Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 28 July 2013

Genap Setahun Kau Pergi...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 28 Julai 2013, genap setahun Pemergian Reid.....
Pagi tadi aku bercakap dengan Hana, banyak perkara yang kami sembangkan pasal kau Reid....
Rupanya sebelum pemergian kau, banyak perkara baik yang kau tinggalkan sebagai kenangan buat kitorang yang still ada ni....
Alhamdulillah...... Ada juga perkara yang kau ajarkan pada aku dalam sedar tak sedar.....
Yup, jujur masih ada benda yang membuatkan aku ralat sangat Reid....
Tapi kau pun ada cakap dengan Mr.JR dengan Hana pasal hal tu...
Lega aku mendengarnya walau bukan dari mulut kau sendiri...
Arini aku sedih sangat.....
Aku rindukan kau....
Bukan aku sorang je.... Jean, Hana, Lim, lias, Fadhil etc semua rindukan kau.....


Al-Fatihah Reid........
Semoga engkau tenang disana..
Terima kasih atas ingatan yang baik kau tinggalkan buat kami semua.......

P/s : Nangis!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 25 July 2013

Hari Raya Makeover Contest by HiShop Malaysia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ ada dapat email dari HiShop Malaysia....
Diorang ada buat Hari Raya Makeover Contest...
So AJ pun taknak lepaskan peluang join sama....
Manalah tau kot-kot dapat rezeki raya pulak kan... =D
Hadiah dia pun boleh tahan menarik...
Nak pulak ada hadiah kasut dari Christy Ng tu, lagi laju AJ join kan... =P
So jomlah join korang, para blogger yang cantik bergaya tu....


In the spirit of Raya, we've decided to give back by rewarding YOU with a full body makeover! 

THREE (3) Winners will win Full Body Makeovers worth a total of RM1000+! Simply send us a full body photo of yourself & your contact details to marketing@hishop.my AND tell us why you deserve to win the makeover. 

THREE (3) Winners will be chosen! 

Makeup by: Ronasutra 
Wardrobe by: The Pop Look 
Shoes by: Christy Ng 

*Contest ends 31 July 2013
*Winners will be required to attend a makeover photoshoot at Petaling Jaya

Senangkan???
Bagitau je kenapa korang rasa korang patut menang then emailkan kepada marketing@hishop.my, then DONE.....

P/s : 4 hari 4 malam ni fikir ayat yang 24 kerat tu....
Hahhhahaha.... =P


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Voucher Discount 15% ZALORA Untuk Pembaca Blog AJ!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini Entri Melekat..Sila scroll ke bawah untuk entri baru.... =D


Arini AJ dengan senang hati nak bagitau kepada semua yang tengah baca entri ni,
AJ nak bagi korang Voucher Diskaun 15% ZALORA!!!!!
So apa tunggu lagi....
Silalah ke lama web ZALORA...
Lepas tu pilih mana yang berkenan......
Lepas tu masukkan kod ni

ZBAP0Y5

Jangan lepaskan peluang....
Nak dekat-dekat raya ni, elok sangatlah kan.....

P/s : Shopping Mode ON!!!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 22 July 2013

Dah Boleh Dengar Lagu Raya Kan??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini dah 13 Ramadhan 1434H, dah 13 hari umat Islam berpuasa kan??
Dah ada yang kantoi puasa ke??
Kalau perempuan tu lain cerita okay......
Yang lelaki tu... Jangan nak bolos puasa tu ye...
Babab nanti.... =P


Sekarang ni dah boleh pasang lagu raya kan???
AJ ade terbaca dalam fb, yang stesen radio dah start pasang lagu raya....
Yeke?? AJ ni jarang dengar radio melainkan masa dalam kereta....
So AJ pun nak memperdengarkan lagu raya ni buat korang lah.....
Tapi jangan nak seronok sangat ek........
Puasa ada berbelas-belas hari lagi tau......
Kang dah syok dengar lagu raya, ada yang dalam kepala tu dah raya...
Mulelah tak puasa... Ehhhhh???
No no no.. =P

Jom layan....



P/s : Tailor dah call....
Baju raya dah siap...
Yahooooo!!!!!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Excidently Terjumpa Yana Super Cookish!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam tadi AJ berbuka kat luar...
Patutnya plan nak makan mee kari kat Mydin Subang..
Sekali tengok dah penuh...
So AJ pun teringat 1 kedai yang biasa kitorang makan kat USJ dulu.....
Balik tu nak dijadikan kisah, Mr.JR tegur 1 kedai ni..
"Eh?? Ada kedai makan baru ke??"
AJ tak perasan pun kedai tu....
Sekali toleh terpandang signboard "Yana Super Cookish"
Tetiba AJ cakap dengan Mr.JR "pusing balik, pusing balik!"
Dia tanya "kenapa?"
AJ cakaplah tu kedai Yana Samsudin aka Wawa Semput punya kedai....
Harap-harap dia ada la...
Sampai je sana AJ nampak kelibat kak Yana...
Terus tegur dia dan cakap tak sengaja ternampak kedai dia.....
Hahahhahahahaha.....
Memang jodohlah tu....
Masa puasa lepas AJ memang malas nak jejak booth dia kat Danau tu...
Ni dah tau kedai, senanglah pegi kedai je....
Arini disebabkan tak plan nak beli kuih pun.....
Datang kedai pun sebab excidently "ter"nampak....
So AJ try dulu kuih raya yang ada..... Nuff said SEDAP!!!!
Ni bukan auta atau entri amik hati sebab Yana tu artis.....
Ini betul-betul sedap..... Tak manis tak tawar rasa dia.....
Last-last AJ amik choc moist cake....
Coklat dia membuatkan AJ melting..... =D
Minggu depan baru AJ nak datang borong kuih..... (Mr.JR pun dah gaji kannnnn.. =P)
Minggu ni tak boleh beli lagi...
Sebab i know i'll finish it before raya....
So baik tak payah...
Hahhahahahhaha.....
Sempatlah AJ bergambar dengan dia.... =D


Thanks Mr.JR yang melayan karenah AJ ni...
Hehheheehe.....
Geleng kepala dia kejap... Tapi dia layankan jugak... =D


Ni la Choc Moist Cake tu.....
Hehehhehehe...
Tak terliur ke tengok coklat tu???
Rasanya.... Sedap okay... =D

Okay sesiapa yang teringin nak pegi Yana Super Cookish boleh refer map ni.....
Dekat USJ 1 tau....
Pegi minggu depanlah nak???
Boleh kita blogger ni jumpa sekali.. =D


P/s : AJ is "Photogedik!"
Tak dinafikan...
Hehhehehehhehe.... =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Pelumba Itali Andrea Antonelli Maut Kemalangan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semasa perlumbaan Superbike FIM World Supersport pada Ahad lepas, seorang pelumba disahkan maut akibat kemalangan di litar Moscow....
Andrea Antonelli 25, pelumba Itali dari pasukan Goeleven Kawasaki mengalami kemalangan ketika memasuki jalan lurus antara pusingan 14 dan 15 pada pukul 1.32 PM di mana beliau mengalami kecederaan yang serius...
Usaha menyelamatkan Andrea Antonelli gagal dan beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 2.10 PM waktu tempatan...
Akibat kemalangan itu, perlumbaan dihentikan dengan serta merta....
Takziah diucapkan buat keluarga, rakan-rakan dan pasukan mendiang Andrea Antonelli....


Kalau kita tengok dari video ni, kemalangan ni berlaku akibat jalan basah.....
Macam mana lah penganjur perlumbaan boleh bagi rider berlumba dalam keadaan jalan yang macam ni....??
Tapi tu la, ajal maut ditangan tuhan kan.....
Jalan basah tu penyebab je.....


 8 ANDREA ANTONELLI
Date of birth
17th January, 1988
Place of birth
Castiglione del Lago
Bike
Kawasaki ZX-6R
Team
TEAM GOELEVEN
Career highlights
2007 STK600 2nd
R.I.P Andrea Antonelli.....

P/s : Kalau bawak motor tu berhati-hati ye...




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Vote For Mrs. Malaysia Universe!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang...
AJ nak minta tolong korang sikit ni...
Tolong vote kawan AJ, Carol Lee yang bertanding dalam Mrs. Universe 2013.....
Peringkat International ni tau...

Malaysia-mrs

Cara nak vote KLIK SINI....
Just masukkan email korang, pilih Mrs. Malaysia Universe dan code kat bahagian bawah tu...
Then VOTE......
Korang boleh vote 5 kali untuk 1 email...
So kalau ada sepuluh email, vote la 5x per email... =D
Vote hari-hari tau....
Kalau korang nak share entri ni pun dialu-alukan....

Let's support Malaysian contestant..... =D

P/s : AJ dah vote, korang pun vote tau...





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 20 July 2013

My Braces Journey : Selepas Sebulan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rasanya dah lama AJ tak story morry pasal braces ni kan....
Awal Julai lepas, dah sebulan AJ pakai braces....
Alhamdulillah sepanjang pakai ni, memang takde pun rasa sakit-sakit....
Maybe braces AJ belum complete kot....
Sebabnya seminggu lepas pasang braces tu, diorang cabut separator dan pasang "metal band" (AJ lupalah name dia...)
Bendenye macam plate besi yang diletakkan kat gigi geraham kita....
Lepas pasang mende tu, diorang suruh AJ balik...
Dawai kat hujung-hujung gigi tu pun belum ikat....
Kalau ikutkan, AJ dah kene pegi dentist balik awal bulan ni....
Tapi aritu bila AJ sampai klinik, staff tu cakap "Maaf ye klinik penuhlah... Datang hari lain boleh tak?"
Penyudahnya sampai arini tak pegi-pegi....
Hahahahahahhaha... =P
Oh ya, AJ boleh nampak perubahan tau nak-nak kat gigi bawah tu....
Dah ade movement..... Takdelah nampak berlapis sangat... =D
Tinggal nak sebatang lagi yang tak boleh nak gerak masuk barisan sebab dah takde ruang...
So later nak kene cabut...


Okaylah sepanjang sebulan ni, selain tak sakit AJ ni memang pantang bab makan ni...
PANTANG jumpa!!!
Hahahahahahahaha.....
Memang betul, AJ tak pantang makan langsung...
Ada orang cakap, bila pakai braces ni selera makan kita mati kejap...
Boleh telan bubur je...
Tapi AJ ni takdelah makan bubur je....
2 hari lepas pasang braces AJ dah pegi melahap Burger King....
Cumanya kadar kelajuan makan tu dah kurang sikitlah...
Sebab awal-awal susah nak kunyah....
Tapi still makan itu dan ini.....
Lagi 1 sejak pakai braces ni, berus gigi dah jadi peneman setia...
Kadar memberus gigi tu pun jadi lebih kerap dari biasa.... =D
Yelah, lepas makan je mesti masuk toilet check kalau-kalau ade anak ayam terlekat celah bracket tu...
Kang tak pasal-pasal sengih punya sengih, tersembul segala sisa makanan...
Eiiiiiiiiii... Tak boleh bayang!
Lepas tu bile berbraces ni kan, ade yang cakap AJ senyum makin lebar...


Ehhhhh??? Yeke???
Rasanya sama je..... Yang buat nampak lebar tu sebab everytime senyum besi tu memang nak keluar sama...
Hahahahahaha... Kalau cover besi tu, senyum AJ akan nampak pelik....
*Ini serius... Tak tipu tau....*

Lagi 1......
Dahlah, nanti je AJ sambung cite lagi 1 tu..
Ni pun dah panjang berjela-jela...
Jenuh orang nak baca......
Pada yang sudi baca tu, terima kasih!!!!

P/s : Entri lain pasal Braces, tengok kat sidebar...
Hehehehe...





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 19 July 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah rajin dan gigih nak join Giveaway ni.....
Ni AJ nak join GA Nisa Kay....
Si Putewi Hensem tu..... Heheheheheh.... =P
Hadiahnya boleh tahan menarik...
Rugi kot kalau korang tak join.......

I LOVE GIVEAWAY
Klik BANNER kalau nak join...
Tarikh tutup : 21 Julai 2013, 8 Malam....
Still ada masa lagi ni...
Cepat-cepatlah join ye..... =D

P/s : Hope AJ orang bertuah tu..... =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 18 July 2013

Caption The Image Contest!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang kreatif??
Jomlah join contest ni......
Kalau nak join klik je gambar kat bawah ni...
Lepas tu korang ikut syarat-syarat yang ditetapkan...
Untung-untung korang yang menang kan... =D

“CAPTION THE IMAGE” CONTEST!
Simply think and write a caption for this image. 


RULES:
Spread the words and invite friends to join. Don't forget to drop your link in the comment box.
Please submit your caption in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris at my email: eqbalzack@yahoo.com
with your Full Name, E-mail and Handphone No.
The closing date for all caption submission is midnight, 31 July 2013.
Caption will be judged on the degree to which EZ believed that the caption conveys the message and spirit of the Aidilfitri.

PRIZE x 1
ONE [1] lucky follower with Best Caption win GIFT HAMPER from




+ Duit Raya RM100







PRIZE x 3

 All winners will get Duit Raya RM50

Good Luck guys!

P/s : Jom memeriahkan contest... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Jimba-Jimba : I-City Waterworld, Shah Alam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri ni sebenarnya patut AJ publish 2 minggu lepas..
Tapi asik terlupa + malas nak menaip je....
Dah nak separuh basi dah pun...
Hehhehhehehe...
So sebelum basi... Let's check it out!!!


Sebelum puasa aritu, AJ dengan kawan-kawan pegi berjimba dekat I-City Waterworld...
Not bad lah tempat dia kalau korang nak bawak family beriadah kat situ.....
Harga tiket pun sangat berbaloi...
RM 15/person kalau korang beli secara Online....
Kalau walk in tu mahal sikitlah.....

Kalau dari segi jualan makanan pulak, takdelah mahal sangat harganya..
Berbaloilah dengan apa yang korang order....
Kat sini, makanan luar tak dibenarkan masuk...
Kat luar tu nanti ada staff yang akan check beg korang tau.....
Kalau kantoi, sendiri mau ingat....
Segala pembelian kat dalam Waterworld tu pulak kene pakai kad..
Bukan kad kredit atau kad debit....
Kad I-City ye.. Sebab diorang tak amik cash..
So kad ni korang boleh beli kat kaunter dalam tu....
Harganya RM 3 non-refundable....
Lepas tu korang topup lah berapa ringgit yang korang nak guna....
Kalau kredit dalam tu tak habis, korang tak boleh tebus balik tau...
Tapi kad tu valid sehingga 2 tahun..
So next time pegi I-city lagi bolehlah guna.... =D
So topup agak-agak je la berapa yang korang nak guna.... Tak cukup pegilah topup lagi...

Selain tyu, penggunaan pelampung adalah percuma......
Takde nak sewa-sewa....
Korang angkut je la pelampung mana yang berkenan dihati tu.....
Heheheheheh.. =P
Permainan kat situ takdelah extreme-extreme sangat macam kat Sunway Lagoon....
Kat sini relax je kecuali Tornado Slide yang agak mencabar sikit.....
Kalau berani, naiklah..... =P

AJ rasa ni je lah kot info yang AJ dapat bagi kat korang.....
Jom kita tengok gambar yang AJ sempat snap masa berjimba-jimba kat I-City Waterworld tu.. =D
































Lepas tu semua dah busy mandi manda...
Bawah ni pulak sebelum balik...
Hehheheehhe... =D


Makan...

Dan makan lagi....

Eh jap!!!Ada lagi 1........
Layan video ni... AJ naik Tornado Slide tu.. =D



Terkeluar jerit gadis okay!!!! =P

P/s : Syok!!!

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Sampainya Hati Dia....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sampainya hati dia.....
Menduakan isterinya yang dinikahi di Tanah Suci Mekah dengan berkahwin lain di Thailand....
Bergunung simpati AJ pada isterinya tu......
Sedangkan kita sendiri pun baru gf/bf orang kacau dah jadi gempa bumi, world war...
Inikan pulak orang yang duduk serumah, tidur sebantal....

Entahlah.... Kita sendiri pun tak tau puncanya kan..
Nak judge sesiapa pun tak boleh......
Kita bukan berada di tempat mereka pun....
Apapun AJ harap mereka tabah menghadapi ujian terutamanya Noor Dayana, isteri pertama kepada Ashraff Muslim..

Tersentuh hati AJ membaca nukilan ni kat BeautifulNara pagi tadi.....

Info terbaru : Ini BUKAN puisi hasil nukilan Noor Dayana tau....
Penulis sebenarnya adalah Ana Hawana...
Tapi walau siapapun penulisnya, puisi ni memang sangat menyentuh perasaan.....

Jom baca :
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah… Mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



P/s : Semoga apa yang terjadi kepada mereka, tak jadi pada kita..
Amin...


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 17 July 2013

WW #46 : Classic


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Teaser yang last week pun tak habis publish lagi...
Ni datang lagi 1 teaser..... Hehehehehe...

Photoshoot petang tadi....
AJ minta tema klasik... Macam ala-ala 50's 60's gitu.....
Tapi ade sikit elemen moden.....
Tak sabar tunggu hasilnya!!! =D



Dah macam photoshoot raya pun ade...
Heheheheheh...

P/s : To be continue....
Ehhh??? Kate wordless wednesday??



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 15 July 2013

Iftar dengan Blogger : OHSEM!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam 14 Julai 2013 / 5 Ramadhan 1434H, AJ join event berbuka puasa dengan blogger...
Ni merupakan event pertama yang AJ join sejak berblog ni.....
AJ dapat tau pasal event ni pun melalui FB....
Memula macam segan jugak nak join....
Tapi, kalau AJ tak join bile lagi kan...... =D

Iftar ni diadakan kat Restoran Tupai-Tupai seksyen 13, Shah Alam...
Ada lebih kurang 27 orang blogger sporting, cantik dan kacak yang join....
Semuanya AJ baru 1st time jumpa tau....
Tak sangka, diorang mesra dan peramah....
Tak terasa pun macam 1st time jumpa....
Dah macam family.....
Memang havoc dan enjoy gila bila duduk semeja dengan blogger-blogger ni....
Alhamdulillah... Happy dan paling penting perut pun kenyang..... =P

Thanks pada semua yang sudi nak cakap dan tegur AJ...
Minta maaflah kalau ada terkasar ke, terlebih gurau ke, terrosakkan gambar korang ke....
Maklumlah, AJ ni spesis "camera alert"....
Hahahahahha.... =D
Rasanya terserlah kot perangai gila kamera tu malam tadi.....

So taknak type panjang-panjang dah....
Jom layan gambar yang sempat AJ snap..... =D
Sorry pakai camera gadget je, so gambar tak berapa nak Ohsem!...


Mestilah nak tempel gambar Puan Sri blog dulu kan.....
Kihkihkihkih... =P






















Si kecik Yuyu Zulaikha


Blogger Sheila Salim


Blogger Nadia Johari


Blogger Ainaa Roseberry


Blogger Yana Rosle


Blogger Eila Azzahra


Blogger Deq Noor


Ni lah antara blogger-blogger yang sporting habis tu..... =D

Bro Framestone
Yuyu Zulaikha
Sheila
Shakira
Ainaa Roseberry
Syukri Tahir
Tya
Nadia Johari
Deq Noor
Acul
Farisya
Irwan Alessa
BroFami
Farid Laham 
Kaio
Abang Ensem
Yana Rosle

Dan ramai lagi....
Nanti dapat link blog korang, AJ update tau... =D


Blogger "SPORTING, COMEL, CANTIK, CUTE, KACAK BERGAYA" in action.... =D

Tak sabar nak tunggu kalau ada event raya pulak lepas ni... =D

Kalau nak tengok gambar lagi KLIK SINI

LAGI 1..... Jom layan sekali video ni......
Tapi kalau nak layan berkali-kali pun takpe.... =P


Credit to : http://iluvtour.com/

P/s : Terpanjang pulak entri ni.....
Hehheheheheh... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"