Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 13 September 2013

Halusinasi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada kisah disebalik halusinasi yang AJ nak cerita ni...
Sebelum tu, jom baca dulu apa itu halusinasi.....

"MUNGKIN anda terdengar suara bisikan pada suatu malam yang gelap, atau terlihat lembaga berbulu yang menakutkan, sekilas melintas di sudut mata. Apabila semuanya hanya bayangan dan mainan perasaan, itulah yang dinamakan halusinasi.
Halusinasi merupakan fenomena ketika seseorang itu mengalami sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku.Halusinasi bukan sahaja melibatkan deria dengar dan pandang, fenomena ini merangkumi deria lain. Kadang-kadang lidah, seperti mengecap sesuatu rasa yang pelik walaupun tiada makanan di dalam mulut, kulit seperti diusap oleh sesuatu, tubuh seperti terasa hangat atau dingin, angin seperti bertiup meremangkan bulu roma. Selain itu, satu lagi jenis halusinasi dikenali sebagai halusinasi taktil, iaitu perasaan yang dialami saraf taktil. Contohnya, perasaan seolah-olah ada serangga merayap di bawah kulit ataupun sesuatu hidupan mencucuk-cucuk organ di dalam badan.
Fantosmia pula berkaitan dengan halusinasi hidung terbau sesuatu yang tidak wujud. Contoh paling lazim halusinasi jenis ini ialah terbau sesuatu yang busuk, seperti daging mereput, bau muntah, kencing, asap, dan kemenyan berlegar-legar atau seumpamanya. Fantosmia selalunya dicetuskan oleh kecederaan pada tisu olfaktori di dalam hidung. Kecederaan tersebut ada kalanya disebabkan oleh trauma atau beberapa penyakit, seperti barah otak atau jangkitan virus. Penggunaan dadah tertentu juga mencetuskan fantosmia."

Sumber : Dewan Kosmik Julai 2012


Adakah AJ ni berhalusinasi???

Kisahnya tengah malam tadi masa Mr.JR tengah drive kat highway Jalan Istana, AJ tetibe terperasan ade seekor anak kucing betul-betul kat tengah divider yang membahagikan kedua-dua arah jalan tu...
Masa tu AJ terus terjerit sampai Mr.JR yang tengah drive tu pun terkejut...
Anak kucing yang AJ nampak tu kecik sangat...
Dalam lingkungan 5 bulan besar dia.....
AJ ni memang tak boleh tengok macam tu....
Automatik AJ terus menangis dalam kereta... Sebab AJ nampak jelas anak kucing tu berjalan kat tengah divider...
AJ takut dia kene langgar dengan kereta lain..... (Tu punca nangis..)
Lepas tu, Mr.JR tanye nak patah balik ke tak....
AJ angguk....
Dalam hati AJ harap sangat anak kucing tu tak melintas jalan...
Yelah, highway kot... Kereta semua laju-laju..... =(
Bile dah sampai tempat AJ nampak kelibat anak kucing tadi tu, Mr.JR berhenti kat simpang tengah jalan depan sekolah Kuen Cheng sebelum simpang Mid Valley...
Kalau siapa biase lalu jalan tu, mesti tau kat tengah highway tu ada tempat macam nak U-turn...
Jalan tu boleh digunakan pada waktu tertentu je.... So memang selamat kalau berhenti kat tengah tu...
Sebab time kitorang berhenti dalam pukul 12.10am jalan tu tak boleh digunakan...
Turun kereta, terus AJ jalan kat rumput tengah highway tu cari anak kucing tadi.....
Intai tengah jalan, takde pulak kesan dia kene langgar ke ape... Fuhhhh.. Lega!
Cari punya cari, memang tak jumpa.....
Bile dah puas hati takde kelibat anak kucing kat situ, AJ masuk balik dalam kereta....
Mr.JR tanye, ada ke tak... AJ geleng...
Lepas tu dia cakap "u ni halusinasi ni"....
AJ cakap "tak, i sure i nampak ada anak kucing kat tengah tu tadi"...
Tapi dalam hati duk fikir jugak....
Betul ke ape yang AJ nampak tu betul-betul anak kucing??
Entahlah wallahualam.....
Lagipun, selekoh tu memang selalu ada kemalangan....
Kalau betullah memang ada anak kucing, AJ harap dia sekarang ni ada kat tempat yang selamat.....
Ataupun memang betul AJ berhalusinasi??
Ya Allah, mohon dijauhkan perkara macam tu....
Sampai rumah, terus mandi dan salin baju.....
Risau jugak kot-kot.................................................................. (Korang faham sendiri la ye..)

P/s : Korang penah ada pengalaman macam ni tak??



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

33 comments:

  1. dah terhalusinasi dah dgn cite nie ayu...tkut...

    ReplyDelete
  2. seram sejuk pulak saya baca entry ni

    ReplyDelete
  3. DULU MASA KECIK-KECIK, SAYA KE PASAR MALAM DENGAN MELALUI JALAN YANG GELAP DENGAN HANYA LAMPU JALAN YANG SAMR-SAMAR.. JALAN TU HANYA MUAT LALUAN JALAN KAKI, BASIKAL ATAU MOTORSIKAL.. DI KIRINYA PAGAR, DI KANANNYA PULA BETUL-BETUL LERENG BUKIT DAN BERSEMAK SAMUN..

    DALAM KEGELAPAN ITU TIBA-TIBA TERDENGAR SESUATU MENYELUSUP DENGAN PANTAS DARI SEMAK SAMUN DI BELAKANG KAMI DAN TERUS BERHENTI DI SEBELAH KAMI SAMBIL MENGONCANGKAN POKOK KECIL BEBETUL SEDEPA SAJA DENGAN KAMI.. LAMA JUGA DIA GOYANG POKOK TU, TAPI TAK NAMPAK APEKAH BENDA TU..

    SAMPAI SEKARANG SAYA MASIH TERFIKIR, APEKAH BENDA TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Fairus, bile tak nampak apa bende nye tu mesti jadi tertanya2 kan...
      Dalam hati tu tetap nak tau...

      Delete
  4. akak pernah kena semasa di dalam pantang, tidur dalam mak dgn baby tapi di hujung katil nampak ada lembaga hitam gelap berdiri, puas baca quran tapi tak terkeluar di mulut, macam berat jer nafas nak menjerit.....serammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib dia tak ape2 kan baby....
      Kalau tak susah jugak...

      Delete
  5. Assalamualaikum yangggg, rasanya pernah berhalusinasi. pasal kucing gak =__________='

    ReplyDelete
  6. halusinasi yang elok2 tak apa, jangan halusinasi yang tak elok2 .... ermm... macam mana pulak hidup dalam alam khayalan dan fantasi...wakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang tu parah kak...
      Lagi bahaya dari halusinasi...

      Delete
  7. pakcik nur pun pernah jumpa kucing dekat tengah haiway...disebabkan risaukan kucing tu, mmg dia behenti kete lebih kurang 50meter dari tempat kucing tu....siap bawa balik lagi ke rumah....

    mgkin yg kucing yg ayue jumpa tu, dah lari ke seberang jalan..siapa tahukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Nur....
      Kalau nampak yang hidup rasa tak sampai hati nak biarkan...
      Hope macam tu la Nur...

      Delete
  8. mungkin ya mungkin tak..tp kalau betul betul kucing..oklah sbb selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..
      Aah, harap dia selamat je...

      Delete
  9. eva kalau time demam .. selalu nampak macam ade ramai2 mcm family owang yg sgt2 gemok bolat mcm belon ... berada sekitar eva ... kerap taw .. bile demam je ... jus skrg ni ade baby mcm dah kurang sikit .. huhu

    evadanial.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. tak pernah nampak kucing.. tp pernah nampak pocong masa tgh naik motor. bila tengok balik dah takde.. halusinasi jugak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...
      Nasiblah AJ ni nampak kucing....

      Delete
  11. klu tpt yg selalu ada kemalangan tuh , lain kali wat x tau jer yer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJ bile nampak kucing tu yang tak boleh nak buat tak tau tu....

      Delete
  12. salam kenal.. bahaya juga berhalusinasi ni.. setakat ini tak pernah mengalaminya lagi.. singgah&follow di sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal...
      Kalau tak penah okaylah tu... =D

      Delete
  13. Tak pernahlah pulak macam tu AJ...Sanggup u turn....alahai mulianya hati Aj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab AJ nampak dia hidup lagi tu kak...
      Tu yang tak boleh nak biar tu...

      Delete
  14. tak pernag berhalusinasi lagi.. bahaya jugak..

    ReplyDelete
  15. Pengalaman akak ttg HALUSINASI...
    masa akak baru bangun dari koma dulu..apa yang akak rasa akak bukan di dalam ward...tp di satu alam lain yang akak di jaga oleh nurse2, akak boleh nampak roh2 terbang melayang di sekeliling akak..padahal akak hanya di dalam ICU, memang menakutkan..masa akak koma akak x mimpi apa2 pun...sampai akak dah sihat dan dah boleh bekerja...akak masih boleh nampak roh dimana2..then family akak bawak akak berubat..sampai sekarang akak dah x nampak apa2 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..
      Menakutkan bile AJ baca pengalaman akak ni....
      Alhamdulillah dah okay....

      Delete
  16. kdg2 bila terlalu letih atau terlalu takot, mcm2 kita boleh terbyg.. slalu gak jadi mcm ni.. nmpk tp sebnrnya takde! hrp2 hanyalah halusinasi AJ je.. sbb kalo betul kesiannya ank kucing tu.. tp bile pikir2 blk mcm tak masok akal kat highway gitu ada ank kucing.. huhu..

    ReplyDelete