Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 10 February 2013

Cinta Terhalang.. Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila berada dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapak ni memang susah nak buat keputusan.....
Kita jadi tak tahu nak buat apa.....
Buat ini salah, buat itu pun salah.....
Kalau amik keputusan macam ni, yang ni terasa hati....
Kalau buat keputusan macam ni pulak, yang tu makan hati.....
Dalam keadaan macam ni, kita kena bertenang dan jangan ambil jalan mudah...
Berdiam diri, melarikan diri bukannya jalan yang terbaik.....

Bila terbaca kes Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala teringat kisah AJ dan Mr.JR...
"Bukan membuka pekung di dada..... Tapi sekadar perkongsian bersama!!"
To be truth, hubungan kami bukanlah hubungan yang direstui pada mulanya.....
Biasalah kalau cinta dua budaya ni susah nak yakinkan semua pihak......
Macam-macam yang telah kami lalui.......
Lepas satu, satu dugaan yang tiba.......
Memang orang cakap restu itu penting dalam sesebuah hubungan....
Yes, kami percaya dan pegang kata-kata tu...
Sebab tu kami tak pernah nak bertindak membuta tuli......
Dalam keadaan macam ni, mental dan fizikal memang kena kuat.......
Airmata??? Jangan nak cakaplah....
Berempangan dah habis......
Adakala hati ni rasa nak pecah......
Jiwa memang memberontak...
Kalau ikut hati yang memberontak, memang rasa nak lari jauh...
Nak tinggalkan segala-galanya...
TAPI...
Tu bukan caranya......


Cara untuk menangani permasalahan ditelan mati emak, diluah mati bapak!
(Mengikut pengalaman AJ sendiri)

1. Dalam keadaan ni... Semua pihak kena bertenang....
Kalau boleh dalam masa terdekat cuba jangan amik tindakan atau bercakap sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan...
Sebab semua yang terlibat berada dalam keadaan tegang......

2. Jangan simpan perasaan... Kalau boleh cerita atau luahkan kepada orang yang kamu boleh percayai...
Sekurang-kurangnya apa yang terbuku dalam hati tak menjadi barah yang boleh berubah menjadi dendam!

3. Banyakkan berdoa dan bersabar.... Kita masih ada Allah swt.....

4. Kalau korang rasa hubungan tu masih mampu bertahan dan berpotensi untuk pegi jauh, buktikan pada mereka dengan cara yang betul......
Bukannya memaksa macam lari kemana-mana pastu balik bawak perut.. Sah-sah lah kena kawen jugakkan... Tak ke secara paksa namanya tu?

5. Amik hati mereka sedikit demi sedikit... Jangan bersifat kurang ajar!
Ingat orang yang lebih tua, tak berfikir macam mana kita yang muda ni fikir..
Mereka akan fikir yang buruk dulu selalunya......

6. Cuba berbincang dan terangkan kepada mereka tentang perasaan kamu dan si dia....
Dan sejauh mana kesungguhan hubungan kamu dan si dia....
Yang rasa cinta main-main je, toksah duk cita lah ek!

7. Jangan bertindak lari atau keluar dari rumah...
Itu hanya akan memberikan tanggapan yang lebih buruk kepada kamu dan pasangan walaupun kamu tidak lari bersama pasangan!
Ataupun, selama kamu keluar rumah tu terjadi apa-apa, siapa yang nak dipersalahkan??
Dan paling siapa yang paling susah hati nanti?? Keluarga kita jugak...

8. Jangan melawan kedua ibubapa...
Memang kata-kata yang diluahkan ibubapa tu pahit untuk kita telan....
Tapi elakkan melawan!
Cuba ingat segala pengorbanan dan jerih-perih mereka selama membesarkan kita...

Sebenarnya banyak lagi.....
Tapi AJ rasa cukuplah sampai sini je......
Biarkan masa menentukan segala-galanya.....
Kalau jodoh tidak kemana kan......
Tapi kalau dah pasangan kita tu macam hantu perangainya, tu dah lain cerita.....
Memang sampai bila pun susahlah nak dapat restu... 
Ingat dalam apa perkara pun, semuanya kena ada restu ibubapa.....
Sebagai ibubapa mestilah mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.....
Sekiranya tidak direstui pun, bukan bermakna segalanya berakhir atau takkan dapat restu langsung sampai bila-bila.....
Kita ni yang kena berusaha lebih untuk mendapatkan restu tu........
Tak semua perkara mudah kan.........
Alhamdulillah.....
Berkat kesabaran AJ dan Mr.JR, hubungan kami kini sudah diterima keluarga....
Walaupun memakan masa yang agak lama....
Alhamdulillah, sedikit sebanyak segala-galanya beransur pulih......
Semoga suatu masa nanti hubungan kami berakhir dengan ikatan yang sah....
Lagi direstui kan kalau macam tu.... =D


P/s : Keluarga pun dah start tanya, bila yang disebelah sana nak masuk meminang...
Ehem!!!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

26 comments:

  1. bila btindak lari dr umah, mmg kerja gilalah namanya tu kan..

    ReplyDelete
  2. Betul @fiQ..
    Jadi apa-apa dah menyusahkan...

    ReplyDelete
  3. Susah jugak kalau hubungan tak direstui oleh orang tua. Nasib baik hubungan Kak AJ dan Mr.JR dah diterima keluarga :) hee.

    Semoga sentiasa bahagia :D

    ReplyDelete
  4. Sangat susah @Sally Yatiey....
    Benda yang melibatkan banyak hati dan perasaan ni kena banyak korban......
    Alhamdulillah... berkat kesabaran dan pemahaman semua orang......
    Insyaallah... Thanks dear...

    ReplyDelete
  5. cx prnh rs. tp bkn bab hubunganlah. :) regarding to shila's story, shila patot fikir mane yg terbaiklah. kite da blh nmpk tembelang b4 kawen.. afta kawen nty cane. if parent dilayan sbgitu.. jgn beranganlah die nk lyn shila better than ap yg die da buat. kene fikir elok2 shila tu.

    ReplyDelete
  6. Betul @CXopportunities...
    Dalam kes Shila tu dah masuk bab lain sebenarnya..
    Tu pasal attitude.....
    patutnya dalam menangani masalah ni kena tenang,bukan nak melenting tak tentu pasal.....

    ReplyDelete
  7. restu keluarga tu yg pentingkan

    ReplyDelete
  8. dlm kes ni,akakpn tak sukalah peelnya, terlampau ikut kata hati, itu belum apa2 ikatan lagi, maaf...

    ibubapa pastinya tau yang terbaik buat anak mereka

    ReplyDelete
  9. setuju ngan AJ
    dalam apa jua keadaan kita nak restu mak dan ayah sbb kita juga akan ada anak dan kita juga akan jadi mak / bapak ...
    soo off course kita x nak anak2 kita melawan kata kan .. semua tuu akan berbalik ..
    kita kena ingat ..

    akak dulu pun sama AJ , kawin x dpt restu mak pada awalnya .. lepas dah pujuk , alhamdulillah mak setuju .. sbb pada akak , as parents bila anak kita nak bahagia , x kan kita nak doakan anak kita rosak binasa oleh kedegilan kita kan ..

    soo as parents doakan buat anak2 kita , bila dia benar2 berkehendak , kita doakan , bukan kita menyumpah .. itu memburukkan lagi keadaan .. semua berbalik pada diri kita kembali .. huhu
    semua perlu direnungkan ..
    insyaallah , allah berikan jalan ;)

    ReplyDelete
  10. thniah AJ, berkat sabar, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Abe setuju sangat dengan semua cara yg AJ kongsikan berdasarkan pengalaman AJ sendiri tu. Tu mmg yg sepatutnya. Once again, Tahniah.

    ReplyDelete
  11. kalau lah ada dikalangan blogger mempunyai masalah macam ni, nasihat pcl...cari org yg betul percaya utk bercerita , jgn guna BOMOH....biasalah org kita memang selalu kedengaran macam tu atas dasar dendam...kan !!

    ReplyDelete
  12. Aah kak @umi alya..
    benda ni jangan ikut hati...
    Kena fikir rasional....

    ReplyDelete
  13. Betul kak @ieda immi..
    mak bapak takkan nak tengok anak dia merana......
    lama-lama lembut jugak hati mereka.....

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Abe @Que Achmad...
    Alhamdulillah....
    Besar maknanya semua dugaan ni untuk AJ....
    Dari situ AJ belajar sabar....
    Alhamdulillah kesabaran tu ada ganjarannya..

    ReplyDelete
  15. Yang tu AJ pun bangkang @[PCL]...
    cetek sangat pemikiran kalau nak berbomoh2...
    benda ni kena hadapi dengan kesabaran dan ketenangan.....
    Ibubapa mana yang taknak tengok ank mereka bahagia..
    Lama kelamaan mereka sedar....

    ReplyDelete
  16. satu nasihat yang sangat bernas AJ...benda-benda macam nie memang makan masa sikit dan kesabaran itu sangat penting bagi menjayakan perhubungan nie..semoga mereka yang ade masalah yang sama dpt sedikit pengajaran dari tips AJ nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. @Azlan Strider, AJ dah lalui benda ni...
    Sebab tu AJ berani tulis...
    Kalau tak, tak tau macam mana perasaan nya bila terjerat dalam masalah ni....
    Dalam menangani benda ni...
    Memang kena sangat2 kuat dari segi mental dan fizikal...
    Alhamdulillah, Mr.JR, cousin2 dan kawan2 banyak bagi semangat dan nasihat kat AJ...
    kalau tak, tak tahu lah AJ mampu fikir secara waras atau tak....

    ReplyDelete
  18. Betol3.
    Restu ibu bapa tu penting jugak.
    Instinct dorg ni lebih kuat ^^

    ReplyDelete
  19. Betul @Yasmin Aris...
    Instinct diorang memang kuat....
    Kita kena bijak menilai la, pemikiran kita tak sama......

    ReplyDelete
  20. Very good sharing AJ :)
    Wahh sudah bertanya tu tak lama lgi dah tu. ehe

    ReplyDelete
  21. xtahu nak kata apa, sebab sebenarnya pangkal pada hatikan...

    kena byk2 berdoa...

    ReplyDelete
  22. harap2 shila hamzah baca entry ni kan AJ..hehe

    ReplyDelete