Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 24 December 2012

Sayangi Payudara Anda!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ehem... Ini entri buat wanita dan para gadis.... =D
Payudara yang cantik dan menawan pasti menjadi idaman setiap wanita....
Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang ditawarkan untuk tujuan kecantikan payudara....
Tapi sejauh mana keberkesanan dan kualiti produk tersebut????
Jom AJ share perkara asas untuk menjaga kesihtan payudara.... =D


TEH HIJAU
Pelbagai petua boleh dimanfaatkan bagi memperolehi payudara yang cantik.
Selain Omega 3, sayuran dan vitamin E, pengambilan teh hijau setiap hari juga mampu meminimumkan risiko menghidap kanser payudara.
Jangan lupa selitkan teh hijau di dalam diet harian anda mulai hari ini!

PAKAI COLI YANG SESUAI
Pemilihan coli amat penting untuk menyokong dan membentuk struktur payudara.
Pakailah mengikut kesesuaian aktiviti dan elakkan memakai coli lebih 12 jam sehari bagi mengekalkan keindahan payudara untuk jangka masa lebih lama.

JAUHI ALKOHOL DAN ROKOK
Umum mengetahui pengambilan alkohol dan rokok mengundang pelbagai penyakit.
Fakta juga mengesahkan pengambilan alkohol dan rokok meningkatkan risiko kanser payudara.
Ayuh hentikan pengambilan alkohol dan rokok untuk kekal sihat!

SENAMAN DAN KURANGKAN STRESS
Kajian epidemiologi menunjukkan senaman membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan stress. Selain dapat membentuk payudara dengan cantik, ia juga membantu memejalkan saiz di samping melancarkan perjalanan darah di sekitar kawasan payudara.

Tadaaaaa.....
Bukan susah pun nak jaga kecantikan aset peribadi kita tu....... =D

P/s : Cantik Itu Subjektif

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. so trueee... cntik itu subjektif!! :)

    thanks for sharing AJ

    ReplyDelete
  2. benda2 ni semua wanita harus sayangkan...

    ReplyDelete
  3. Sharing is caring everyone......
    Mestilah sayang kan... Aset kita.... =D

    ReplyDelete