Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 21 February 2013

Amah Dibelasah Hingga Koma!


ASSALAMAUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau Jumaat lepas kita duk kata pasal amah lambung bayi..
Arini seorang amah dibelasah hingga koma...
Aduhhh... takutnya AJ dengar...
Tapi bukan majikan yang membelasah amah ni......
Penyamun....
Ya ampun kejamnya mereka...
Dahlah menyamun, belasah orang tanpa belas kasihan pulak lagi...
Takutnya dunia sekarang.......

Dibelasah Sehingga Koma

Kuantan: Seorang pembantu rumah kini bertarung dengan maut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dibelasah dengan kayu sepanjang satu meter hingga koma oleh seorang penyamun yang memecah masuk rumah majikannya di Lorong Sekilau 61, Taman Perdana, Jalan Haji Ahmad di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Bahriah Amaq Limah, 30, dari Lombok Tengah, Indonesia, parah di kepala, muka dan mata kanan akibat dihentak dengan kayu sebelum penyamun berkenaan melarikan diri bersama hasil rompakan dianggar bernilai RM7,000.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal berdua dengan ibu mentua majikannya yang berusia 70 tahun dan sedang melakukan rutin harian membersihkan bahagian atas rumah dua tingkat itu manakala warga emas berkenaan berada di dapur.


Majikan mangsa yang mahu dikenali sebagai Hee, 37, berkata wanita yang baru tiga bulan bekerja dengannya itu kini terlantar di ICU HTAA dan masih tidak sedarkan diri.

Foto
BAHRIAH kini terlantar di ICU.
Hee, seorang peniaga bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada ibu mentuanya memaklumkan kejadian berkenaan.

P/s : Kejam!!





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

41 comments:

  1. itulah orang tua tua selalu duk kata kerja tak mahu , berniaga air tepi jalan malu , tapi mencuri tak reti malu .. err..

    ReplyDelete
  2. Betul2 kejam....semoga penyamun tu dpt tertangkap dan mendpt hukuman setimpal...

    ReplyDelete
  3. kekejaman manusia memang tiada limit..sudah laa dapat merompak, sempat lagi belasah orang tak bersalam sampai koma..isk..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Sampai koma dikerjakannya..apala nak jadi dengan manusia skrg ni..

    ReplyDelete
  5. Buat malu mak bapak je orang macam ni @aQu Mad...

    ReplyDelete
  6. Tau takpe @Azlan Strider..
    Kau nak samun ke samun je la.....
    Geram betul..

    ReplyDelete
  7. Salam @Tinta Lana...
    Ni orang tak fikir panjang..
    Kalau kena batang idung sendiri baru tau...

    ReplyDelete
  8. ADUHAI MCM2 LA SKRG..KJA NK BLSAH ORG JA

    ReplyDelete
  9. ini lah akibatnya kalau pegangan agama tak kuat, asyik nak merompak jer, pastu pukul orang. lebih hormat dengan pengemis, sanggunp berlapar kalau takda duit...

    ReplyDelete
  10. penyamun mmg x kira mangsa. sape yg ade depan mata, abis dibelasahnya. takut kan zaman skang ni. org sanggup buat ape saja

    ReplyDelete
  11. ish seramnye tgk gmbr dia.. kesiannye.. dtg sini nk cari rezeki,tp dpt bencana mcm ni pulak...moga msh pjg lagi nyawanya...

    ReplyDelete
  12. ngeri la bnda2x ni...nk curik tu takyahla nk pkul2x org.manusia ni..pelbagai ragam...

    ReplyDelete
  13. Sokong sangat @Orga..
    Orang macam ni campak dalam hutan je bagi rimau makan....
    Tah2 rimau pun tak selera..

    ReplyDelete
  14. Tu la kak @Sue-Rya Qistina....
    Yang jadi mangsa orang tak bersalah...

    ReplyDelete
  15. ada amah jahat, kena penjara.. ada amah baik, kena belasah pulak.. adoihai kesian pulak tgk..

    ayu, i letak ayu dlm bloglist! ;)

    ReplyDelete
  16. Patut amah jahat tu yang kena belasah teruk macam ni kan @Hanida Moss...

    ReplyDelete
  17. semoga Allah beri balasan yang setimpal kepada penyamun2 tersebut

    ReplyDelete
  18. alamak cmna nk komen ni..ahha..mcm2 skrg ni...

    ReplyDelete
  19. Ya Allah..macam-macam !! takut laa sekarang ni...

    ReplyDelete
  20. as salam AJ,

    Kesian pulak bila baca kes ni....semoga beliau kembali sembuh sedia kala.

    ReplyDelete
  21. Ya Allah.. Sian nye die jadi mangsa. Mcm2 jenis msia la skang ni

    ReplyDelete
  22. fuhh..seriau tgl pic tu...
    teruk jugak tu...
    kesiannyaa...

    ReplyDelete
  23. Takut kan kak @izan mama mia..
    Selalu orang tak salah yang jadi mangsa...

    ReplyDelete
  24. naudzubillah..perkara mcm ni lah akak plg takut sekali sbg seorang suri rumah

    ReplyDelete
  25. Mudah2an perkara macam ni dijauhkan dari kita kak @N.Aima K...

    ReplyDelete