Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 22 September 2013

Movie Review : Prisoners


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rabu lepas, AJ berpeluang tengok tayangan perdana Prisoner...
Cerita berdurasi lebih kurang 2 jam 30 minit ni memang best dan memerlukan penonton banyak berfikir...


Kisah bermula dengan 2 buah keluarga sedang menyambut Hari Kesyukuran...
Pasangan Keller Dover dan Grace Dover, pasangan Franklin Birch dan Nancy Birch serta anak-anak mereka Ralph Dover, Anna Dover, Eliza Birch dan Joy Birch..
Namun kegembiraan menyambut hari tersebut tidak lama apabila 2 orang kanak-kanak, Anna Dover dan Joy Birch didapati hilang....
Pada mulanya mereka mengesyaki seorang pemandu RV iaitu Alex Jones menculik Anna dan Joy kerana sebelum kehilangan mereka, Alex Jones didapati meletakkan kenderaan di kawasan perumahan itu...
Namun penangkapan Alex oleh Detektif Loki tidak membawa apa-apa penyelesaian apabila Alex didapati memiliki akal seperti kanak-kanak berusia 10 tahun menyebabkan Alex dilepaskan dari tahanan polis..


Kes itu menjadi bertambah rumit apabila tiada clue yang membolehkan mereka menemui Anna dan Joy...
Bapa Anna, Keller Dover yang tidak berpuas hati apabila Alex dilepaskan bertindak menculik Alex yang tinggal bersama makciknya Holly Jones dan menyorokkan Alex didalam rumah lamanya....
Semasa mengurung Alex, Keller Dover bertindak memukul Alex dibantu bapa Joy, Franklin Birch supaya Alex membuka mulut memberitahu dimana Kanak-kanak itu disembunyikan...
Usaha tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu...
Sepanjang masa itu, terdapat lebih banyak bukti dan kejadian yang berlaku...
Antaranya penemuan mayat seorang lelaki didalam rumah Father Patrick Dunn...
Detektif Loki juga dapat menangkap suspek baru, Bob Taylor yang disyaki terlibat dengan penculikan kanak-kanak tersebut kerana gerak-gerinya yang mencurigakan dan penemuan pakaian kanak-kanak berlumuran darah didalam rumahnya...
Bob Taylor akhirnya membunuh diri semasa soal siasat dijalankan serta meninggalkan clue yang tidak jelas melalui lukisan berbentuk "maze"...
Keller Dover juga pergi menemui makcik Alex, Holly Jones untuk mencari bukti penglibatan Alex...
Namun masih menemui kegagalan.....
Pada masa yang sama, Detektif Loki juga mengesyaki Keller Dover atas kehilangan Alex namun tidak dapat dirungkaikan berikutan Keller Dover bijak menyembunyikan perkara tersebut...

 

Persoalannya...
Dapatkah Anna dan Joy ditemui??
Siapakah mayat lelaki tersebut??
Siapakah penculik sebenarnya??
Kalau nak tau, korang boleh tengok sendiri di pawagam okay.....
Pada AJ, cerita ni dapat 4 dari 5 bintang....
Yang lagi 1 bintang ni tak dapat sebab AJ kene fikir dan ending dia macam buat kita tertanya-tanya sikit....
Overall tak rugi kalau korang tengok cerita Prisioners ni.....

Cerita Prisioners lakonan beberapa pelakon hebat antaranya : 

Hugh Jackman sebagai Keller Dover
Jake Gyllenhaal sebagai Detektif Loki
Terrence Howard sebagai Franklin Birch
Paul Dano sebagai Alex Jones
Melissa Leo sebagai Holly Jones
Maria Bello sebagai Grace Dover
Viola Davis sebagai Nancy Birch
Erin Gerasimovich sebagai Anna Dover
kyla Drew Simmons sebagai Joy Birch
Dylan Minnette sebagai Ralph Dover
Zoe Borde sebagai Eliza Birch
David Dastmalchian sebagai Bob Taylor
Len Cariou sebagai Father Patrick Dunn

P/s : Cerita ni banyak teka-teki, tak tau macam mane nak ulas...
Hehehehehhe....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

5 comments: