Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 15 January 2013

AWAS! Gores Dan Menang Cara Baru..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepatutnya AJ nak cerita pasal ni dalam 2 minggu lepas..
So bila dah ralit dengan benda lain.. Langsung AJ terlupa nak cerita....
Korang mesti biasa dengar pasal Sindiket Gores dan Menang kan??
Tapi sekarang ni diorang dah tak pakai lagi cara macam tu..
Tahun baru katanya kan.. Cara pun mestilah baru....


Kisahnya macam ni... 2 minggu lepas AJ ada pegi Tesco kat Scott Garden, Jalan Klang Lama...
Bila nak masuk je kat entrance Tesco tu, tetiba AJ ditahan 2 orang lelaki berbangsa Cina ni....
Dia kata nak bagi free gift sambil tu nak terangkan sikit apa yang diorang jual....
Nak beli atau tak, terpulanglah...
Disebabkan AJ takde rushing nak kemana-mana, AJ pun dengarlah penerangan diorang ni sekejap..
Tetiba dia bagi kupon minta mak dan AJ bukak..
Katanya manalah tau nanti tergerak hati nak beli barang diorang ke kan.....
Sebelum tu diorang ni jual dapur elektrik, microwave, periuk etc la....
Brand apa AJ tak ingat.. AJ ada jugak cari balik pamplet yang dia bagi tu.. Tapi tak jumpa.. Dah buang kot..
Berbalik pada isu kupon tadi....
Menurut orang tu, dalam kupon tu ada yang bagi diskaun 5%, 10% dan paling tinggi 15%...
Masa mak koyak kupon tu, dapatlah diskaun 5%.....
Dan masa AJ tetiba dapat kupon less 500... Eh mana datangnya ni???
Maka disitu bermulalah terkeluarnya ciri-ciri sama dengan taktik penipu gores dan menang...
Yang sorang ni buat-buat terpinga-pinga tanya kawan dia kenapa ada kupon tu sebab sepatutnya ada kupon diskaun 5,10 dan 15 % tu JE...
Then kawan dia tu pun berpura-pura sama...... Lepas tu dia cakap AJ layak dapat free gift merupa barangan  periuk tahan karat yang berharga RM1000++..
Lepas tu konon nak confirmkan balik, call manager nak tanya betul ke ada kupon less 500.....
Tetiba pulak bagi AJ lagi 1 barang..... Dapur elektrik tu...

Hasil google - Ni la menatang nya tu...

Then tanya lagi dengan manager kononnya tu..... Kemudian bagi pulak AJ microware....

Hasil google - Ni la menatang nya tu...

Hurmmmmm..... Sumthing fishyyyyyy.... Dah lah on the phone je dengan manager.....
Entah betul ke, entah tidak....
Lepas tu dia startlah mukadimah dia....
Katanya, nak semua tu AJ kena bayar........ Ehhh??
Ada ke AJ nak..????
Dia cakap la total semua barang tu dekat RM10,000.... Tapi AJ kena bayar RM2800 je....
Beria-ria duk pancing AJ suruh amik... AJ cakap taknak.....
Sebab AJ tak perlu pun semua tu dan AJ takde duit pun nak bayar..
Yang paling tak boleh blah siap suruh AJ buat loan dekat kaunter RHB sebelah tu.....
Siap nak tolong AJ lagi....
Kepala hotak kau!!!! Dari aku buat loan buta-buta untuk kelengkapan dapur kau tu, baik aku buat loan beli kereta atau rumah je kan.....
Haishhhhh......
Lepas tu AJ terus bangun dan cakap AJ memang taknak semua tu...
Kalaulah AJ ni jenis yang senang terpengaruh, maunya terbang duit RM2800 buta-buta macam tu je kan......
Fuuuuhhhhhhh.......
So kalau ada yang pancing nak bagi free gift ke apa, baik korang lupakan je hasrat nak berhenti tu..
Ada udang disebalik mee goreng basah je la tu.....

P/s : Sometime i look so naive...
But i'm not stupid to know that u're trying to cheat on me... =D

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

22 comments:

  1. modul operandi baru nampaknya... Tq sebab sharing

    ReplyDelete
  2. combi mmg xske saleman camnue..kalo kne kat combi ase nk lempang aje

    ReplyDelete
  3. Aah @the malay male....
    taktik baru.....
    Ayat memang manis gila...

    ReplyDelete
  4. Lempang je @combi...
    main paksa-paksa pulak...

    ReplyDelete
  5. aku pon penah kene tipu cmnie gak.. kat Tesco Kajang... 2 mamat kelantan. cara die pon same. blakon cam tkejut dapat voucher laen dari yang laen.. naseb tak amik.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Rasa company sama ni @azwanyrazak...
    Diorang target hypermarket pulak... =D

    ReplyDelete
  7. aah.. ni cara baru mereka.. saya pun penah kene gak

    ReplyDelete
  8. cara terbaru ni akan buat org lagi terpengaruhkan...

    sian pada yg tak tahu apa2....
    almaklumlah, skrang ni org byk dapat duit...dari situlah diorg amik kesempatan..!

    ReplyDelete
  9. Kalau orang yang senang makan kata-kata, memang terpengaruhlah @Cik Nur.....
    Ayat diorang... Aduhai...
    Dah orang tak nak siap offer simpankan barang tu sampai 2tahun lagi...... Tapi kene deposit rm50....
    Memang taklah....

    ReplyDelete
  10. Pernah terkena sekali kes macam ni, lepas ni sumpah tak percaya dah...memang penipu besar diaorang ni..

    ReplyDelete
  11. Dia memang cari peluang je nak kenakan orang macam kita @Fadilah Aziz.....

    ReplyDelete
  12. bijak..bijak diorang nie kan.. emmm.. sib baik jumpa orang yang lebih bijak dari dorang .. kalu tak hancus tuu... tahniah sebab dapat mengelakkan diri dari dorang tu..:D

    ReplyDelete
  13. hope xdk org melayu yg terkena..haha...bkn leh tgk hadiah sikit semua nk cuba...

    ReplyDelete
  14. ayu dgn mk pnh kna jgk mcm ni..last2 mk lyn smpai dorang pnt nk ckp..kahkahkah xbli pn last skli

    ReplyDelete
  15. Tu pun puas mengelak kak @Kakizan Omar..
    Kita pusing tang sini, dia pusing tang sana......
    Heheheheh..

    ReplyDelete
  16. Tu la masalahnya @hazwan hairy...
    dari yang akak nampaklah kan... targetnya orang2 kita... =(

    ReplyDelete
  17. Layankan je @are_lin@yu....
    Biar diorang rasa penat macam tu je..
    Hahhahaha..

    ReplyDelete
  18. pernah sekali..dia bagi sticker..MV tak ambil tp kakak ayu ambik...then dia panggil dengar penerangan tp MV terus jalan..boleh dia cakap mcm ni"kalau nda mau dengar jangan ambil sticker tue"..dan MV melangkah ke arah salesman tue dan terus campak sticker...lepas tue cakap kat dia"kau yg beriya2 suruh anak sa ambil tp lepas tue mau membebel..."

    ReplyDelete
  19. Memang patut pun @Mrs Velentine...
    padan muka salesman tu.....
    Dia yang pancing budak2 lepas tu nak salahkan kita pulak...

    ReplyDelete
  20. Tak serik2 dorang ni :) hrp tak de la yg tertipu.

    ReplyDelete
  21. Cara ni dah kantoi nanti @nanieybarnieylurviey, sure diorang akan cari cara lain....

    ReplyDelete