merdeka dari menjadi keyboard warrior, haters....
Merdeka dari gejala copypaste yang tak telus....

Pendek kata.... MERDEKAkan diri kita dari segala perkara yang tak elok tak kira dalam alam nyata atau alam maya ni......
Panjang pulak kata apa??
Errrr... Mungkin tak kata ape-ape lah kot....
Kang panjang sangat pulak....... =P (Okay melalut!!)

P/s : sedang cuba meMERDEKAkan diri dari sesuatu untuk kebaikan... =D
Yeahhhhh!!!!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 30 August 2013

Macam Tak Caya Je....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhh.... Barulah berkesempatan nak menaip dan jenguk blog AJ arini..
Pagi tadi pun sempat BW kat berapa kerat je jiran-jiran dalam bloglist tu..... =D
Nanti AJ sambung BW okay.....

Arini AJ pegi Majlis Pernikahan Wawa dan pasangannya kat Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan....
Seriously, AJ macam tak percaya je Wawa tu dah nikah dan dah jadi isteri orang.....
Hehehheheh...
Bile AJ suarakan kat dia pun, dia sendiri macam tak percaya.....
Alhamdulillah.... Sorang lagi dah tamatkan zaman bujang....
AJ???? Jangan ditanya....
Sentap hati mak noks.... Hahahhaha...
Kononnya lah nak sentap kan......
Okay sebelum ditanya AJ jawab dululah ek...
Insyaallah kalau panjang jodoh AJ dan Mr.JR, akan ijabkabul lah kami suatu masa nanti.....
Korang pun doakan yang terbaik buat kami okay.....

Balik cerita nikah Wawa pulak....
Tadi AJ pegi ngan Jaz.... Nasib baik sempat sampai sebelum Wawa nikah dan sebelum hujan lebat membasahi bumi...
Dengan sekali lafaz, Wawa sah jadi seorang isteri kepada Akmal....
Majlis cukup sederhana.... Sekadar memenuhi tuntutan agama... Alhamdulillah.....
AJ doakan masjid yang baru dibina ni berkekalan sehingga ke Jannah.....
Tahniah Wawa... Happy buat korang!!!

Macam biase....
Jom layan gambar...

Ayu kan AJ???
Heheheheh...
Insyaallah 1 hari nanti......







Dengan Jaz, tukang bawak AJ.... =D

Ni tak tau anak sape....
Tetibe datang duk atas riba, masa nak amik gambar.... =P

P/s : Happy bile kawan-kawan nikah kawen ni tau.....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 29 August 2013

Melatah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Opocot Mak kau!!!
Omak kau!!!
Oh @&*^< kau!!!

Biase dengar ungkapan kat atas??
Haaaa.... Mesti biase kan...
Tu ungkapan yang biasenye keluar dari mulut orang yang melatah....
AJ pun tak tau sangat la ni betul ataupun tak..
Kata orang, melatah ni penyakit keturunan..
Kalau ada ahli keluarga kita yang melatah, mesti ada menurun kat anak dia ke ape....
Entahlah betul kot....
Mak AJ melatah dan kalau nak tau, AJ sendiri melatah...
Yup.. Seorang AJ ni melatah okay!!!!
Dalam adik beradik, AJ sorang je yang ada penyakit melatah ni....
Ada jugaklah mereka-mereka yang sinis cakap orang melatah ni saje dibuat-buat....
Ehhhh.... Siapa cakap??
Sebagai orang yang tergolong dalam kategori melatah, terasa gak beb!
AJ takde pulak buat-buat melatah ni...
Semuanya automatic keluar kalau terperanjat.....
Kadang bunyi bende jatuh pun boleh terkejut...
Nampak sudu orang table depan jatuh kat kedai makan tu pun boleh buat melatah....
Automatic!!!
Ape yang AJ sedar, latah AJ jarang keluar ayat tak sepatutnya... (Orang melatah ni separa sedar)
Fuhhh... Nasib baiklah..
Ada separuh orang, latah dia carut je belaka.....

Melatah ni pun ada tahap dia...
Ada yang latah mulut je....
So far, AJ pun latah mulut je....
Kadang tu, ada yang tindakan reflex dia pantas...
Apa bende yang dipegang, sure melambung....
Yang ni bahaya...
Buatnya tengah pegang pisau ke kan......
Naya je weh....



Okaylah, melatah dah 1 hal...
Ni pulak untuk orang yang tak melatah, tapi gemar mengusik orang yang melatah.....
Memang...... Memang seronok sangat kacau orang melatah...
Tindakan orang melatah tu ada yang boleh buat korang tak kering gusi...
Kalau kacau sikit-sikit tu, boleh ampun la jugak...
Tapi ade jugak spesis tak faham bahasa, mengacau tak beragak..
Lagi orang melatah, lagi galak pulak dia mengusik...
Ingat melatah ni tak penat ke??
Penat tau tak.....
Naik semput kami yang melatah ni kalau diganggu banyak kali.....
Kadang tu, latah seseorang tu ada yang memalukan diri sendiri... Ni selalunya bagi yang ada penyakit melatah kronik la....
Kesianlah kat orang yang melatah ni....
Dahlah dikacau-kacau... Latah pulak jenis yang memalukan.....
Masa tengah melatah, manalah nak sedar sangat kan...
Lepas tu, bile dikacau penyakit melatah tu selalunya akan makin menjadi-jadi...
So pada yang tak melatah tu...
Agak-agaklah nak ganggu orang melatah ni.....
Kang silap latah, ada yang secara tak sengaja melayang nyawa...
Bile dah jadi macam tu, siapa nak jawab??
Haaa haaa tak tau..
Aiyoookkk.....

P/s : Sekarang ni AJ dah kurang sikit melatahnya...
Dah takde sangat yang rajin mengacau... =D




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 28 August 2013

Ukuran Kematangan Dan Keperibadian


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam kehidupan ni kan, pandangan kita belum tentu betul dalam menggambarkan kematangan dan keperibadian orang lain....
Ape yang menentukan kematangan dan keperibadian seseorang??
Kita jangan cepat nak menilai bile tengok orang tu..
Yang muda tak semestinya tak matang...
Yang sudah berusia pulak, tak semestinya matang kan....
Usia tak menggambarkan kematangan dan keperibadian...
Dari personalitinya barulah kita dah boleh ukur diri seseorang tu...


Jom kita tengok situasi-situasi kat bawah sebelum buat penilaian....

Situasi 1 : 

Umur baru 15 tahun... "Oh... muda lagi..."
Yang kite nampak "tak matang"
Hakikat sebenar, dia seorang matang...
Sebab apa?
Sebab perjalanan hidup yang dilalui...
Dia orang susah, kene buat segala perkara sendiri...
Kadang kene jaga adik 2-3 orang....
Amik alih tugas seorang ibu.....
Tapi kita tak tau....

Situasi 2 :

Umur 32 tahun, anak dah berderet....
Yang kita nampak dia "matang"
Hakikat sebenar dia bukannya matang pun....
Sebab apa?
Sebab dalam hidup dia, dia tak penah susah..
Ape nak semua dapat...
Nak buat ape semua ade orang nak tolong...
Kita tak tau kan....

Situasi 3 :

Dia seorang yang happy go lucky...
Nampak macam tak penah amik pusing hal sekeliling...
Tapi hakikatnya, bila bersuara dan bagi pendapat terserlah tahap kematangan dan peribadi dia....
Ada kita tau?

Nampak tak maksud AJ tu?
Apa yang kita nampak dari segi luaran tu, bukannya ukuran kematangan, keperibadian seseorang....
So kita jangan cepat judge orang lain...
Tengok dan kenal dulu keperibadian dia.....
Ni belum pape, terus je menilai orang lain tu macam tu atau macam ni...
Tak baik tau...

P/s : Takde idea pulak..


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 26 August 2013

Review : Flora Kafe, AmpWalk Ampang..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi kita dah tengok review produk Glowshape...
Sekarang jom tengok tempat berlangsungnya event tu....

Flora Kafe, terletak di AmpWalk, Jalan Ampang...
Landmark dia, bersebelahan dengan Hotel Sucasa / The Nomad....
Kalau korang pilih nak naik kenderaan awam, korang boleh naik LRT Putra ke Ampang Park..
Dari Ampang Park, korang boleh pilih untuk naik teksi atau bas....
Dalam 5 minit sampailah kat AmpWalk....
Kalau nak jalan kaki, mungkin dalam 15 minit... GIGIH ke kau nak berjalan...?
Kihkihkihkih...
Flora Kafe terletak kat ground floor....
Bile dah sampai depan AmpWalk tu, pandang sebelah kiri dah nampak dah...
Berdepan dengan Secret Recipe...

First time masuk dalam Flora Kafe, AJ terpegun...
Yes indeed!!
Suasana dan decorationnya memang TIPTOP!
Tenang, romantik dan berbunga-bunga gitu kannn...
Memang tempat tu sesuai sangat kalau nak buat birthday party ataupun anniversary...

Menurut Pengurus Flora Kafe, Mell...
Mereka sangat mementingkan moment.....
Setiap table decoration akan digubah mengikut majlis dan tema...
Memang takkan ada kat mana-mana tempat!
Mestilah puas hati kan bile saat indah tu, dapat diabadikan mengikut citarasa sendiri....
Kalau cerita panjang pun, tak guna...
Jom AJ bawak korang jenjalan dulu kat Flora Kafe *biar gambar bercerita*....








Muka teruja...
Sampai deco atas kepala pun nak amik gambar....
 Abaikan! =P

Cantik sangat kan?
Tak puas rasanya bergambar kat situ...


Now kita tengok pulak menunya..
Flora Kafe menghidangkan makanan tempatan....
Especially makanan Johor...
Menu pulak biasanya akan berubah dari minggu ke minggu....
Segala update, ada dekat facebook... Kelassss kan.. =D
Senanglah nak refer nanti...

Selain buffet, ada jugak Pakej Makan Berhidang...

Antaranya :

~Anggerik *maksima untuk 10 orang
RM 400++

~Teratai *maksima untuk 4 orang
RM 200++

~Kemboja * maksima untuk 2 orang 
RM 100 ++

Kami dihidangkan dengan pakej Anggerik..

Antara lauk pauk yang SUPER DUPER SEDAP tu....

Nasi Putih

Asam Pedas Johor - Ikan
Dah boleh mark as my favourite & highly recommendation!!

Kari Kepala Ikan

Ayam Goreng Berempah
*pic tak sempat snap*

Daging Kicap
Daging dia lembut gile okay!

Sambal Udang

Kangkung Goreng Belacan

Dan Air Sirap Selasih

Tak lupa Pengat Pisang sebagai pencuci mulut..
Secukup rasa manisnya... =D

Jangan tak caya, 2 kali AJ yang kecik ni tambah nasi dan lauk wa baq ang... =D
Memang sedap! Sesedap masakan mak.. =D
Berbaloi dengan harga yang korang bayar dengan lauk-pauk yang dihidangkan...

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Flora Kafe, ringan-ringankan diri tu layari facebook FloraKafe...

Atau terus ke alamat :

Flora Kafe, 
Lot G.08B-1, Ground Floor, The Ampwalk 218,
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : 10 pagi - 10.30 malam.

Atau hubungi :

03-21618010 / 012 20700166 (Mell)

Memang korang takkan menyesal... =D

So sesiapa yang birthday or anniversary dah dekat dan tak tau nak celebrate kat mane, AJ memang suggestkan Flora Kafe ni...
Berbaloi-baloi !!!
Diulangi BERBALOI-BALOI sambut kat Flora Kafe...
Ini cite betul, bukan tahap kipas lipas atau kipas mati.....
Hahahahhahaha... =D

Sebelum AJ end story ni sambung lagi gambar keterujaan kami!

Antara blogger yang join! 

Dapat rasa tak kemeriahan dan ke"best"an nye??
Nangis cikgu BM baca statement atas ni...=P

Okaylah Bye!!!

P/s : Nak repeat lagi!!!
Yeayyyy....








"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Review : GLOWSHAPE Dari SecretBeauty


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ berpeluang join product review bersama beberapa orang blogger di Flora Kafe...
Haaaaaa.... Nak tau produk ape??
GLOWSHAPE dari Secret Beauty....
Penah dengar??
Kalau tak penah dengar takpe.... Meh AJ nak cerita sikit...

Ada can jadi Model produk GLOWSHAPE tak???
Kihkihkih..

GLOWSHAPE adalah 1 produk hebat yang mempunyai pelbagai fungsi.....
Antaranya :

~Mengurangkan masalah lemak degil yang berlebihan
~Melansingkan dan memberikan bentuk badan yang ideal
~Mencerqhkan dan mengebukan kulit dengan NANOGLOW
~Melindungi kulit daripada sinaran UV
~Mengurangkan masalah sesulit
~Mengurangkan masalah jerawat degil
~Membuang toksin melalui pembuangan air besar dan angin
~Mengurangkan parut dan pigmentasi pada kulit
~Melembabkan kulit yang kering
~Membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak pada kulit

Antara isi kandungan yang terdapat dalam GLOWSHAPE ialah :

~SPF25
~Pure Stem Cell
~L-glutathione
~Vitamin E
~Pure Marine Collagen
~Oreochromis Collagen

Haaaaa... Nampak tak betapa banyak kelebihannya dalam 1 botol??
Semuanya boleh dilihat dalam masa 7-14 hari je tau!
Percaya tak???

Pendek kata GLOWSHAPE ni all in one....
Banyak lagi masalah yang boleh ditangani selain daripada yang dinyatakan kat atas tu...
Apa saja masalah kulit atau berat badan, Insyaallah GLOWSHAPE boleh bantu... =D

Lagi 1, GLOWSHAPE  boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarat tak kira yang tua ataupun yang muda, baik lelaki mahupun perempuan....
So kalau ade kaum Adam yang teringin nak mencuba, jangan malu dan jangan segan...
Ehem.. Mana yang perut nun jauh ke depan tu pun boleh susut tau..... (Shhhhhh, ini secret! =P)
Pasni bolehlah dapat perut six packs....

Baunya jugak harum macam bau mint dan lotion dia tak melekit (tu yang AJ suka)
Malahan 1 botol GLOWSHAPE tu boleh tahan sampai 2-3 bulan sebab lotion dia pekat dan likat....
Amik sikit je pun dah boleh sapu 1 badan.... =D


GLOWSHAPE terdapat di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia..
1 botol GLOWSHAPE 200ml berharga RM80 (w/m) / RM85 (e/m) / $35 (sgd) $39 (bnd)

Kalau korang nak cuba sendiri keajaiban GLOWSHAPE....
Layari website SecretBeauty ataupun facebook SecretBeautyMalaysia...
Serius, tak rugi mencuba... =D

Kalau nak beli dengan AJ pun boleh......
Emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke ayuejean@gmail.com nanti AJ catch up dengan korang!

Okaylah bye....
Jangan lupa beli GLOWSHAPE okay!!

P/s : Best!!!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 24 August 2013

Tetap Ada, Walau Tak Banyak...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Q : Berapa banyak kucing AJ ade??
A : 16 ekor

Q : Banyaknye, mampu ke nak jaga???
A : Ni yang AJ nak ceritakan dalam entri ni....

Kalau ikutkan sebenarnya memang tak mampu....
Nak pulak bile 1 hari kucing kite tu sakit......
Mahal! Sangat mahal!!!
Nak pulak tempat AJ paling dekat pun hospital veterinar private...
So nak taknak kami kene hantar jugak, takde pilihan lain...
Berapa bulan sebelum ni, RM 1200 duit AJ dan kakak melayang gara-gara kucing masuk wad...
Sebelum tu kami penah kene RM 722++ dan RM 441++ sebab kucing masuk wad juga dan banyak lagi amaun lain....
Yang AJ bagitau ni pun, yang kami kene keluarkan dalam setahun ni je.....
Memang perbelanjaan perubatan mereka tu beratus, beribu sekali sakit.....
Entahlah kalau ikutkan kemampuan, rasanya tak mampu nak cekau duit tu...
Tapi dalam takde tu, dari mana datangnya tetap ada rezeki kucing tu....
Dapat je kami duit nak membayar bil tu...
Tak kira dari simpanan ataupun duit gaji sendiri...
Ikutkan gaji pun berapa sen sangat....

Bab bagi makan dan kemudahan kucing tu pulak...
Setiap bulan memang beratus-ratus habis....
Kucing AJ makan makanan premium....
Tak boleh makan sebarang, kang ade pulak dapat penyakit sebab makanan tak sesuai... (Penah kena sekali..)
Ni pun diselang-selikan dengan nasi dan ikan rebus.....
Nasib baik mau diorang ni makan nasi tu..
Kalau tak memang jenuh...


Betullah kata orang, bela kucing ni memang rezeki murah...
Kalau bukan untuk kita, untuk kucing kita....
Selama AJ bela kucing, belum penah lagi diorang tak makan...
Belum penah lagi bagi diorang berlapar...
Biarlah kami yang manusia ni tak makan....
Tapi jangan kucing kita bela tak makan...
Kucing luar mungkin tau cari makan sendiri...
Kucing yang lahir dan duduk dalam rumah ni lain, diorang tak pandai sangat nak cari makan sendiri...
Yang diorang tau, cukup time dapat makan je.....
Dulu AJ penah bela sampai 24 ekor kucing.....
Ada jugak orang minta nak bela, tapi kitorang tak bagi...
Takut jugak kucing tu tak sesuai or orang yang minta tu tak boleh nak bela....
Nak kasikan pulak, kesian....
Yelah, kucing pun ade naluri nak mengawan dan hidup secara normal kan....
So.... Cerita dia....

"REZEKI BELA KUCING NI, TETAP ADA WALAUPUN TAK BANYAK MANA"

Alhamdulillah.....

Antara kucing-kucing yang penah kami bela...

P/s : Comel tak jumpa lagi... =(




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"