Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 29 August 2013

Melatah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Opocot Mak kau!!!
Omak kau!!!
Oh @&*^< kau!!!

Biase dengar ungkapan kat atas??
Haaaa.... Mesti biase kan...
Tu ungkapan yang biasenye keluar dari mulut orang yang melatah....
AJ pun tak tau sangat la ni betul ataupun tak..
Kata orang, melatah ni penyakit keturunan..
Kalau ada ahli keluarga kita yang melatah, mesti ada menurun kat anak dia ke ape....
Entahlah betul kot....
Mak AJ melatah dan kalau nak tau, AJ sendiri melatah...
Yup.. Seorang AJ ni melatah okay!!!!
Dalam adik beradik, AJ sorang je yang ada penyakit melatah ni....
Ada jugaklah mereka-mereka yang sinis cakap orang melatah ni saje dibuat-buat....
Ehhhh.... Siapa cakap??
Sebagai orang yang tergolong dalam kategori melatah, terasa gak beb!
AJ takde pulak buat-buat melatah ni...
Semuanya automatic keluar kalau terperanjat.....
Kadang bunyi bende jatuh pun boleh terkejut...
Nampak sudu orang table depan jatuh kat kedai makan tu pun boleh buat melatah....
Automatic!!!
Ape yang AJ sedar, latah AJ jarang keluar ayat tak sepatutnya... (Orang melatah ni separa sedar)
Fuhhh... Nasib baiklah..
Ada separuh orang, latah dia carut je belaka.....

Melatah ni pun ada tahap dia...
Ada yang latah mulut je....
So far, AJ pun latah mulut je....
Kadang tu, ada yang tindakan reflex dia pantas...
Apa bende yang dipegang, sure melambung....
Yang ni bahaya...
Buatnya tengah pegang pisau ke kan......
Naya je weh....



Okaylah, melatah dah 1 hal...
Ni pulak untuk orang yang tak melatah, tapi gemar mengusik orang yang melatah.....
Memang...... Memang seronok sangat kacau orang melatah...
Tindakan orang melatah tu ada yang boleh buat korang tak kering gusi...
Kalau kacau sikit-sikit tu, boleh ampun la jugak...
Tapi ade jugak spesis tak faham bahasa, mengacau tak beragak..
Lagi orang melatah, lagi galak pulak dia mengusik...
Ingat melatah ni tak penat ke??
Penat tau tak.....
Naik semput kami yang melatah ni kalau diganggu banyak kali.....
Kadang tu, latah seseorang tu ada yang memalukan diri sendiri... Ni selalunya bagi yang ada penyakit melatah kronik la....
Kesianlah kat orang yang melatah ni....
Dahlah dikacau-kacau... Latah pulak jenis yang memalukan.....
Masa tengah melatah, manalah nak sedar sangat kan...
Lepas tu, bile dikacau penyakit melatah tu selalunya akan makin menjadi-jadi...
So pada yang tak melatah tu...
Agak-agaklah nak ganggu orang melatah ni.....
Kang silap latah, ada yang secara tak sengaja melayang nyawa...
Bile dah jadi macam tu, siapa nak jawab??
Haaa haaa tak tau..
Aiyoookkk.....

P/s : Sekarang ni AJ dah kurang sikit melatahnya...
Dah takde sangat yang rajin mengacau... =D




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

32 comments:

  1. bahaya sebenarnya latah nie kalau tak di kawal..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Aah kak....
      Nak pulak jenis lempar ape ade kat tangan....

      Delete
  3. Assalamualaikum twin! huwaaa sheila perasan AJ melatah. heeee pasni rajin2 kemam bibir, insyallah takdalah melatah. sheila pernah melatah gak dulu, sebab kuat terkejut. skrg dah hilangggg. alhamdullilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....
      Eh? Perasan ek twin?
      Hahahhaha...
      Ni pun dah kurang sikit...
      Dulu teruklah jugak...

      Delete
  4. MAK NENEK JE YANG MELATAH NI.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib mak nenek ni comel..
      Hahhahaha... =P

      Delete
  5. takut kena hampuk je bila berada sebelah dgn org yg kuat melatah..naya kena sbijik., pcl soriii..tak kan usik punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe PCL...
      Buatnye si latah tu tengah pegang lesung batu ke..
      Tak benjol kepala?

      Delete
  6. waa..we have the same problem la sis..tpi sekarang ni memang dah kurang sangat-sangat sebab jiwa dah tenang..hahak..latah mulut je..tak bestnye, sya kalau melatah, "tersebut" benda tak elok...habissssss!!! OMAIGAD!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu....
      Kadang bile sebut macam tu, orang mesti fikir kita kuat mencarut kan...

      Delete
  7. rasanya bkn keturunan . dlm adik beradik saya , cuma angah sorg jer yg melatah . anak2nya pun x melatah ... tapi latahnya mmg kronik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke?
      Kronik macam mana la tu agaknya...

      Delete
  8. bahaya jugak melatah ni.. dalam family saya takde yang melatah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..
      Nampak remeh, tapinada bahayanya jugak melatah ni..

      Delete
  9. kita kena control kalau melatah.......kalau kena kat majlis orang....malu weeeiiiii.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak pasal kadi hiburan tak berbayar....
      Hehehe...

      Delete
  10. sy pon dulu termelatah gak aj...tp bile ramai x mengusik xde yg tau...itu lg selamat kan..xleh amalkan sgt kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu...
      AJ pun dah kurang, tapi kadang ade gak yang mengacau...

      Delete
  11. Melatah kalau mulut aje tak apa takunya tangan sekali jalan. Pernah tengok seorang makcik pegang pisau tiba2 ada org sergah terus dibalingnya dengan pisau tu...huissshhhh...kalau kena naya.

    ReplyDelete
  12. Ada gak kawan saya lelaki yang melatah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pun lelaki yang melatah ni... =D

      Delete
  13. mcm2 gaya org melatah ni.. tp serius deqla melatah jugak.. hahhaa.. tp xde pun sebut perktaan yg x elok.. deqla melatah kalo ada brg jatuh ke.. bunyi yg kuat x semena-mena ke.. contoh bunyi mercun..haha.. tp kalo org cucok pinggang x pulak melatah.. xde la terok mana pun.. alhamdulillah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan dalam kategori melatah Deqla kalau orang cucuk pinggang tak latah...
      Hehehehehe.... =D

      Delete
  14. hihihi...kalau tengok orang melatah mesti kita gelak tapi kita tak tahu yang orang yang melatah tu sebenarnya dia penat..betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...
      Tengok seronok, tapi penat orang tu......
      Kesian dia...

      Delete
  15. hehehe KA pun kdg melatah juga... opocot mak kau terbang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehheh...
      Nasib terbang ye kak.. =D

      Delete
  16. Kesian tgk org yg melatah. Nampak penat. Org plak asyik cucuk2.

    ReplyDelete