Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 27 September 2013

Love Your Heart Day - Public Talk


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tarikh : 25 September 2013
Program : Love Your Heart Day 2013
Tempat : Menara Selatan, Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Pada hari ini, ramai yang masih kurang mengambil tahu bahawasanya penyakit jantung merupakan PEMBUNUH nombor SATU dalam negara kita.
Oleh itu, ceramah awam ini diadakan bagi membincangkan keputusan kajian yang telah diadakan kepada pesakit jantung dan juga bagi menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahayanya penyakit jantung.
Dalam keluarga AJ sendiri pun, Abah merupakan salah seorang pesakit jantung.

Kebanyakan rakyat Malaysia bersifat reaktif dan bukannya proaktif dalam hal-hal Penyakit Jantung Koronari (CHD), menurut keputusan yang didapati dari Kaji Selidik PPUM "Love Your Heart" 2013. Pengumuman keputusan kaji selidik tersebut dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada "Love Your Heart Day" yang diadakan bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2013.

Dalam kaji selidik tersebut, 414 pesakit yang menderita dari CHD dan telah menjalani prosedur"Percutaneous Coronary Intervention - PCI" dan stenting telah diajukan pelbagai soalan akan pengetahuan mereka dalam CHD, angioplasti koronari dan stent koronari yang diamalkan dalam rawatan penyakit ini. Kaji selidik ini dianjurkan dengan tujuan memberikan penerangan mengenai faktor-faktor risiko jantung dan pilihan-pilihan rawatan yang sedia ada serta meningkatkan pemahaman pesakit akan isu-isu berkaitan.

       

Kaji selidik itu turut mendedahkan bahawa 73 peratus daripada responden tidak pernah menjalankan ujian kesihatan jantung secara berkala sebelum mereka didiagnos dengan Penyakit Jantung Koronari. Tambahan lagi, 83 peratus responden tidak mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan maklumat lanjut mengenai stent koronari sebelum menjalani prosedur angioplasti koronari.

       


Seramai 328 responden, atau hampir 80 peratus, tidak mengetahui jenis-jenis stent yang biasanya digunakan dalam prosedur angioplasti koronari serta mereka juga tidak dapat mengenalpasti mana-mana jenis stent yang ada dalam kaji selidik tersebut. Hanya 56 responden yang berupaya mengenalpasti Drug Eluting Stent (DES) yang digunakan sebagai kaedah standard dalam rawatan penyakit arteri koronari.

       

Generasi teknologi stent terbaru seperti Dual Therapy Stent (DTS) yang berupaya menangani pelbagai cabaran dalam penyembuhan lewat arteri koronari yang juga dikaitkan dengan monoterapi DES serta Bioresorbable Vascular Scaffold adalah prosedur yang tidak pernah didengar oleh para responden kecuali dua dan empat orang yang masing-masing tahu serba sedikit mengenainya.

“Biasanya, pesakit yang melalui prosedur stent menghadapi risiko restenosis dan trombosis. Walaupun peratusan risikonya rendah, pesakit yang menderita dari trombosis stent (pembentukan darah beku di sekitar kawasan yang telah distent), menghadapi risiko serangan jantung dan risiko kematian yang lebih tinggi. Oleh itu, perkembangan yang dicapai dalam DTS adalah sesuatu yang sangat menarik dan penting kerana ia menggabungkan elemen-elemen yang terbaik daripada kedua-dua teknologi tersebut. Dengan prosedur DES, ia mengurangkan restenosis, dan serentak dengan kehadiran teknologi Endothelial Progenitor Cell, ia turut membolehkan penyembuhan saluran darah yang lebih baik. Hasilnya ialah peningkatan prestasi secara menyeluruh,” jelas Prof Dr Wan Azman bin Wan Ahmad, Ketua unit Kardiologi, PPUM.

AJ penahlah dengar beberapa jenis stent tu kerana Abah penah menjalani Angioplasti lama dulu.

Sebaliknya, 80 peratus responden memahami kepentingan mengambil dua jenis ubat anti-platelet, Aspirin dan Plavix, yang ditetapkan oleh para doktor dan hanya 83 responden yang menyatakan bahawa mereka tidak memahami kepentingan mengambil ubat-ubatan tersebut. Fungsi utama ubat-ubatan tersebut adalah untuk mencairkan darah.

Selain itu, kaji selidik tersebut turut mendedahkan:
         66% responden sedar bahawa mereka boleh mengalami trombosis stent (serangan jantung) sekiranya mereka gagal mengambil kedua-dua ubat anti-platelet (seperti Aspirin dan Plavix)
         73% responden sedar bahawa stent trombosis boleh menyebabkan kematian
         78% responden berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kaedah rawatan Penyakit Jantung Koronari

         


Sempena "Love Your Heart Day" di PPUM, orang awam akan berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling secara percuma. Pemeriksaan yang diberi termasuk ujian glukosa dalam darah, kolesterol dan tekanan darah. Ceramah kesihatan mengenai pencegahan dan kawalan penyakit jantung turut dianjurkan oleh para doktor PPUM. Orang ramai turut berpeluang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.


Sekitar majlis "Love Your Heart" 2013




P/s : Sayangi Jantung Anda...
Cegah Sebelum Terlambat.....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. Seronoknya dapat pergi. Ni bawah broframestone kan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ada masa, AJ joinlah....
      Hehhehheh...
      Kalau takde masa, takde...

      Delete
  3. SEKARANG SAYA BADAN SIHAT-SIHAT SAJA.. TAK TAULAH AKAN DATANG MACAM MANA.. MOGA-MOGA TAKDELAH KENA PENYAKIT YANG TERUK-TERUK..

    NAK KATA KEN JAGA MAKAN, TAK JUGAK, YANG BISA AMALKAN MAKAN SUPPLEMENT PUN KENA SAKIT JUGA..

    ReplyDelete
  4. best jugak ye program mcm ni.. yg pastinya bermanfaat kan dear...

    ReplyDelete