Click to Follow...

Friday, 30 November 2012

Goodbye Anonymous!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya di pagi Jumaat penghulu segala hari ni, AJ ucapkan selamat tinggal kepada pengomen yang bergelar Anonymous........ =D
Sebabnya lately ni banyak pula spam-spam dari Mr dan Mrs Anonymous ni.....
Dan ada pulak yang buat lawak kelakar seram.....
Pegi type komen lucah yang sememangnya takde kena mengena dengan topik......
Tak tau lah tak cukup akal ke apa.......
Setelah AJ fikir-fikirkan, takpelah Mr dan Mrs Anonymous......
Sampai sini saja hubungan anda dengan blog AJ....
Buat penat je type komen panjang-panjang kan...... =P
Mana blogger yang tak letak setting "moderate comment" tu, baiklah buat.......
Kita bukan 24jam menghadap blogkan??
Mana tau time kita tidur tu ada yang buat onar kat comment box......
Naya je.... =D
AJ sendiri tak sanggup nak print screen komen kelakar seram si Anonymous yang AJ dapat tu.....
Buang masa AJ je...... Hahahahahahaha.......


P/s : Mr dan Mrs Anonymous, till we meet again.......
See u when i see u... =P

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 29 November 2012

Terima Kasih CikRongoks!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay banyak pulak masa AJ tak buat keje hari ni kan....
Entah kenapanya lembab je keje berjalan... =P
Hahahhahahah...... Tapi takpelah, janji still berjalan kannnn..... 

AJ nak ucap terima kasih kepada CikRongoks sebab bagi AJ bookmark dan pocket calendar tu....
Actually, AJ ada join lucky draw yang dia buat tempoh hari....
Tapi AJ bukanlah salah seorang yang bertuah........
Alih-alih dapat sampul surat yang berisi 2 bende tu......
Waaaaahhhhhhhh... Tak sangka dapat jugak......
Alhamdulillah... Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas (macam hari raya pulak) tu ye......
AJ hargai sangat-sangat... =D


Suka ayat kat bookmark tu...
"Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki....
Jangan pinggirkan ALLAH,
kerana Dia yang mengurniakan RASA CINTA"
Very Motivated....

P/s : Alhamdulillah... =D

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Jejai Kantoi!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hai lah Abang Jejai..... Ku sangkakan bujang.... Rupanya berbini kau ye Abang Jejai.....
Haaaaaaa..... Ini bukan Jejai suami Fasha Sandha tu ye.....
Ini kisah Abang "Jejai" yang berjiran dengan building lama ofis AJ......
Macam mana dapat nama Jejai pun entahlah...
Rasanya masa tu sibuk pasal majlis kawen Fasha Sandha...
So melekatlah nama tu...
Abang Jejai ni selalu intai ofis kami...
Al-maklum ofis lama dulu takde privasi.... Dinding kaca tak ber"tinted" lagi....
Sesiapa lalu kat luar ofis tu memang nampaklah segala aktiviti kami kat dalam ofis.....
Mula-mula tak perasan sangat kelibat Abang Jejai ni...
Tiba-tiba kawan AJ yang duduk mengadap dinding kaca tu tegur.....
Memang betullah, everytime dia lalu mesti intai kat dalam ofis kami....
1 hari ni Abang Jejai bukak langkah, dia pas namecard kat salah seorang ofismate minta bagi kat orang yang diintainya tu...
Kami ni kan kategori Kak Nam, buat kaji selidiklah.....
Habis segala laman sosial kami cari.....
Tup tup terjumpalah profile dia.... Gambar profile tu ada dia sedang memeluk bahu seorang wanita....
Mestilah isteri kan... takkan adik kot....... =P
Tapi kami takdelah add dia pun, tak kuasa i nyah!!!
Katanya dia nak pindah ofis dah.... So suruh si gadis email sebab hari tu last day kat sana.....
Yang dapat namecard tu pun email Abang Jejai... Saja nak uji....
Ohhhh... Abang Jejai "bujang" ye.......
Rajin Abang Jejai email cakap pegi outstationlah....... Itulah, inilah..
Tapi tang berbini, tak pernah pulak cakap..... 

Nak dijadikan cerita hari tu kawan AJ tu terserempaklah dengan Abang Jejai......
Hatinya terdetik, rasa memang tu Abang Jejai....
Terkejut Abang Jejai...... Sebab masa tu Abang Jejai tengah jalan dengan bini......
Opssssssss.......... KANTOI sudah!!!!!!!
Few days lepas tu Abang Jejai hantar email....
Haikkk???? Depan-depan takmo tegur pulak...... Kenapa ye???
Takpelah Abang Jejai.... Kami ni sebenarnya lama dah tau yang Abang Jejai ni "bujang" trang tang tang....... =P
So tak payahlah nak terkedu sangat ye.......


P/s : Dah berbini, buat cara dah berbini ye.... =D
Pandai Abang jejai BERGURAU... =P




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Terima Kasih Abang Eq!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ balik keje abah ada bagi surat cinta warna kuning......
AJ terus senyum lebar......
Sebab tu lah benda yang AJ tengah nanti-nantikan...... =D
Sebelum masuk ofis pagi tadi, AJ singgah post office dulu......
Excited punya pasal.... Sampai terlambat masuk ofis..... Hahahhahahah...... =P
Nasib baik dah inform kat Boss awal-awal.......
Masuk ofis, bukak sampul.....

TADDDDDDAAAAAAAAAA
......................
.................
...........
......
..
.




Finally, sampai jugak Limited Edition Perfume (Miniature) DKNY Golden Delicious yang AJ menang dari  "Happy Birthday Giveaway"  by Abang Eq tu........
Terima kasih Abang Eq......
Alhamdulillah, 1st time ni... Tu yang over excited... =P

P/s : Senyum Sampai Ponytail... =D

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Hazwani Syamimi III vs. @Azrie_Vexx



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam tadi bila Pasukan Harimau Malaya menang 4-1 ke atas Laos, kecoh 1 Malaysia....
Bukannya kecoh pasal kemenangan... Tapi kecoh pasal benda lain....
Jika sebelum ni rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan berani mati Johari Pain semasa kemenangan Pandelela Rinong semasa sukan Olimpik 2012...
Kali ni kita dikejutkan dengan kenyataan Hazwani Syamimi III yang ingin berbogel di depan Pavilion di dalam facebook dan @Azrie_Vexx yang nak memotong anunya di twitter....
Aduh... Macam-macam ragam mereka ni...
Tak ambik ikhtibar ke dari kes yang lepas-lepas??
Yang syoknya, lepas pasukan Harimau Malaya menang, dan-dan cakap akaun kena hacked???
Aik??? Sebelum game tu start, taknak pulak cakap kena hacked...
Bila dah confirm menang pulak kata kena hacked....
Lepas je game, AJ tengok teruk budak 2 orang ni kena hentam....
Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada...
Tu lah.... Kata orang, cakap siang pandang-pandang... Cakap malam dengar-dengar...
Ni bila dah terlepas cakap???
Apa pun tak dapat.... Solutionnya, minta maaf secara terbuka je la ye....
Kalau betul kena hacked, buat aduan kepada pihak yang sepatutnya supaya tindakan lanjut boleh diambil...
Rasanya boleh rujuk Suruhanjaya Komunikasi untuk dapatkan detail dari mana puncanya....
Rasanya lama dah duduk kat Malaysia kan???
Takkan tak tau betapa sensitifnya rakyat Malaysia berkaitan isu-isu panas macam ni....
Kan dah tak pasal jadi "HOT STUFF"...
Kalau tujuan asal memang nak famous, TAHNIAH lah korang ye....
Dengan segera dah famous... =D
Dah.... AJ taknak komen panjang-panjang...
Sendiri mau ingatlah ye.... =P


P/s : Elok sangat... Sorang nak bogel, sorang nak kerat anu....
Hehehhhhheheh...
Duniawi oh Duniawi...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 28 November 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah-tengah blogwalking, ternampak GA ni...
Menarik jugak...
So AJ pun nak cuba nasib join GA ni......
Manalah tau kalau rezeki berpihak kat AJ... =D



P/s : Gudluck for ME... =D

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

WW #16 : Cinta Anjing dan Kucing



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila kucing cakap......



Anjing balas......



SWEET sangat kan????

P/s : Bila ada gaduh,  bila takde rindu.....
ACANE tu???? =P

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 27 November 2012

Kek Baran...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pernah dengar kek baran????
Mesti tak penah dengar kan... Ingatkan manusia je yang baran.... Kek pun ada yang baran......
Nak buat kek baran ni senang je....... Adunkan je semua bahan yang AJ senaraikan kat bawah ni....

Bahan-bahannya :
Tepung Gandum
Gula Kastor
Esen Vanilla
Serbuk Koko
Mentega
Coklat Chip

dan bahan paling penting

PERASAAN MARAH!!!!

Al-kisahnya... Malam tadi memang mood AJ nak buat kek tu sangat membuak-buak......
Lepas tu AJ keluarkanlah bahan-bahan nak buat kek....
Tengah-tengah adun bahan segala, tetiba cari pengayak tepung takde pulak....
Puas AJ cari, tapi tak jumpa....
Kat situ AJ dah start baran dah.. Mana tak nya, alih sana sini lepas tu bila tanya semua tak tau.....
Tapi takpelah, benda kecik je..... 
AJ teruskan jugak semangat nak buat kek tu........
Lepas tu ada pulak umat manusia yang bagi AJ hangin satu badan......
Memang time tu AJ dah start baran tahap maksimum dah...... Makanya, AJ sumbat segala bahan kek tu tak ikut adunan...
Tapi ikut suka...... Bengang gila AJ masa tu...
Elok mood AJ baik, senang-senang hati orang tu je nak bagi AJ naik angin...
Memang mendapatlah.....
Terus kek AJ buat tu tak jadi kek yang sepatutnya....
Terus jadi KEK BARAN...
Sebabnya?????? Dibuat dalam keadaan marah, bengang, geram semua perasaan ada.....
So lepaslah segala perasaan kat kek.......
Entah apa rasa lah kek AJ tu, tak tahulah.....
Tapi masa AJ tengah bakar kek tu, AJ tengok kucing AJ sedap je jilat lebihan-lebihan kek dalam mangkuk adunan yang AJ letak atas meja tu.... =D

Kek ni sopek sikit sebab AJ tikam dengan garfu masa nak check dah cukup masak ke belum...
Pastu robek sikit masuk mulut... =P



Bila AJ potong, semua coklat mendap belah bawah kek tu.... =(

Nilah hasil KEK BARAN AJ....
Nampak sangat tak menyelerakan hokayh..!
Ingat nak buat topping ala-ala pavlova....
Tapi baran punya pasal, terus jadi macam kek gula hangus... Rasa dia pun lebih kurang...
Chehhh... Rosak kek haku!!!


P/s : Lain kali jangan suka bagi SPOIL MOOD orang......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 26 November 2012

Cuti Panjang...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lamanya AJ tak bercuti lama-lama....
Berjalan-jalan kat pantai ke, kat mana-mana pulau ke untuk beberapa hari....
Alangkah indahnya dunia jika dapat lari dari kesibukan kota ni sekejap....
Tapi itulah... AJ sendiri tak tau bila AJ dapat bercuti....
Hari tu AJ memang dah plan baiknya....
Tapi keadaan tak mengizinkan pulak...
Kucing AJ pulak admitted....
So nak taknak,  AJ kena tarik diri secara "rela terpaksa" dari percutian tu.......
Kalau join pun tak syok jugak....
Sebab dalam kepala sure duk fikir berapa kos perubatan dan keadaan dia kan???
Tengok-tengok kalendar, takde pulak public holiday yang lama sikit.....
Krismas pun jatuh hari Selasa.....
Kalau nak pegi time Krismas tu pun tak best jugak....
Mr. JR beraya kot.... Confirm dia tak join kalau plan during Krismas...
Annual Leave berlambak lagi ni....... Bila ye nak bercuti........
Lepas tu mana ye nak pegi????
Kengkawan plan nak ke Penang.... Patutnya awal Disember... Tapi kena cancel sebab sorang tu nak bertunang pulak tarikh tu......
Dan tarikh tu clash dengan senarai "Wedding WAJIB Attend" pulak....
Nampaknya....... Plan percutian AJ kena tunda tahun depanlah.....
Nasiblah kat sini AL boleh carry forward... Jadi tiadalah pembaziran hari dan cuti.....
Takkan nak amik AL hanya untuk duduk diam kat rumah....
Ohhhhh..... TIDAK!!!!!!!!!!!!!!
Mimpi ngeri kot.... =P




P/s : Cuti-cuti......
AJ nak cuti...
Otak dah tepu...... =P

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Hari Bahagia Kak Leeza dan Azrul -241112-


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 24 November 2012 merupakan hari bahagia buat Kak Leeza dan Azrul...
Alhamdulillah setelah sekian lama, berakhir sudah pencarian cinta beliau......
Tahniah Azrul kerana berjaya menambat hati Kak Leeza..... =D Jaga dia elok-elok tau....
Semoga hubungan kalian sebagai suami dan isteri berkekalan sehingga ke akhir hayat....
AJ tumpang bahagia tengok kebahagian korang.......
Cepat-cepat dapatkan baby okay..... 

Seperti yang dijanjikan, AJ kongsikan sikit gambar-gambar masa kat majlis pernikahan dan persandingan Kak Leeza dan Azrul.....
Tapi sedih sikit.... Kitorang tak cukup kroni....
Patutnya geng pink tu ramai...
Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami tak dapat berkumpul sekali semua dalam 1 masa.....
Hopefully masa wedding Kak Leenda nanti, kita semua dapat berkumpul reramai dalam 1 masa.... =D











Sumber : Gambar AJ sendiri dan kawan-kawan........
Seperti biasa, gambar kami je lagi banyak dari gambar pengantin.... =P

Disebabkan ada yang bertanya kat comment box, AJ bagitau siap-siap..... =D
Gambar AJ pakai tudung tu, diambil masa majlis nikah kat Masjid Besi pagi tu......

P/s : Alhamdulillah, sorang lagi geng AJ dah selamat bergelar isteri......
Next turn Kak Leenda pulak......
After that????? =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 24 November 2012

Tragedi Di Putrajaya



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu 24 November 2012, memang hari yang betul-betul tragedi....
Putrajaya memang dari dulu merupakan satu tempat yang selalu buat AJ hilang arah...
Tapi hari ni bukan setakat hilang arah, drama swasta pun jadi.....
AJ ke sana untuk mengiring majlis pernikahan dan perkahwinan Kak Leeza....
Sepatutnya AJ ditemani Mr. JR, tapi on the very last minute AL dia decline....
AJ memang kena pegi jugak memandangkan pengantin dah sponsor kain untuk buat baju pengiring tu....
Pagi tadi pulak hujan turun dengan selebat-lebatnya...
Nak taknak AJ redah jugak hujan tu....
Sampai KL Sentral, AJ beli tiket ERL for the very 1st time....
Selama ni memang AJ tak penah naik mende alah tu pun...
Memang nasib malang kot.... ERL pulak delay sebab keje-keje penyelengaraan.....
Ya ampun.... Dah nak nangis dah rasa..
Almost pukul 9 dah kot.... Kawan AJ pulak bernikah 9 pagi tu.......
Sampai je kat Putrajaya Sentral, AJ dah tak tau mana nak tuju.....
Nak tanya orang pun, takde sesiapa...
AJ tak tau mana tempat nak amik teksi atau bas kat situ....
Bila AJ jalan keluar, nampak bus stop....
Okay lega sikit, atleast dah tau mana tempat nak dituju....
Tapi entah mana silapnya, AJ tak nampak seorang umat manusia pun kat situ untuk AJ tanya jalan.....
Sekali tengok jam dah almost 40 minute AJ stuck kat situ rupanya....
Selama tu jugak semua teksi yang AJ tahan taknak berhenti...
Akhirnya time tu jugak airmata AJ berjurai turun selebat hujan pagi....
Entah macam mana, ada sorang ni terperasan AJ kat situ....
AJ dah tak tau nak fikir apa masa tu... Dengan airmata yang tak reti nak berhenti tu AJ cakap kat dia apa yang tengah jadi bila dia bertanya...
Dialah yang tolong AJ ke masjid pagi tu....
Nasib baik dia betul-betul ikhlas tolong AJ...
Disebabkan dia naik motor, dia call kawan dia suruh hantarkan AJ....
Tapi AJ ralat sangat.... AJ punyalah kalut sampai tak sempat langsung nak tanya nama or amik nombor telefon dia...
Bukan nak menggatal, tapi nak say thanks sebab tolong AJ.....
Nasib masa sampai masjid, kawan AJ belum nikah  lagi even AJ sampai 1jam lambat....
Nampak kawan-kawan lain kat situ, terus AJ menangis lagi sekali....
Memang pagi ni tragedi dan drama sungguh.....


Nanti AJ update story dengan gambar kat majlis Kak Leeza....
Tunggu diorang upload kat Fb...
AJ tak snap pic sangat pun... Sebab busy camwhoring dengan gadis-gadis... =P


P/s : Lepas ni macam mana pun, AJ akan minta sesiapa teman pegi Putrajaya even naik kereta pun... SERIK!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 23 November 2012

Jangan Kongsi!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kadang-kadang dalam melayari dunia maya ni...
Kita selalu alpa......
Apa yang tak sepatutnya, kita kongsikan........
Sedar tak tindakan ni boleh mengundang bahaya kepada diri kita??

AJ kongsikan sedikit antara benda yang tak sepatutnya kita kongsikan di alam maya.....
Tak kisahlah Facebook ke, Twitter ke, Blog ke, etc....
Manalah tau kalau-kalau ada yang tak sengaja "ter"kongsi maklumat tersebut...
Bolehlah dipadamkan sebelum terlalu lambat kan....



ALAMAT
- Tak salah nak bagitau lokasi kita... Bagi yang  general je okay...
Janganlah sampai alamat penuh dengan no rumah, lorong dan siap poskod lagi......
Dalam dunia maya ni, memang bukan semua orang kita kenal...
Mana tau perompak ke, penyamun ke ataupun perogol bersiri....
Tak pasal-pasal kita jadi sasaran seterusnya.....
Nak-nak bila kita siap update status "Bercuti 13 bulan, tinggallah rumahku, syurgaku..."
13 bulan kemudian, tinggal tapak rumah je..... =P

NOMBOR TELEFON
- AJ perhatikan ada yang letakkan nombor telefon di laman sosial.....
Lepas tu bila kena gangguan seksual menerusi telefon, tak suka kan....
Padahal tu semua jadi sebab kita sendiri yang paparkan nombor telefon.....
Kalau ye pun nak bagi nombor telefon kat kawan-kawan, cubalah inbox je.......
Bukankah lebih selamat...

NOMBOR KAD PENGENALAN
- Mungkin jarang terjadi.....
Tapi ada juga yang secara tak sengaja terpaparkan nombor pengenalan diri......
Misalnya, baru buat ic lepas tu snap pic then upload.....
Boleh je nak upload... Tapi editlah dulu siap-siap....
Tanpa sedar kita terdedah kepada anasir-anasir tak baik....
Orang salah guna identiti ke, apa ke.....

GAMBAR TERLAMPAU
- Kita memang tak upload gambar bogel........
Tapi upload gambar yang seksi-seksi.....
Lepas tu senang-senang je nak kena "super impose"
Tak pasal dari gambar terlampau, terus dapat aib melampau......

STATUS BERSIFAT PERIBADI
- Eh???? Status pun tak boleh kongsi ke????
Status korang, korang punya pasallah kan.....
Tapi..... Tolonglah jangan keluarkan status bersifat peribadi ataupun status yang boleh mencetuskan kontroversi....
Contohnya, bergaduh dengan pasangan....
Ini memudahkan orang lain mengambil kesempatan atas perhubungan kalian.....
Rasanya kalau ada masalah, eloklah diselesaikan di luar halaman maya ye... =D
Ataupun, agama/kaum ni bla bla bla.....
Kontroversi tu beb........ Silap-silap sebab status, nyawa melayang wehhh......

Rasanya, ni je lah yang AJ dapat kongsikan.....
Cuba semak balik, ada tak yang terpampang di alam maya ni??

P/s : Alam Maya kadang membahayakan.... =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Dah Jumaat??? Tak Sabarnya!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat....
Minggu ni AJ rasa berlalu dengan sangat pantas....
Mungkin sebab minggu ni AJ keje 3 hari je kot....
Heheheheheh.....
Atau mungkin sebab esok adalah hari yang AJ nanti-nantikan???
Tak sabar rasanya nak bersua muka dengan kawan-kawan AJ....
Rindunya pada mereka bukan kepalang....
Semenjak AJ tinggalkan dunia paintball, AJ dah jarang sangat dapat jumpa diorang...
Kalau tak boleh dikatakan almost every week mesti jumpa...
Seingat AJ, last kitaorang jumpa masa wedding Lin kat Ipoh bulan Jun hari tu...
Lama jugak ek.....
Dan esok kami akan bertemu lagi di majlis Kak Leeza....
Wahhhhhhhh..... Tak sabarnya....!!!
Cepatlah hari ini berlalu....



P/s : Esok masing-masing berbaju baru...
Termasuklah Mr. JR.... =D
Oh no!!!! Mr. JR ade songkok ke tak ek??



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 22 November 2012

Carl's JR Dengan Mr. JR ♥...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Balik keje tadi, AJ dan Encik Sayang merangkap Mr. JR kononnya nak tengok movie....
Tapi macam biasalah.... Dah sampai kaunter mesti tak jadi tengok....
Sebab tinggal seat depan je.... Tak lalu lah nak tengok movie mendongak...
So kami decide untuk makan je la......
Restoran pilihan kami kali ni Carl's JR....
Ni 1st time kot AJ makan mende alah ni... Si Dia pun sama...
So AJ makan Mushroom burger.....
Si Dia pulak makan Double mende tah.... AJ pun tak hafal sangat nama menunya....
Kalau menu McDonald's or KFC hafal lah.... =P
Rasa dia, not bad....
Padanlah dengan harganya kan.....
Lepas tu yang bestnya, air dia boleh refill.....
Tak kisahlah air apa pun yang korang nak....
Siap plan dengan Mr. JR lagi, next visit kat situ nak makan apa pulak... 
Ada-ada je budak dua orang ni kalau bab makan.... Huhuhuhu...
Lepas makan singgah arcade jap main game sedas dua....
Hehehehehe.... Tak padan dengan perut sengkaknya, gigih nak berjalan lagi.....
Apa pun memang puas hatilah makan Carl's JR....
Portion dia sesuailah untuk si kuat makan macam AJ ni.... =D
Sekarang ni AJ rasa macam nak memuntahkan segala isi perut..
Itulah.... Orang cakap berhenti sebelum kenyang....
AJ pulak makan macam tak kenyang-kenyang...
Memang mendapatlah kannnnnn.....
Padan muka AJ.....


Yummy..... Having Carl's JR with My ♥, Mr. JR....

P/s : Movie??? Next time lagi lah gamaknya.... =P
As usual lah kan.....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Plan Tergendala di Jiran's Cafe...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam hari kedua AJ tak pegi keje.....
1st day tu memang MC sebab AJ pegi cabut gigi.....
Lepas tu yang semalam abah keluar titah.... "Dik, esok tak payah pegi keje lah....."
So AJ senyum lebar je la....Hahahahahahha... =D
Hephephep.... jangan lawan cakap bapak...... Tak baik okay.... =P
So semalam pun memang Si Dia cuti, so AJ pun keluarlah dengan dia.....
Mula-mula, plannya nak makan.. Then tengok wayang....
Semalam tengah-tengah makan, hujan turun dengan selebat-lebatnya......
Sampai 3 kali kami kena pindah meja sebab tempias hujan tu dan angin yang kuat.....
Nasiblah tak terbang makanan kami....
Lama jugaklah kami tersadai kat Jiran's Cafe tu...
After hujan dah berhenti, kami pun menuju ke KLCC.......
Ya ampun, jalan punyalah jem........ So plan nak tengok movie terus tergendala......
Kalau teruskan jugak, tak taulah pukul berapa pulak baru ada tayangan cerita yang kami nak tengok tu.....
Nasib baik tak beli tiket online.... Kalau tidak memang membazir macam tu je la....
Penyudahnya, kami pusing-pusing Taman Tasik Titiwangsa je la......
Lepak-lepak, story-morry itu ini then balik.....
Hari ni, nak lengkapkan misi yang tergendala semalam.....
Harap-harap cuaca mengizinkan dan jalan tak jem.......
Walaupun naik motor je.... Tapi leceh jugak kalau nak redah jem kat Bandaraya Kuala Lumpur ni....
Nak-nak ada 2-3 orang badigol yang tak reti bawa kereta... Lagilah payah...

Nak promote sikit...
Kalau korang ada rasa-rasa atau mengidam nak makan Western, Italian, AJ sarankan korang pegi ke Jiran's Cafe yang terletak di AU3, Keramat....
Puas hati sangat makanan kat situ wa baq ang.... =D
Sedap dan murah lagi.......
Landmark dia, belakang TNB transformer Keramat.....
Semalam makan berdua je.... Tapi order macam 4 orang makan...... =P
AJ pilih Chef's Mix Grilled, Salad with Thousand Island dan Lasagna....
Encik Sayang pilih Grilled Salmon.....
AJ minum 2 gelas Chocolate Shake dan Encik Sayang Vanilla Shake.....

Vanila Coklat

Yummy....

Depan Sekali AJ punya Chef's Mix Grilled...
Ada big sausage, chicken and lamb shoulder.....

Dating at Titiwangsa.....
Konon-konon bajet gambar ala-ala photographer la.....
Hahhahahahahhah......
Ehem tempat terang okay! Gambar sengaja di"effect" Misteri Nusantara... =D


P/s : AJ memang KUAT MAKAN!!!!! =P

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Dapat Email Dari FASHA SANDHA!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Memang dah jadi kebiasaan AJ menge"check" email dan sapu-sapu sampah dalam inbox tu.....
Lepas tu AJ nampak ada email dari FASHA SANDHA....
Wow teruja okay, ada artis hantar email....... (Otak ang!)
Tersenyum AJ sensorang.......
Bengong jugaklah pengirim email tu....
Kot ye pun nak spam, tak payahlah nak guna nama artis.....
Macamlah penerima email tu bengong sangat kot.........
Ingat Fasha Sandha tu takde keje lain ke selain nak spam email orang lain??
Ada baiknya dia jaga suami, kandungan dan salun dia.....
Tentu arahlah sikit......
Hahahhahahhahah... =D
Dahlah tu kandungan email tu sah-sah bende yang tidak boleh dipercayai....
Klik itu ini dapat duitlah..... USD lah apa lah.....
Dik non...... Zaman sekarang ni, nak masuk tandas pun kena bayar tau.......
Silap-silap esok lusa, nak kentut or korek hidung pun kene caj..... =P
Takpelah Puan "Fasha Sandha".....
Susah-susah je awak hantar email berulang kali kat AJ......
Jangan kata nak baca.... Klik kat email tu pun AJ tak hingin tau.......



P/s : Macam-macam cara nak menipu......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 21 November 2012

WW #15 : Boikot!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Sumber FB

AJ kongsikan sedikit senarai produk Israel.....
Boikot atau tidak terpulang pada individu...
Tepuk dada tanya selera..

P/s : Ya Allah..... Ku mohon padaMu selamatkanlah saudara seagamaku di Bumi Gaza, Palestin...
Hanya kau yang mampu menyekat kemaraan Israel...
Amin ya rabbal alamin...

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 20 November 2012

Genting Aku Datang!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tu dia ayat filem dah keluar.....
Hahhahhahahaha.... =P
Ahad lepas AJ, Encik Sayang dan beberapa orang rakan saja jalan-jalan kat Genting.....
(Entri baru update sebab baru dapat gambar... =P)
Sambil-sambil bawak anak dia berjalan, kami pun joinlah sekali.....
Hahhahahha.... Dah namanya pun cuti kan......
Panjanglah langkah ni.....
Tempat pertama kitaorang pegi Strawberry Park terletak di Gohtong Jaya.....
Adalah jual sayur-sayur sikit, kaktus, etc.......
Cendawan dia fresh-fresh okay...... Terliur je AJ tengok..... =D
Nak beli, malas pulak nak bawak balik..... Huhuhuhuhuhuh....
Lepas tu boleh petik strawberry sendiri.....
Kat situ tak macam Cameron Highlands..... Masuk pun kena bayar......
Kat sini tak payah bayar.... Lepas tu petiknya 2-3 je....
Yang masuk dalam perut dah 10..... Hahhahahha........
Kenyang makan strawberry je la duk situ......
Alhamdulillah masa kami kat atas cuaca okay je... Walaupun masa dalam perjalanan tu hujan kejap on kejap off.....
Lepas habiskan masa kat strawberry park, kami terus menuju ke puncak Genting Highlands tu.....
Tak masuk theme park pun....... Saje berjalan..... =D
Dah penat pusing-pusing, kami singgah makan je.....
McDonald's jadi pilihan..... (Tak boikot ke?)
Nak boikot macam mana.... kat atas tu memang fastfood je la pun yang ada..... =P
Lepas tu kaki dah penat, perut dah kenyang dan duit pun dah habis.....
Masuk kereta drive balik KL.... =D

Nah sikit barang bukti untuk tatapan korang.... =D

  








Terima kasih untuk photographer AJ on the day......
Encik Sayang...... Hahhahahhah... =P

.
.
.
.
......
....
..
.




P/s : Jalan Sakan Mode ON!!!!!!!

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 19 November 2012

Eh??? AJ Menang Giveaway!!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi AJ bukak Fb...... Ternampaklah link yang Abang Eq post pasal pemenang Birthday Giveaway yang dia buat hari tu......
So AJ pun klik je la link tu........
Scroll, scroll, scroll dan scroll lagi..........
Tiba-tiba mata terpandang sesuatu..... STOP!!!!!
Eh eh ehhhhh?????????
Macam tak percaya pulak apa yang AJ nampak.......
Nama AJ ada kat situlah.....
Betul ke ni??? AJ klik link tu kot-kot ada orang yang nama sama ke.......
Yup memang AJ lah........
Tersenyum kejap.... Hilang Monday Blues, terus menaip entri....... =P

Nampak tu??????

Alhamdulillah.... Ni 1st time AJ menang GA.....
Selama ni AJ memang bukan orang yang bertuah pun kalau bab-bab GA ni........
So memang masuk suka-suka je la.........
AJ tak ingat pulak ucapan apa yang AJ karang untuk GA ni hari tu....
Apapun... Alhamdulillah.....
Terima kasih ye Abang Eq pilih ucapan AJ tu...... =D

P/s : Wangi..... =P

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"