Click to Follow...

Tuesday, 30 April 2013

PD Vacation - Ironman 3


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay ni merupakan entri terakhir pasal PD Vacation...
Lepas tu AJ nak start BW sikit-sikit... =D

Disebabkan program nak mandi kat Air Panas Pedas tergendala gara-gara AJ Masuk Hospital, makanya agenda digantikan dengan tengok wayang.....
Cerita yang jadi pilihan tentulah Ironman 3.....
Cerita hangat tu......
Best sangat cerita dia kate diorang....
Not Bad dan AWESOME!!!!!
AJ pulak disebabkan tak berapa sihat, AJ layan kejap-kejap je.....
Selebihnya AJ banyak tidur dalam panggung tu...
Kihkihkih....
So tak dapatlah AJ nak review kan cerita tu untuk korang.....
Tapi masa AJ celik tu, cerita dia memang gempak...
Ada jugak terselit part yang kelakar dalam tu......
Soooo AJ boleh cakap, rugilah siapa yang tak tengok dan semestinya rugilah AJ yang tidur dalam panggung wayang tu...
Hahhahahahahha... =P
Takpelah, esok ke mungkin AJ nak repeat balik....
Kan cuti..... =D


P/s : Esok cuti Umum...
Lusa dah start keje balik...
Lemaunya!!!!!!!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

PD Vacation - Part Paling Tak Best dan Spoil!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal entri tadi AJ ada cakap pasal ada bende yang tak best kan masa cuti tu...
Ni la bendenya.....
Balik daripada makan Steamboat tu...
Kami terus ke PD Waterfront..... Ada funfair rupanya...... =D
Tapi sayangnya AJ tak dapat main pun...
Gile pakai dress nak naik mainan kat funfair... Mau terselak pulak kang...
Dah orang bawah dapat tengok tayangan perdana percuma... =P
Kat situ main game yang simple-simple je.....
Tapi sayangnya pelaburan kami lebur....
Apapun tak dapat...
Hahahhahahaha.... =P
Padan muka.... Tapi takdelah habis beratus kan....
Sikit je.......
Lepas balik funfair, kami terus balik ke Casa Rachado....
Dalam perjalanan balik tu AJ dah rasa tak sedap badan......
Badan dah start berangin...
Sampai apartment keadaan AJ jadi makin teruk.......
AJ dah start muntah-muntah...
Mulanya ingatkan biasa je.....
Al-maklum, AJ ni memang kalau salah makan sikit memang akan muntah-muntah....
Dah sejam lebih, AJ still macam tu dan cirit birit sekali.....
AJ dah lembik dah 1 badan, sampailah 1 part AJ muntah dan tak boleh bernafas lepas tu.....
Cepat-cepat Mr.JR angkat AJ, kejutkan kawan lain dan hantar AJ ke Hospital Port Dickson pagi buta tu jugak....
Perjalanan dari apartment ke hospital adalah dalam 7-8 KM.....
Sampai je bahagian emergency Hospital PD, terus doktor masukkan water drip kat AJ....
Sampai 2 kali tangan AJ kene cucuk tau...
Sakitttttttt!!!!!!! Bengkak siap....
Memula jarum tu tercucuk tulang sebab AJ takde isi kan...
Pastu doktor cucuk kat pergelangan tangan.....
Dalam hati Mr.JR masa tu dah berdoa janganlah AJ kena tahan wad...
Haru dibuatnya nanti.....
Lepas almost 4 jam dan 2 water drip dimasukkan, lebih kurang pukul 8 AM AJ dibenarkan keluar dari hospital....
Ya allah... Cuaknya perasaan masa tu... 1st time AJ kena macam ni tau.......
Doktor kata keracunan makanan dan terlebih oksigen.....
Lepas tu siap pakej dengan demam...
Dulu AJ memang ada sejarah kene asma.... 
So lepas tu segala plan nak mandi kat air panas Pedas dan jalan-jalan kami terpaksa ditunda.....
Kesian bebudak dan yang lain-lain........
Tapi nak buat macam mana... Benda dah jadi...
Nasib diorang jenis yang memahami...
Mr.JR dan sorang kawan lain pun kene jugak..
Tapi tak seteruk AJ.......
Alhamdulillah segalanya selamat.....
Tapi memang benda ni buat cuti kami spoil habislah.....
Huhuhuhuuuhuu...
So start pada AJ sakit, sampailah balik KL... Tiada gambar.......


Thanks Mr.JR tolong angkat AJ...
Kesian dia sakit pinggang lepas tu...
Thanks juga tak tidur jaga AJ kat hospital tu......
Thanks pada kawan-kawan lain yang memahami.....
Next kita plan balik.....

P/s :  Next to be continue...




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

PD Vacation - Embok Village.. Boooooo!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lepas dah habis berfoya-foya kat Casa Rachado, perut memasing dah menjerit-jerit minta diisi...
Setelah puas pusing-pusing, kami nampak Embok Village ni.....
Terletak di Pantai Bagan Pinang, bersebelahan Corus Paradise Resort....

Suasananya nampak menarik dan best...
Tanpa ragu-ragu dan was-was kami pun masuk, amik tempat dan order.....
Yelah orang ramai, mesti best kan....
Disitulah bermulanya kisah tak best yang terjadi dalam percutian kitorang.....
Kedai dia ni memang nampak menarik....
Siap ada karaoke, open air, ala-ala bali dan garden tepi pantai.....
Tapi servis nya memang "LEMBAB GILE!!" (Maaf bahasa agak "sopan" disitu..)
Kami semua order makanan yang goreng-goreng je...
Ingatkan order yang simple cepatlah sampai...... Rupanya lambat!
Bayangkanlah order air je dah amik masa lebih kurang 30 minit nak sampai...
Air kosong pulak paling lambat sampai.......
Dah sampai air tu, okaylah.... Takdelah rasa nak marah sangat...
Lepas tu tambah lagi sejam (total 1 jam 30 minit) lebih tunggu makanan tak jugak sampai-sampai......
Panggil waiter dia, dengan muka tak mesranya dan terpinga-pinga datang kat kitorang....
Kitorang tanyalah makanan kami mana...
Sebab orang yang lambat sampai pun dah dapat makanan...
Orang tu dapat cepat mungkin sebab dia makan steamboat lah kot.....
Then boleh pulak dengan selamba dia cakap minta kami tunggu, makanan kami tak masak lagi...
Memang baranlah.. Nak tunggu berapa jam lagi? Dahlah orang tengah lapar...
Kami pun apalagi, angkat kaki lambung.. Tak kuasa nak tunggu lagi berjam-jam...
Dahlah tu... Say SORRY pun tak!!!! Atleast kalau say sorry takdelah panas hati sangat kan....
Geramnya kami..... Rasa nak baling je cawan dia tu kat lantai....
So memang sekali tu je la kami jejak kedai tu... Harapkan tempat je menarik..
Tapi servisnya agak tidak memuaskan.... Tak mesra dan slow!!!
Kalau korang nak makan kat situ, baiklah makan steamboat je kalau nak cepat.....
Kalau rasa nak makan masakan Thai dia ke, seafood ke, baik lupakan je niat tu kalau tak mampu nak tunggu berjam-jam.......
So jom tengok gambar yang AJ sempat snap kat Embok Village ni!



Kalau korang nampak kan...
Banyak lagi meja lain yang tak dapat makanan....
Dannnn.......
Bawah ni semua wajah bosan menunggu makanan...
Kesiannnn.... Kihkihkih... =P


Nasib baik coconut shake dia sedap tau....


Tak puas hati langsung service kat sini.....
Penyudahnya kami makan kat lori jual steamboat je...... =D
Lagi puas hati...

Memasing makan macam piranha.....
Hahhahahahahhaa.. =P

DISCLAIMER : Entri ini bukan untuk menjatuhkan reputasi restoran....
Mungkin kami jejakkan kaki ke situ pada waktu yang salah....
AJ harap restoran ini dapat meningkatkan service level....
Sayang sangat, restoran cantik dan menarik....

P/s : To be continue....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

PD Vacation - Casa Rachado Apartment


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay tadi AJ dah ecritakan pasal Kota dan Muzium Lukut.....
Sekarang ni AJ nak cerita pulak pasal apartment yang kami stay....
Dah survey sana sini, kami sepakat memilih Casa Rachado yang terletak di Tanjung Biru atau nama omputihnya Blue Lagoon.... =P
Kami amik 2 unit apartment 2 bilik...
Yang bestnya, apartment ni mengadap laut....
Dari apartment AJ boleh nampak sunrise dan sunset....
Tak payah nak turun bawah......
Apartment ni okaylah.....
Ada sikit je yang kurang okay..... Lantai apartment agak kurang bersih dan berhabuk...
Overall okay dan memuaskan....
Swimming pool pun besar dan best....
Terletak bersebelahan dengan laut..
Lepas terjun kolam bolehlah terjun laut pulak... =D
Suasana kat sini pun tenang je.. Mungkin sebab kawasannya berjauhan dengan jalan besar dan bandar....
Kalau sesiapa yang nakkan ketenangan, AJ sarankan korang duduk sini..... =D

Untuk keterangan lanjut :


Ni gambar bilik AJ...
Tapi gambar ni AJ amik dalam website je...
Tak sangka dapat bilik yang sama dalam gambar bawah ni...
Hahhahahhahaha.....
Bilik dia memang warna warni...
Macam duduk kat kintergarden je rasanya....
Antara kemudahan yang ada dakam bilik seperti TV, peti sejuk dan cerek elektrik..
Tapi dilarang memasak ye dalam apartment... =D





Jom tengok pulak gambar kami chill kat situ...
Tapi rasanya banyak gambar dalam kolam renang je kot...
Hahhahhahahahha.......
Majalah mangga katanya... =P

Pemandangan dari Balkoni apartment AJ....








Perang pistol air....
Go go Mr.JR!!! =P












Sebelum maghrib kami naik....
Bersiap dan keluar dinner....

P/s : To be continue.....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"