Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 30 August 2012

Malu Ke Macam Tu??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau siapa yang ada sempat terbaca entri AJ sebelum ni mesti tahu kisahnya....
Entri yang berkenaan telah AJ draftkan atas sebab-sebab tertentu.....
Tak faham betullah AJ.....
Malu tu sekadar cakap je ke apa??
Kalau betul malu, mesti takkan ada orang yang buat perkara yang tak mendatangkan faedah kan?
Kalau betul malu, kenapa tunjuk, tayang atau buat????
Maaflah, AJ bukan sesenang tu je nak percaya......
Tapi AJ kesiankan orang-orang sekeliling "dia" tu...
Tak kesian ke kat anak, bini semua tu???
Janganlah berselindung di sebalik wajah atau imej yang sejuk mata memandang kalau hakikatnya hanya tuhan je yang tau.....
AJ bukan nak memalukan dan mengaibkan... Tidak sama sekali...
Tapi biarlah ini menjadi pengajaran kepada diri dan orang lain.....
AJ sedar sebagai manusia memang kita tak lepas dari melakukan kekhilafan....
Tapi perkara macam ni bukan kesilapan yang tidak disengajakan....
Lagipun benda tu boleh fikirlah..... Bukannya tak boleh.....
Antara logik dan tidak je....
Mungkin sebelum ni orang yang "TER"nampak (kononnya) mendiamkan diri.......
Then kena pulak kat AJ.... Rasanya tu tindakan AJ yang paling wajar........
AJ harap betullah dah sedar khilaf sendiri tu.......
Tentang maaf tu, AJ rasa jangan minta maaf dengan AJ.....
Sebab AJ takde hak......
Minta maaflah dengan Allah s.w.t dan keluarga..... =D
Buang yang keruh, ambil yang jernih.......
AJ harap perkara macam  ni takkan berlaku lagi pada orang lain.......
Nak berhubung dengan kamu??? Jawapannya TIDAK!!!
Tak nak bertembung pun... =D



P/s : Terima Kasih!
Jangan Jadi Musang Berjanggut... =P




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 28 August 2012

Antara Kata Mulut dan Kata Hati....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mulut dan Hati......
Mereka berbeza....
Sangat jauh berbeza......
Bertempat di dalam diri dan tubuh yang sama, tapi kadang tidak sependapat, tidak sekata.....


Selalunya.......

Mulut kadang kata YA.....
Tapi Hati kata??? TIDAK!!

Mulut ungkapkan kata MAAF...
Tapi dalam Hati, penuh PENUH DENDAM KESUMAT......

Mulut cakap RELA....
Tapi Hati mati-mati TAK REDHA.....

Mulut dah keluar SUMPAH SERANAH....
Hati cakap SABAR..

Mulut kata SABAR...
Dalam Hati dah MENYUMPAH-NYUMPAH.....

Mulut bilang TAKPE...
Dalam Hati MENJERUK RASA....



Kesimpulannya, belum tentu apa yang Mulut luahkan sama dengan apa yang Hati kata....
Yang tersurat tidak sama dengan apa yang tersirat....
Gunakan akal untuk menilai...

P/s : Mulut kata........
Hati pula???
Tepuk dada tanya selera.... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Nasib Tak Lemas....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhh nasib baik sangat tak lemas.....
Panik AJ sekejap tau.....
Nyawa tu..... Kalau lemas sure AJ meraung sekejap..... =D


Al-kisahnya awal pagi tadi la......
Dalam pukul 3 pagi......
AJ ni memang tak boleh berenggang dengan telefon....
Kadang ada satu tahap tu, mandi pun AJ usung masuk bilik air sekali....
Padahal bukan ada orang nak call pun....
Hehehhehehe... Kronik =P
Pagi tadi tah macam mana, AJ terlepas pulak telefon tu dari tangan masa nak keluar toilet.......
Laju je telefon masuk dalam baldi....
Berderau darah AJ....
Nasib baik dia landing betul-betul dalam gayung yang terapung dalan baldi tu...
Kalau takde gayung tu....
Alamatnya mati lemas la telefon AJ dalam baldi tu.....
Hari tu dia dah mandi Nescafe ais, takkan nak mandi dalam baldi pulak kali ni???
Huhuhuuhuuh.... =D
Bengong sekejap BB AJ pagi tadi tau.....
Kalau AJ tak reply BBM, harap maklumlah ye....

P/s : Moral of The Story : Jangan bawa telefon masuk toilet lagi.....
Hehehhehehe..... =P


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Sunday, 26 August 2012

Si Gadis Bunga dan Pelamin



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam setiap majlis yang AJ pegi, tak kiralah majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.....
AJ perasan sesuatu ni....
Rasanya dah memang habit kot......
Bila bergambar, mesti AJ tak lepaskan peluang pegang dan snap dengan hand bouquet ataupun lanyak pelamin pengantin.....
Tak dapat bunga tangan pengantin???
Bunga ros hiasan meja pun jadi.....
Hahhahahahhahah... =D
Tak kiralah beramai-ramai atau sendiri-sendiri.....
Yang pasti mesti ada.....
Kadang tu posing kalah pengantin........ =P
Ya ampun....... Dah macam wajib pulak......

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni........
Semua majlis lain-lain...
Yang pasti dua gambar wajib mesti ada... =P
Si Gadis Bunga dan Si Pelanyak Pelamin










P/s : Kalau Nak Jemput AJ, sila fikir 3-4 kali....
Selain bertindak menghabiskan makanan, AJ bakal jadi peminjam bunga tangan dan pelanyak pelamin indah korang...
Hehehhehehehhhe......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 25 August 2012

Selamat Hari Lahir Abah....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

25 Ogos 2012 genaplah 58 tahun umur Abah.....
Selamat Hari Lahir Abah.....
Adik doakan abah panjang umur dan murah rezeki.....
Walaupun adik degil, keras kepala, keras hati dan kadang tak mendengar kata.....
Jauh di sudut hati, ADIK SAYANG ABAH.......

SELAMAT HARI LAHIR KE-58


P/s : Sorry Takde Hadiah.....
Over-Bajet Raya Hari Tu... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 24 August 2012

Tuan-tuan Tanah Busy Beraya... Kesian Blog...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

2-3 hari ni, blog AJ ni sunyi je.....
Korang punya blog pun banyak yang dah berhabuk sikit kan kan kan????
Maklumlah, hari raya....
So AJ pun sibuklah beraya kesana-kesini.....
Berlenggang kangkung kesitu-kemari ala-ala "Ratu Kebaya Kampung Pinang Sebatang".....
Hehhehheheh.... =D
Berkunjung dari satu rumah ke satu rumah....
Harapannya, semoga adalah orang sudi nak hulurkan Angpow.....
Ehhh??? Dah besar, penampow mungkin dapat kot.....
Hahhahahhaha... =P
Teringat pulak zaman kanak-kanak....
Syoknya raya......
Confirm dapat angpow....
Paling meriah masa not kertas RM2 baru keluar.........
Fulamak wehhhhh........ Kaya gila rasanya masa tu.....
Siap berjoli katak kat Sunway Lagoon lagi lepas tu........ =D
Lepas tu ada balance duit raya lagi after the joli-joli sakan....
Tapi sekarang..... Sekeping angpow pun jangan harap....
Yang dapat--------> MAKAN sampai perut nak meletup....
Burrrrppppp... Alhamdulillah.. (Opssss!!! Tak senunuh si gadis ini...)
Okay, hari ni pun AJ nak sambung raya.....
Nak ikut???? JOOOOMMMMMMM...... =D


P/s : Nanti AJ kembali merapu okay...... =D
Jap??? Tajuk entri dengan entri ni macam takde kena-mengena pulak... =P


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 21 August 2012

2 Syawal 1433H



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam raya pertama tu AJ terus balik kampung...
Lokasinya Negeri Sembilan dan Melaka.....
Tapi raya kat kampung tak semeriah raya kat KL la....
Aktiviti raya kedua tak la banyak mana pun.
Sebab family kat kampung banyak balik sebelah mentua...
So tinggal berapa kerat je la...
Kat kampung kakak ipar AJ kami pegi kutip REMIS....
AJ pun tak tau apa tu... Tapi dia lebih kurang macam lala atau kupang... =D
Bermacam ragam kat situ...
AJ dengan tak padan berbaju kurungnya pun menggali pasir mencari remis....
Malas nak tukar baju..... Heheheh.. =P
Mentang depan rumah je laut tu....
Ni AJ nak share sikit gambar raya kedua AJ...

Baju raya yang En. Sayang pilihkan....



















P/s : Taste GOOD.......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 Syawal 1433H



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Aidilfitri korang.....
Semua mesti dalam mood raya lagi kan?
AJ harap korang semua sihat je di hari raya ni.....
So raya macam mana??
Raya AJ macam biasa-biasa je.....
Pagi beraya dengan keluarga....
Tengah hari AJ hantar juadah untuk En. Sayang yang kena keje tu....
Then petang AJ dengan En. Sayang beraya rumah kawan.....
Meh AJ nak share sikit gambar-gambar Aidilfitri pertama AJ...

Tahun ni AJ beraya dengan rambut baru tau...
Petang menjelang raya AJ ajak abah bawak pegi salon....
Setelah bertahun-tahun AJ tak berambut pendek... Akhirnya..... AJ berjaya juga potong rambut tanpa menyesal atau menangis... =D

Comel tak??
Hikhikhik......




















P/s : Stay tuned.....
To be continue... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"