Click to Follow...

Thursday, 31 May 2012

Amboihhhh.....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Tergelak sekejap nampak signboard ni kat Facebook tadi.....

AMBOIHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

Besar pangkat Anak U sampai orang lain kene BERHENTI.....
Habis kalau Anak I pulak nak melintas macam mana????
Hahahhahahahahaaha.... =D

P/s : Nak melintas????
Pandang Kiri, Pandang Kanan, Pandang Kiri Kembali...
LINTASLAH DENGAN SELAMAT......
(Ehhh??? Iklan Kejap..=P)

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Boleh Tolong Baby Mia Lagi???




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ENTRI MELEKAT LAGI....


Aunty dan Uncle semua.....
Baby NurSyiffa Iman Damia Binti Norhadi ada masuk contest lagi tau....
Jadi Mia nak minta tolong Aunty dan Uncle semua UNDI Mia.......
Boleh Tak?????
Bolehlah Pleassseeeeeeeeeeeee...... =D

Caranya Mudah Je.....

1. KLIK SINI

2. Pegi dekat PERADUAN BAYI BULAN INI

3. Cari dan Klik Button UNDI (Kotak Warna Hijau)

4. Lepas tu cari gambar Mia yang rock macam bawah ni....
Currently at Page 15



5. KLIK UNDI BANYAK-BANYAK


Tapi page tu berubah-ubah mengikut jumlah penyertaan....
Tapi nanti Aunty Ayue Mia tolong update dari masa ke semasa......... (Insyaallah..)

Eh sekejap....!!!!!
Ada lagi...... Ada step nombor 6....


6. Lepas tu, nampak tak SHARE button kat atas Entri ni????
Dan juga LIKE button kat bawah Entri ni???
Tolonglah SHARE dan LIKE sekali....



P/s : Tq Aunty dan Uncle...
Nanti Mia belanja Lollipop.... =D


PSSSTTTT.... 
BAWAH ENTRI NI ADA LAGI SATU CONTEST BABY MIA YANG PERLUKAN UNDIAN ANDA.......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Menghitung Detik 6 Jun dan 8 Jun




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni merupakan hari terakhir di dalam bulan Mei....
Ini bermakna esok dah masuk bulan baru....

JUN

Ada apa dengan 6 Jun dan 8 Jun???
Berdebarnya tunggu kedatangan dua hari ni........
Tertunggu-tunggu pun ye.......
Sabar Ayue, pejam celik, pejam celik...
Timbullah kedua-dua hari ni......

TikTokTikTokTikTokTikTokTikTok





P/s : Counting 6 Days to 6 June, 8 Days to 8 June...
START NOW!!!!!

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Berfesyen!!! Bukan "Mangsa Fesyen"




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Cuba korang tengok sekeliling korang....
Apa yang korang nampak???
Mestilah kawan-kawan dan orang sekeliling kita kan....
Cuba tengok pakaian mereka pulak...
Macam mana????
Haaaaaaaa... Pasti ada yang menarik, kurang menarik dan juga pelik-pelik.....
Inilah yang dinamakan FESYEN....

Sekarang ni macam-macam fesyen yang ada kan....
Cakap je nak gaya macam mana dan macam siapa...
Bersepah-sepah dalam pasaran... =D
Tak salah nak berfesyen... Tapi mestilah kena dengan tempat dan keadaan...
Jangan main redah je kawan...
Silap-silap haribulan, pakaian yang cantik dan fashionable pun boleh nampak janggal...

Sedikit tips supaya tak menjadi "Mangsa Fesyen"

1. Berpakaianlah mengikut kesesuaian majlis.
Jangan pulak pegi Majlis bertemakan Traditional tapi pakaian kita terlampau Moden sangat pulak.....
Tak ke nampak sangat lainnya tu......
Walau macam mana cantik pun pakaian yang digayakan, tetap menampakkan kita seperti mangsa fesyen....

2. Pakai bersesuaian dengan bentuk tubuh kita.
Bukannya suruh pakai yang "fit" gila sampai nampak susuk tubuh tu.....
Tapi biarlah kena dengan tubuh badan..
Ini tak, badannya kecik tapi baju yang dipakai besar ya amat...
Dah nampak macam baju pinjam pula....
Macam tu jugak sebaliknya bagi mereka yag bertubuh besar...

3. Memilih pakaian yang tepat dan sesuai dengan warna kulit.
Bagi mereka yang berkulit agak cerah, masalah warna bukanlah isu yang besar buat mereka....
Untung ada kulit yang gebu kan..... =D
Tapi bagi mereka yang berkulit gelap tu, pandai-pandailah bermain dengan warna...
Tersalah pilih warna, nampak macam baju bergerak pula nanti....

4. Pilih aksessori yang kena dengan pakaian.
Dalam berfesyen, tidak lengkap sekiranya tidak dipadankan dengan aksessori kan?
Contohnya rantai, cincin dan sebagainya...
Pastikan anda memilih aksessori yang sesuai dengan pakaian yang dipakai....
Dan jangan pula berlebihan kalau tak nak nampak macam "Pokok Krismas"

Ini saja lah kot tips yang dapat saya kongsi......
Selamat BERFESYEN.... Jangan sampai jadi MANGSA FESYEN..... =P


P/s : Kadang apa yang CANTIK pada mata kita,
tak semestinya nampak CANTIK kalau tak kena dengan kita.... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Korang Tolong VOTE BABY NURSYIFFA IMAN DAMIA Boleh???



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ENTRI INI AKAN MELEKAT KAT SINI SEBAGAI 1ST ENTRI SAMPAI 31 MEI 2012

Korang.......
AJ nak minta tolong korang boleh????
Mana-mana yang ada FACEBOOK tu, tolong Like link bawah gambar tu boleh??....
Lepas tu mana yang baik hati, tolonglah share jugak.. =D
Ini bukan spam......
Ini gambar si comel ni....
NURSYIFFA IMAN DAMIA


Sebelum tu.... Kena like page penganjur dulu barulah undi tu dikira...
http://www.facebook.com/chanteques <------- LIKE NI DULU...


KLIK LIKE KAT SINI
Boleh VOTE sampai 31 MEI 2012

P/s : Terima Kasih Korang.....
Nanti Mia Belanja Coklat........

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 30 May 2012

Handphone Canggih Korang Tu ORIGINAL Ke???




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Saya yakin korang semua ada handphone kan????
Dan saya rasa handphone korang semua mesti canggih-canggih kan?? 
Paling kurang pun ada function MMS, MP3, kamera dan macam-macam lagi.... 


Tapi....

Korang yakin ke handphone canggih korang tu ORIGINAL????
Jom kaji selidik sikit.... =D



1. Keluarkan handphone masing-masing...
2. Tekan keypad handphone korang dengan nombor ni *#06# 

3. Lepas tu akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
Kemudian tengok nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
Contoh : 358516015391035

4. Semua dah dapat nombor IMEI masing-masing kan....
Jom kita semak ORI ke TAK ORI....

  
   02 atau 20 – dari CHINA = LOW QUALITY
 08 atau 80 – dari GERMANY = FAIR QUALITY
 01 atau 10 – dari FINLAND = VERY GOOD
 00 / 03 / 04 -  dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
 13 – Azerbaijan = VERY BAD QUALITY AND DANGEROUS FOR YOUR HEALTH

 


P/s : Dah tau dah Handphones Korang punya Status???
Mana yang masa korang beli, orang tu cakap ori tapi tak ori....
Kena TIPU la tu....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

WW #3 : Anjing Jadian





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Penah jumpa ANJING JADIAN tak????
Jom tengok anjing jadian ni....
Korang rasa, kalau betul-betul korang jumpa anjing macam ni....
Apa Reaksi korang????
Saya snap gambar lepas tu lari kot....
Hehehehehehehe... =P



P/s : Besar betul Anjing orang ni....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Segmen : Up Followers Blog dan Twitter





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jom join....

Tarikh tutup, pada hari kelahiran saya....  6 JUN 2012 =P


BLOG SAYA

Cherita AyueJean
(361 FOLLOWERS JE)

TWITTER SAYA
(129 FOLLOWERS JE)



Tagged :

P/s : Selamat Menambah Followers....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

WW #2 : Perut Kenyang Suka Hati




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang mesti dah lunch kan???
Jadi bila kenyang, mestilah hati pun senang..... =D


Gendang Gendut Tali Kecapi... 
Kenyang Perut, Suka Hati....


P/s : Wahhhhhhhhhhh.... Suka hati nampak Encik Katak???

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Segmen : Misi Mencari Bloglist Jun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay join segmen la....
Rasa macam dah lama sangat tak join segmen......
Hehhehheheh... =D
So sementara tengah bersenang-lenang, bersenang hati, joinlah segmen ni.....

Tarikh tutup 31 Mei, 11 Malam..
Cepat join!!! Ada masa lagi ni....

Blog yang memberi inspirasi untuk berblog ni???

Haaaaaa..... Kalau sebut, sure korang semua kenal....
Blog ni dah saya ikuti sebelum mempunyai blog sendiri lagi......
Ayat dia, sempoi gila, kadang merapu, tapi best...
Nak tau????? Ini dia...........


Kan dah cakap... SURE korang kenal punya.....
Kalau tak kenal.... Pegilah lawat blog dia sendiri......

P/s :  Best kan blog dia????

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Panas... Berdarah Hidung!!!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang ada rasa tak yang lately ni, cuaca panas sangat....??
Selaran matahari tu sangat terik.....
Terhiris kulit tak berapa nak gebu ni...
Hehhehheh... =D
Okay-okay... Bukan nak merungut pun sebenarnya....

Bila cuaca panas macam ni kan...
Saya akan alami masalah sikit....
Masalah HIDUNG BERDARAH.....
Kata orang panas dalam......
Hari ni je, dah 3 kali hidung saya berdarah.....
Tengah berjalan nak pegi Carrefour pukul 9malam pun boleh berdarah....
Sampaikan ada sorang mamat ni lalu sambil pandang saya.....
Ohhhh abang... Pandang je buat apa??
Cubalah "gentleman" sikit.. Bagi sapu tangan ke.... Alahaaaiiiii.....

Haishhhhh... Inilah saya sejak dari kecil....
Tapi sejak dah besar panjang ni, jarang sangat jadi macam tu....
Tapi hari ni teruk pulak pendarahannya....
Korang ada cara tak nak bagi hidung ni tak berdarah???
Nanti habis kurang darah saya ni....
Hehhehheheh... =D
Kalau ada, jangan kedekut nak share dengan saya okay.....
Tak pun, pagi nanti saya rajinkan diri meng"google" =D

Banyakkan Darah??

P/s : Hidung, tolong stop bleeding ye???
Terima Kasih....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 29 May 2012

Tips Melupakan Bekas Kekasih




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Haaaaaaaaa..... Setiap orang mesti penah merasa "Putus Cinta" kan???
Hep....Hep....Hep.... Jangan tipu.... =P
Ada yang susah nak lupakan bekas kekasih walaupun sudah lama berpisah...
Hari ni, saya nak share sikit tips-tips melupakan bekas kekasih...

1. Jangan simpan FOTO kamu dengan bekas kekasih

Kalau dah putus, lebih elok kamu buangkan saja foto dengan bekas kekasih....
Tak kiralah di dalam rumah, facebook, twitter, myspace, blog dan sebagainya...
Cukuplah kamu pernah menatap wajahnya suatu ketika dahulu...
Lagipun kalau masing-masing sudah bertemu pengganti dan dia menjumpai foto tersebut.. Naya kamu nanti....

2. Jangan hubungi lagi bekas kekasih dalam waktu terdekat selepas putus cinta

Selagi kamu masih menghubunginya, waima bertanya khabar skalipun semakin susah kamu untuk melupakannya...
Bukan tidak boleh berhubung langsung...
Tetapi tunggu sehingga kamu betul-betul sudah menerima kenyataan perpisahan antara kalian berdua..

3. Jangan pakai barangan dan pakaian yang sama dengan bekas kekasihmu

Masa bercinta mesti ada beli barang yang sama dengan si dia kan??
Sama ada jam tangan, cincin, baju yang sama dan macam-macam lagi..
Seelok-eloknya, barangan tersebut usahlah dipakai lagi...
Ia hanya mengingatkan kamu kepada bekas kekasih...
Kalau sayang hendak dibuang..
Berilah kepada teman atau saudara yang lain....

4. Usah pergi ke tempat yang akan mengingatkan kenangan cinta kamu dan dia

Memang tempat tu banyak kenangannya...
Tetapi kalau kamu asyik mengunjungi tempat kenangan tersebut, memang sampai bila-bila ingatan kalian pada bekas kekasih takkan padam......
Cuba cari tempat baru pula...
Kan lebih seronok???

5. Cuba ingat perkara yang menyakitkan hati yang pernah dilakukan oleh bekas kekasih

Setiap kali kamu teringatkan bekas kekasih, cuba halangnya dengan memikirkan perkara yang paling menyakitkan hati pernah dilakukannya terhadap kamu....
Tentu kamu berasa sakit hati bukan??
Dengan itu, automatik ingatan kamu terhadap si bekas kekasih bertambah berkurangan...

6. Luangkan lebih banyak masa dengan Keluarga dan Rakan-rakan

Lakukan lebih banyak aktiviti bersama Keluarga dan Rakan-rakan.....
Bila kamu banyak beraktiviti, sudah pasti kamu tidak mempunyai masa untuk mengingati bekas kekasih......
Silap-silap orang sekeliling kamu pun, kamu boleh lupa....
Hehehhehehhe.. =P

7. Cari pengganti bekas kekasih

Segeralah kamu mencari pengganti bagi menggantikan tempat bekas kekasih...
Sekurang-kurangnya, terubat sikit perasaan kecewa kamu....
Tapi haruslah diingat...
"bukan pengganti yang main tangkap muat saja...."
Carilah yang betul-betul untuk dijadikan bakal suami atau isteri kamu.....
Kalau untuk bersuka ria, bersepah di mana-mana....
(Ini mungkin memakan masa sedikit..)
Jangan sesekali tutup pintu hati.......
Bukalah hati untuk mereka yang ikhlas menyayangi.....
InsyaAllah kamu akan bahagia dan lupa si bekas kekasih....

8. Dekat diri dengan Yang Maha Mencipta

Daripada kamu meratapi dan mengenang bekas kekasih...
Eloklah kamu mendekati Tuhan Yang Maha Esa...
Mohon padaNya agar ditabahkan hati dan ditemukan dengan insan lain....
Dengan cara ini, kamu dengan lebih mudah dapat melupakan bekas kekasih.....
InsyaAllah, berkat doa kamu....
Dapatlah kamu kekasih yang lebih baik daripada yang sebelumnya......



P/s : Mana yang tengah KECEWA tu,
Selamat Mencuba..... =D
Putus Cinta bukan beerti Dunia Kamu Bakal Berakhir.....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 28 May 2012

Tikus Pujaan.... Kau ADA????




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni memang hyper sikit....
Sebab lunch time tadi, saya pegi Mid Valley......
Tujuan dia.......
Nak jumpa Sang Tikus Pujaan......
MICKEY MOUSE!!!!! (Semata-mata..)
Saya memang sangat obses dengan tikus glamour ni....
Nasib baik masih dekat situ...
Al-Maklum... nak pegi Disneyland belum mampu lagi....
Sedangkan nak pegi Universal Studio Singapore pun tak mampu... =(
Okay-okay... Bukan nak buat kisah sedih... Hehheheheh... =P

Apapun saya memang teruja.....
Ini dia pujaan hati saya.....


















Nampak Muka HAPPY dan HYPER tak???? =P
 Jangan Jeles Tau....


TERIMA KASIH "Cik Photographer"
Anda tau siapa anda... Eceeewaaahhhh........

P/s : Hyper kan dapat bergambar dengan Mickey Mouse...
Macam Kanak-Kanak Ribena Pulak.... =D

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Konvoi Hari Belia 2012




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 26 Mei 2012 saya terlibat dengan Hari Belia 2012 di Putrajaya...
Berkonvoi dari KL ke Putrajaya dengan lebih kurang 100 jentera dari Scram Club...
Event ni enjoy sangat...
Cuaca pula panas yang teramat sangat..
Habis terbakar kulit yang tak berapa nak cerah ni...
Hehehheheh.....
Pssstttt.... Bukan join sebab nak tengok K-Pop tau... Hehhehehe.. =P


Ini ada beberapa keping gambar buat jamu mata korang.....
Enjoy the pictures... =D




Godek Beca sementara tunggu Menteri Wilayah untuk di"escort"













Event ni memang memenatkan...
Tapi yang pasti, kami semua berpuas hati dan enjoy... =D
HASILNYA......
Kulit Tanned habis... Hehehhehehe... =P

P/s : Ruginya siapa yang tak dapat join....
Takpe next time cuba luangkan masa korang ye....
(Jangan sebab nak tengok konsert K-Pop je... Takde faedah..)

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"