Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 4 April 2013

Penawar Senggugut


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila senggugut sesekali datang menyerang...
Aduh rasa macam nak pinjam perut orang lain sekejap kan???
AJ pulak jenis jarang-jarang senggugut....... Tapi bila kena... Humakngai....
Nasiblah sikit je, takdelah sampai berguling-guling....

Ada yang senggugut sampai tak boleh bangun tu...
Jangan ingat senggugut ni tak serius tau.......
So AJ nak kongsikan sikit amalan dan petua yang boleh digunakan bila senggugut datang bertandang.....



Selain amalan diatas, korang boleh cuba petua-petua kat bawah ni.....




Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Sumber : WannuraPetua

Kalau kat ofis sekarang ni pakai petua 5 je la........
Mana pulak nak cari sumber lain kan......
Antara lalu dan tak je la nak minum pahit-pahit tu......
Huhuuuhuhuhu.....

P/s : Sesiapa ada petua lain yang lebih SEDAP dan MENYELERAKAN tak???
Hehehheheheh... =P

Info tambahan dari komen Kak Salmi dibawah..

Pernah dgr ceramah di radio, seorang ustaz (maaf lupa namanya) pernah beritahu senggugut adalah kesan gangguan syaitan/jin.

Cara mengubatinya: 
1. campurkan kacang hijau, garam kasar dan lada hitam.
2. Taburkan di atas tikar atau surat khabar.
3. Pijak-pijak atas bahan yg ditabur tadi sambil selawat
(Bahan2 tu boleh disimpan dan digunakan berulang kali)


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

84 comments:

  1. mcm2 petua ada ye. bagus2. boleh diamalkan nnt. hehehe. tapi since akak dah beranak pinak dan bersalin, sakit senggugut makin kurang pulak :)

    dulu2, telan panadol dan ubat tahan sakit je. tapi x elok utk buah pinggang

    ReplyDelete
  2. ishhh kesian tengok perempuan senggut.. petua nie boleh bagi kak my sis yang selalu sengugut

    ReplyDelete
  3. nice piece of sharing AJ...thanks for sharing... ^_^

    ReplyDelete
  4. amboiih.. nak petua yg sedap n menyelerakan saja dia yeaa.. X ada!! semua pahit2.. hik3.. jangan mara.. gurau jea ni.. hik2 btw.. thanx sharing.. sbb mmg berguna petua ni.. tq AJ.. =)

    ReplyDelete
  5. nnt dah jadi emak2 insya Allah dah takde sengugut lg hew hew hew

    ReplyDelete
  6. tapi senggugut ni akan hilang bila dah lepas bersalin dapat anak.. tak tau la betul ke tak sebab i tak pernah kena senggugut.. :p

    ReplyDelete
  7. dulu sis mmg trok segugut.tpi skang da ok pas berubat kat kg..mmg sakit wooo..info yg bagus nih

    ReplyDelete
  8. ishh kesan cakaran??? seram lak dgr.. baru tau nih...

    ReplyDelete
  9. eh2 terbaca psal ni la...hahahahha

    ReplyDelete
  10. akak pun kadang2 je ada sengugut ni..tpi kalau sesekali kena sengugut tu, mmg buat tak gheti je..tahan je la sakit..x de amalkan sebarang petua..kalau kat ofis tu boleh gelak2 ngan member pdhal tgh menahan sakit..ngeeee

    ReplyDelete
  11. Tq sharing. Akk selalu minum air masak panas jerk...Alhamdulillah ok..

    ReplyDelete
  12. tak tau pulak yg senggugut tu sbb cakaran iblis..huhu..serraaammmm..naseb baik tak de senggugut2 nih...

    ReplyDelete
  13. 2bulan lepas kena mmng teruk jgk..sampai muka pucat, nak muntah2 macam masuk angin, sakit perut, bdan tetiba panas kejap..YA Allah, tuhan je yang tahu sakitnya macam mna..last2 muntah2 tu la yang Ok sikit.kena pula kat pej dah nak balik..hbis ada kekuatan nak drive..

    ReplyDelete
  14. nasib baik FD period pain sehari je and masih boleh tahan. and thanks untuk petua ni ;)

    ReplyDelete
  15. ena memang selalu amalkan bacaan tu bila period pain.. Alhamdulillah, dah tak sakit mcm dlu....

    ReplyDelete
  16. tq sharing petua nie dik
    tapi akak alhamdulillah , tidak pernah mengalami sengugut ! ;) syukurrr

    ReplyDelete
  17. dulu mmg everytime nak period wajib diserang senggugut,tapi now dah baik sendiri since kahwin ..tak makan apepun..

    ReplyDelete
  18. masa sekolah dulu selalu kena ni tapi sekarang dah kurang..kadang-kadang kena jugak tapi telan panadol actifast je..

    ReplyDelete
  19. masa bujang dulu selalu kena..skrg mmg da hilang...

    ReplyDelete
  20. Tq share...
    dulu sebelum kahwin mmg selalu senggugut tp skg dah kurang...sakit biasa2 jak klu haid :-)

    ReplyDelete
  21. AJ ajarang makan panadol kak @Sue-Rya Qistina...
    Melainkan dah sakit sangat..
    Tapi AJ ni jarang dapat senggugut.....
    Kalau ada pun sekejap je...

    ReplyDelete
  22. No problem @Farah Waheda Wahid..
    Sambil cari penawarnya, share sekali.... =D

    ReplyDelete
  23. Mestilah @tenku butang..
    tak lalu AJ yang pahit2 ni..
    Tak termakan jadinya....
    Hehhheheh....

    ReplyDelete
  24. Hahhahah..
    Amboih @nan todak, macam ada pengalaman je kan...
    Heheheh..

    ReplyDelete
  25. Oh yeke kak @AQ Eyfa??
    Ubat kampung memang elok, tapi susah dah nak cari yang tau bab2 ni...

    ReplyDelete
  26. Takpe @hazwan hairy, nanti dah tau kot2 ada gf or bini kan...

    ReplyDelete
  27. No problem kak @Normi Nieza..
    masalah komen box dah settle ke??

    ReplyDelete
  28. AJ kalau senggugut sekali sekala datang pun sama gak kak @aquagugurl..
    Gelak boleh gelak..
    Tapi kejap2 perut cramp...

    ReplyDelete
  29. AJ penah baca artikel penuh pasal ni @Intan Akma..
    Tapi lupa kat mana..
    nanti kalau jumpa AJ share yang tu pulak..

    ReplyDelete
  30. Uishhh..
    Teruknya @Mimie Najib..
    AJ trak penah kena sampai macam tu...

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah kak @ieda immi, tak penah kena..
    AJ masa zaman aktif dulu takde senggugut..
    Bila kurang aktif tu yang ada senggugut kadang tu..

    ReplyDelete
  32. Ramai cakap kalau dah kawen, senggugut hilang @Cik Imie fatiema...

    ReplyDelete
  33. AJ tak suka nak makan panadol kak @Zee Suhaini...

    ReplyDelete
  34. cakaran iblis???betoi ke??
    owh..cheery xtahu sebelum ni..wargghh..takutnya..

    ReplyDelete
  35. byk ehh petua...tp semuanya mcm x lalu nk telan aihh..hahaha

    ReplyDelete
  36. Hahhaha...
    Tu yang AJ tanya petua yang sedap dan menyelerakan tu @Sally Samsaiman..

    ReplyDelete
  37. Yup @Sally Yatiey..
    Tapi kita ni la, lalu ke tak nak makan tah...

    ReplyDelete
  38. Pernah dgr ceramah di rasio, seorang ustaz (maaf lupa namanya) pernah beritahu senggugut adalah kesan gangguan syaitan/jin. Cara mengubatinya:
    1. campurkan kacang hijau, garam kasar dan lada hitam.
    2. Taburkan di atas tikar atau surat khabar.
    3. Pijak-pijak atas bahan yg ditabur tadi sambil selawat
    (Bahan2 tu boleh disimpan dan digunakan berulang kali)

    Alhamdulillah, tiga orang adik dan seorang anak ibu yg mengalami senggugut yg amat teruk dah pulih..

    ReplyDelete
  39. emmm boleh cuba amalkan ni..maklum la kdg2 perit jugak nk menahan sakit tuh..

    ReplyDelete
  40. jaa pun kuat gak senggugut, tetiap bulan kena bgantung ngn ubat tahan sakit jer.. huhu... insyaALLAH jaa akan cuba baca doa ni nanti.

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah tak pernah rasa sakit ni..tapi tau ramai yang menanggung kesakitan yang amat bila ia menyerang..and pada mereka-mereka tu boleh try petua-petua yang banyak ni ya..

    ReplyDelete
  42. kalau sampai tak boleh bangun tu, Nur la tu....

    tp sekrang alhamdulillah..okay dah,..

    ReplyDelete
  43. AJ copy sebagai tambahan kat entri ni ye kak @Nor Salmi..

    ReplyDelete
  44. ALhamdulillah @Cik Nur™..
    Ada amalkan petua apa2 ke?

    ReplyDelete
  45. I sengugut teruk T_T try ape pun mcm susah je nak elok. kuajag punya syaiton.

    ReplyDelete
  46. Oh yeke @Hanida Moss...
    Takpe, usaha lagi.... =D
    Insyaallah nanti dah tak senggugut..

    ReplyDelete
  47. Period pain nieza mmg teruk..malah pernah pengsan sekali..kejang tangan kaki dekat ofis..ingatkan lepas dah beranak dah ok dah takde..ada jugak tapi ia menyerang kadang2 je tapi sebelum beranak haritu, memang tiap2 bulan kena..sampai setiap tmpt kerja mmg tau psl ni..dah berubat kg moden tapi mcm tu jugak..yang selalu nieza buat tiap kali kene priod pain ni..nieza minum air 100 plus..sangat membantu..lagi satu..letak air panas suam lam botol..golek atas rahim..insyaallah lega..

    ~ selalu dapat emergency leave or balik awal kalau kena period pain time kerja..weee

    ReplyDelete
  48. uni baru taw senggugut 2 sb setan kacau..huhu

    kalo uni,bukan setakat senggugut,siap mood swing lagi..masa 'bulan mengambang' tu la jadi serigala jadian..sob3

    ReplyDelete
  49. lotion mustajab... kwn pakai, dia kata elok.. hehe

    ReplyDelete
  50. I pun jarang dpt period pain..tapi bila dah kena mmg sakit gile. so i think lepas ni..i minum air teh kot klu kena lagi he he he

    ReplyDelete
  51. Sama macam kawan AJ lah @Nieyxzha Hassan...
    Sampai kene pegi hospital..

    ReplyDelete
  52. AJ tak terus sangat @aisya.....
    Kejap je dah okay....
    Losyen tu panas kan...

    ReplyDelete
  53. Cubalah nanti @lexa..
    mana tau okay ke...

    ReplyDelete
  54. Nani setahun skali dua je tp xde la teruk sgt.. Alhamdulillah.. Ske entri ni.. Leh bntu org yg slalu senggugut

    ReplyDelete
  55. Samalah AJ pun @nanieybarnieylurviey..
    Tak kerap, sekali sekala...

    ReplyDelete
  56. Alhamdulilah masa anak dara pun jarang senggugut...sekali sekali je

    ReplyDelete
  57. bagus ni untuk yang ada sengugut

    ReplyDelete
  58. Betul kak @Mrs Velentine...
    mana tau berkesan ke kan..

    ReplyDelete