Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 31 December 2013

Durian Crepe Sedap Rupanya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dulu mase orang duk sibuk-sibuk pasal durian crepe, takde AJ heran de...
Penghujung 2013 barulah terhegeh-hegeh nak rase...
Tu pun tadi kawan AJ tunjuk tempat yang sedap....
Rase cream dengan durian seimbang je....
Ecewahhh!! Sembang macam dah 12 kali makan.....
Hehehehehehe.... =D

Tetibe kan, timbul 1 perasaan...
Ruginye la aku tak rase mase orang kecoh-kecoh pasal durian crepe ni...?
Kan dah ketinggalan....
Huhuhuhu.....


P/s : Selamat Tahun Baru!!!




Imbas Kembali 2013


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

2013 sudah hampir melabuhkan tirainya beberapa jam lagi......
Bila imbas kembali kan, banyak suka duka, airmata, kecewa yang berlaku sepanjang tahun...
Ecewahhhhh ayat kau!... Hehehhhe..
Semua orang pun macam tu kan........ =P

Dalam entri ni AJ nak imbas kembali sikit sebanyak bende yang best dan tak best dalam tahun 2013 ni....
AJ amik point-point je yang ada dalam blog ni....
Otak ni takdelah hebat sangat nak recall semua bende yang jadi setiap hari sepanjang tahun kan..... =D


Januari

1- AJ dapat rezeki baru setelah 2 tahun keje kat tempat lama.
2- Dapat riding shoes dari Mr.JR...

Februari

1- Ride ke Cameron Highland...
2- Berselisih faham dengan kawan baik AJ.... Tak penah dia marah lelama macam tu.
3- Al-Fatihah buat Blogger Bro Jejai...

Mac

1- Bestie AJ nikah.... Dalam duk teka-teki siapa kawen dulu setelah sekian lama, akhirnya baru dapat jawapan..
Kan betul, dia yang akan kawen dulu.....
2- Kucing AJ mati kat vet.... Dahlah mati, bil pulak mahal gile...

April

1- AJ bukak langkah pertama nak buat braces setelah bertahun simpan hasrat....
Baru buat appointment je...
2- Pegi vacation kat PD, tapi AJ rosakkan mood cuti semua orang....
AJ kene food poisoning di malam pertama cuti.... Penyudahnya second day tu tak dapat berjalan kemana sebab AJ kene tahan kat hospital 4 jam dari awal pagi....

Mei
(Bulan paling banyak dugaan)

1- First time dalam hidup AJ kena tahan wad....
Ingatkan kisah masuk hospital  ni dah tamat lepas balik bercuti.....
Rupanya tak, lepas 2 hari AJ kene masuk wad pulak selama 3 hari sebab tekanan darah rendah dan sel darah putih naik, selain "cerry berry" dan muntah-muntah...
2- AJ hilang keje gara-gara mulut puaka orang lain...
Kene fitnah baik punya!
3- Dapat Ipad Mini sebagai advance birthday present dari Mr.JR.....
Happynyaaaa.. =D
4- Kucing AJ pulak kene operate sebab baby dia mati dalam perut..
Nak menangis jugak rasanye...
Yelah, keje dahlah takde.....

Jun

1- Tetiap tahun special sebab bulan kelahiran AJ..
Bukan AJ je, Mr. JR pun berselang 2 hari je dengan tarikh birthday AJ...
2- Officially berbraces setelah 2 bulan menanti waiting list tu....
3- Buat surprise birthday untuk Mr.JR....
Fuhhhh.. Nasib menjadi.. =D

Julai
(Bulan Ramadhan tak banyak cerita)

1- Kali pertama AJ join event dengan blogger...
Majlis bukak puasa...
Itulah langkah pertama yang AJ untuk eratkan silaturahim dengan blogger lain....
selalu kat alam maya je kan......

Ogos

1- Raya paling tragedi sekali....
AJ nyaris nak buta gara-gara contact lens....
Nak cantik punya pasal, hambik kau.... Tu makan dia....

September 

1- Urap... Kucing baik yang selalu minta makan dekat family AJ..
Tetiba datang je kaki belakang tak boleh jalan....
Kacau bilau AJ bila tengok macam tu....
Bagai nak gila meminta ehsan sana sini untuk tanggung kos perubatan dia...

Oktober

1- Akhirnya Urap pergi juga...
Habis usaha AJ, maaf Urap kami tak dapat selamatkan Urap.....
Tak taulah siapa gerangannya yang pukul Urap sampai jadi macam tu....
2- Busy ikut event je...

November

1- Masih lagi tak keje, so aktiviti AJ kebanyakannya berjimba-jimba je....
  2-Akhir November ada berita baik!!!!
Alhamdulillah..

Disember 

1- Start keje dengan company baru setelah berbulan-bulan lamanya menganggur.....
2- Berita mengejutkan mengenai pemergian Blogger Shaharil Salman akibat kemalangan...
Dah 2 orang blogger yang AJ kenal dijemput Ilahi tahun ni.... Al-Fatihah...

Azam AJ dah tercapai ke belum ye???
Rasenya AJ tak berazam apa-apa pun untuk tahun ni...
Hehheheheheh...

Semoga tahun 2014 ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni...

P/s : Korang macam mana?

Al-Fatihah Blogger Shaharil.com


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam tadi AJ dapat khabar sedih dari Nizam Ijam......
Menurut Nizam, Blogger Shaharil Salman telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat langgar lari.....
Berita yang AJ terima ni sangat mengejutkan...
AJ takdelah rapat sangat dengan Allahyarham, tapi AJ penah berjumpa beliau buat pertama dan terakhir kali masa event Deepavali Petronas.....
Beliau ni cam agak malu-malu sikit masa jumpa kami, mungkin sebab first time jumpa kan..
Habis event tu, AJ selaku mastermind angkut sekali dia pegi karaoke...

Tak sangka semalam, dia dah pergi......
Padahal malam sebelum tu, AJ nampak kelibat dia dalam group chatting blogger.......

Al-Fatihah buat Allahyarham Shaharil Salman pemilik www.shaharil.com....
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan beriman........
Takziah buat keluarga beliau.....

Ini kali pertama AJ kenal dan kali terakhir jumpa Allahyarham.....

P/s : Mati itu pasti....

Monday, 30 December 2013

Smashing Scarves Untuk Penggemar Shawl!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penggemar shawl??
Hari  ni AJ nak cerita sikit mengenai Smashing Scarves..
Smashing Scarves ialah 1 online shop yang menjual pelbagai jenis shawl daripada pelbagai material..
Ada shawl dari fabrik Chiffon, Opal, Satin, Cotton dan sebagainya....

Koleksi shawl mereka sangat trendy dan juga selesa dipakai...
AJ sendiri berpeluang mencuba beberapa helai koleksi shawl mereka.....
Seriously design dan coraknya memang bersesuaian dengan semua peringkat umur....
Ianya juga sangat selesa, kainnya sejuk dan senang dibentuk.....
Part yang AJ paling suka bila kita pin, shawl tu tak tertarik... =D
AJ pun dah rambang mata dengan shawl yang dijual.....
Rase macam nak beli semua!

Jom tengok antara koleksi shawl yang terdapat di Smashing Scarves

Yang ini personal favourite AJ..
Warna merah dia memang menarik sangat pada mata AJ...







Haaaaaaa....
Memang cantiuk-cantik kan?????

Selain shawl, ade juga koleksi inner neck, inner neck silang macam dibawah ni....


Smashing Scarves juga menyediakan khidmat tempahan shawl dan veil untuk apa sahaja majlis mengikut citarasa dan bajet korang tau.....
Harganya juga berpatutan dan semuanya dibuat by hand.... =D

Bagi mereka yang berminat mendapatkan koleksi shawl mereka boleh layari :


P/s : Satu hari nanti..
Insyaallah......


Friday, 27 December 2013

Jom Ke Weekender Bazzar Esok!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Esok 28 Disember bertempat di SOHO KL, Mont Kiara akan berlansungnya majlis amal Weekender Bazaar bermula pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam bersempena musim cuti.....
Banyak barangan yang akan dijual disana....
Pre-loved, fashion, food, accessories dan lain-lain....
Siapa yang free esok boleh join AJ dan 4 orang lagi blogger disana....
Jom kita membeli sambil beramal sama-sama... =D


Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari :

Facebook : Weekender Bazaar
Instagram : WeekenderBazaar

Kalau korang join esok, jangan lupa hashtag #WeekenderBazaar okay....
See u there people!!!!!!

P/s : Super Duper Excited to SHOPPING!!!

AllDayMakan di Mukha Cafe, TTDI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rabu,18 Disember 2013 AJ berpeluang menghadiri private event AllDayMakan di Mukha Cafe, TTDI anjuran AllDay Media...
Event ini diadakan sebagai memperkenalkan AllDay Media kepada para blogger....
AllDay Media merupakan re-branding kepada Adverlets dengan strategi mereka tersendiri dan lebih menarik..
Pada acara tu, seramai lebih kurang 40 orang blogger dijemput memeriahkan majlis..
Dan AJ merupakan salah seorang jemputannya.. =D
Thanks Bro Framestone atas kesudian bro nak jemput AJ....

Pemilihan Mukha Cafe ini memang bersesuaian dengan majlis yang diadakan kerana tempatnya yang lebih santai serta makanannya yang sedap dan enak!
Seriously, rugi kalau korang tak cuba keenakkan makanannya nak pulak chips & gravy.... memang bertambah-tambahlah AJ kan... =P
Cara penyediaan makanan pun unik.. Penah makan dalam cawan???
Haaaa... Kat Mukha Cafe ni je la yang sediakan makanan dalam cawan...
Suasana cafe pun romantik je.... Dengan lightingnya yang suam-suam kuku dan decoration yang lain dari yang lain serta dipenuhi dengan barangan antik....

Kalau tak percaya korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni...


Pada yang bertemakan warna warni itu juga diadakan acara cabutan bertuah dan pakaian terbaik bagi lelaki dan perempuan.....
Tahniah kepada mereka yang bertuah.... =D
AJ macam biaselah, jarang-jarang nak dapat lucky draw ni.....
Dan paling best, semua yang terlibat dapat laptop skin dan mouse pad Ed Hardy.....
Terbaik wok!

Pemenang pakaian terbaik...

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman makan di Mukha Cafe kunjungi :

MUKHA CAFE TTDI 15,
Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

P/s : Sedap Tak Terkata!

Thursday, 26 December 2013

Seiras Nabila Huda??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mase nak turun makan tadi, nampak orang shooting...
AJ tak perasan pun sape pelakonnya...
Malas nak busybody.... Perut pun dah berlagu riang kan...

Balik dari lunch, group shooting tu still ade lagi....
AJ toleh je, ternampaklah pelakon yang AJ suka sangat, sangat dan sangat....
NABILA HUDA!!!
AJ ape lagi, taknak la lepaskan peluang bergambar kan.....
Dulu penah jumpe sekali masa AJ shooting program platun Astro....
Tapi tak sempat pun nak amik gambar...
Sebab AJ busy gile untuk program tu kan.....
Akhirnya dapat jugak bergambar dengan dia...


Ehhh???!!!
Ade yang tegur cakap muka kami ni iras-iras....
Betul ke Bohong????? =P
Memang dari dulu selalu orang tegur...
Tapi AJ rase, Nabila Huda extra cantik kot...
Opsssss... Terkembang pulak!!!
Hehehehehhe...
Lagi 1, dia nampak tinggi gile sebab pakai heels tau....
Dia pun lebih kurang tunggi AJ je..... =D

"I don't care about her look, what she wear, what she have done, her attitude etc....
I just love HER....
She's very-very talented..."

P/s : Ade yang jeles ke??? =P

Monday, 23 December 2013

Hilang? Oh Tidak!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah seminggu rasenye AJ tak update blog....
Bukan hilang, tapi sibuk sikit....
Kat ofis sibuk duk kejar dateline untuk closing...
Lepas keje dan hujung minggu pulak, AJ sibuk kesana kemari....
Nak pulak AJ terlibat dengan Overlander Bike Gathering 2 minggu lepas dan Kuala Lumpur Bike Week minggu lepas.....
Ni pun ade hutang 2 event dengan blogger yang AJ tak update lagi...
Yang bike week tu apatah lagi..
Hahahahahaha.....
Ni pun dah tak berapa sibuk kat ofis, so AJ update sikit...
Oh tidak!!! AJ tak hilang tau....
Okaylah, nanti AJ try curi masa update ape yang patut.....

Nah amik seketul pic tuan tanah....
Hikhikhik..
MOTIFFF??!!!!! =P


P/s : Gedik Santai sekejap =D


Monday, 16 December 2013

Episod Lemau!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi Isnin memang ramai yang lemau kan....
Tapi arini AJ lagi lemau....
Weekend lepas AJ kat Melaka ade event Overlander Bike Gathering.....
Memang penat sangat..... Siang panas terik sangat Dataran Ayer Keroh tu.....
Petang pulak tetibe hujan selebat-lebatnya.....
Letih wooo badan.......
Nak pulak AJ travel naik motor.....

Pagi ni pulak masuk ofis, takde elektrik pulak....
Bile dah okay, server pulak down....
AJ yang lemau ni memang bertambah-tambah lemau la kan.....
Mate pun layu dan merah menyala je.....
Sekarang ni bile server dah okay, AJ pulak dah start malas.....
Haaaa...... Acaner???
Memang tak jalan la keje jawabnye...
Closing date dah dekat weh....
Nasib orang baru kat sini.....

Okaylah, nak lari pegi lunch la....
Laparrrrrrrrrr...

P/s : Rase nak balik tidur!!!!

Friday, 13 December 2013

Powerbank Punya Cerita!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni, pegi mane-mane je mesti nampak orang bawak powerbank....
Dah macam 1 keperluan pulak powerbank ni....
Kalau orang spesis macam AJ ni, memang AJ akui powerbank tu memang berkepentingan....
Gile tak penting??? Henpon tak lekang dari tangan...
Bak kate parents dengan adik beradik AJ, henpon tu macam dah dijahit kat tangan....
Data pun ON 24 jam kan.......
Bile dah macam tu, bateri pun confirmlah cepat je turun....

Pada masa ni je, AJ dah ade 3 powerbank yang diusung kemane je.....
Kalau tak ade 4, tapi 1 tu dah kene kencing dengan kucing...
Hehehhehe....
Nasib yang 5200mAh je yang dikencing tu.... =P
Powerbank memang my life saver la...
Kalau takde or bateri powerbank AJ abis, resah hidup...
Rase macam ade yang tak kene je....
Punya besarnye pengaruh powerbank tu dalam hidup AJ ni kan.....


Gambar atas ni antara powerbank yang AJ gune.....

Yang Pisen tu, AJ dapat free masa event Trend Micro....
Yang Yoobao tu Mr.JR belikan masa powerbank lame AJ tu kene kencing....
Tapi tak best sangat sebab name je 13000mAh, performance macam 5000mAh je....
Kadang sekali je boleh charge!
Yang paling latest Pineng 11200mAh, boleh charge 3 - 4 kali full charge!

Dah alang-alang duk cerita pasal powerbank ni, AJ nak bagitau ni...
AJ ADE JUAL POWERBANK PINENG....
Yang ni memang ORIGINAL dengan warranty setahun....
Harganya RM 150 + free pouch untuk letak powerbank tu nanti.....
Postage RM 6 bagi Semenanjung Malaysia, RM 10 bagi Sabah dan Sarawak.....



Kalau korang berminat, boleh contact AJ thru email ayuejean@gmail.com
PM melalui Facebook atau Twitter...

P/s : Sempat kan nak promo =D

Wednesday, 11 December 2013

RSMY : Cheese Naan Terbaik


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa penggemar Cheese Naan??
Malam ni AJ nak share 1 restoran Cheese Naan best in town punya....
RSMY Cheese Naan Terbaik, Marvelous, Tip Top dan Meletop!
Haaaaaa... Memang best gile la pendek cite... =D
Sekali kena pasti nak lagi.......
Dah lama dah AJ nak share dengan korang sebenarnya, tapi asik lupe je.....
Memang dari dulu lagi restoran ni dah jadi salah 1 tempat favourite AJ.....
Even sekarang pun ade kat sini untuk kali kedua minggu ni... =P

Restoran ni name nye RSMY.....
Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)..
Landmark dia berhadapan dengan maju junction sederet restoran/hotel Lotus....
Kedai dia ni kat dalam sikit, tapi senang je nak cari....
Cheese Naan dia, memang terbaik terangkat wa baq ang.....
Takde lagi la kedai yang boleh lawan cheese naan RSMY ni......
Harganya memang agak mahal sikitlah nak dibandingkan dengan kedai lain....
Tapi berbaloi la dengan apa yang kita dapat.....
Cheese pun banyak, rasa dia pun memang umpphhhh....!!!
Kawan-kawan yang AJ bawak makan kat sini, semuanya datang balik....
Takde lagi la yang tak berpuas hati dengan harga yang diorang bayar....

Cite banyak pun tak gune kan...
Apa kate korang try sendiri....
Kalau yang ade kat luar KL tu, bile datang sini cubelah!

Sebelum korang nak pegi cube tu, meh layan seketul 2 gambar...
Kasi bakar line sikit...
Jemput makan semua..... =D



Terliur kan kan kan????
So ape lagi... Silalah serbu... =D

RSMY
House of Real Beriani
No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26970700 , 03-26971700 

Dijamin berpuas hati....
Sekarang ni rase macam dah tak larat pulak nak berjalan...
Huhuhuuhuhuhu....

P/s : Kenyang tahap gaban dah ni....
Alhamdulillah....

20 Tahun Highland Tower Menyembah Bumi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 11 Disember 2013, genap 20 tahun Highland Tower menyembah bumi....
Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang Selangor ini mengorbankan 48 nyawa apabila 1 daripada 3 blok nya tumbang ada tahun 1993....


Kejadian ini merupakan kejadian runtuhan bangunan yang pertama di Malaysia dan terburuk pada masa itu...
Runtuhan ini dikatakan berlaku akibat hujan yang berterusan menyebabkan tanah runtuh selain sistem saliran yang tidak sempurna...
Bermula dari pergerakan tanah yang menghentam tembok tempat letak kereta, tanah runtuh yang berlumpur itu juga telah meruntuhkan blok 1 pangsapuri mewah Highland Tower pada pukul 1.35 petang....
Mangsa yang terkorban terdiri daripada rakyat Malaysia serta 12 orang warganegara asing...

Usaha menyelamat dijalankan dengan bantuan dari pasukan penyelamat dari negara luar seperti Singapura, Perancis, Jepun, United Kingdom dan United States...
Dalam kejadian tersebut, hanya 2 orang mangsa disahkan terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan pengasuhnya....
Rakyat Jepun yang ditemui masih hidup ketika itu pula, disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 12 tengah malam.....
Manakala penghuni blok 2 dan 3 diarahkan berpindah serta merta...

Semasa kejadian runtuhan Highland Tower

Kini 20 tahun sudah berlalu, Highland Tower yang dahulunya cukup gah hanya tinggal sejarah dan ditumbuhi semak samun.....

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai tragedi ni, korang search je history channel Highland Tower..
Nanti ade 1 dokumentari penuh dan pengalaman penghuni blok lain....
Dah berkali-kali AJ tengok tau...

P/s : Sampai sekarang orang masih ingat Tragedi Highland Tower ye....