Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 4 December 2012

Amalan Mandi Bunga


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mesti ada di kalangan kita yang biasa dengar mandi bunga...
Sesetengah orang percaya amalan mandi bunga ni membolehkan mendapat jodoh...
Tapi pada AJ itu adalah kepercayaan yang tahyul dan karut semata......
Jodoh bukan datang dengan hanya mandi bunga..
Jodoh itu rahsia Allah swt...
Kalau dia dah tetapkan jodoh kita, maka itulah orangnya..
Bezanya sama ada ia datang secepat yang tak diduga atau lambat yang tidak disangka... =D
Ada pula yang berpendapat mandi bunga dapat menolak bala...
Jika seseorang itu mempercayai bahawa mandi bunga dapat menghindar daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah syirik kerana menyamakan bunga dengan kuasa Allah swt... 
Sedangkan bunga itu adalah makhluk Allah dan kuasa tiada batasannya...
Justeru itu sebagai hambanya kita hanya wajib mempercayai segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah SWT. ..

Zaman sekarang mungkin ada yang tidak mengamalkan mandi bunga seprti yang dilakukan semasa zaman nenek moyang kita dahulu...
Kalau ada pun mungkin dapatkan khidmat di spa yang menyediakan perkhidmatan ni kan???
Bagi AJ tak salah mengamalkan mandi bunga selagi niat kita tidak terpesong....

Berikut antara kelebihan mandi bunga...

- Menghilangkan stress
- Menyegarkan tubuh badan
- Menghilangkan bau badan
- Meningkatkan kecerdasan minda
dan yang paling penting MENAIKKAN SERI WAJAH


INFO: Bunga dan khasiat

Mawar merah 
Membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi..

Mawar putih
Menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri...

Cempaka putih 
Melembut dan mewangikan badan..

Cempaka kuning 
Menyerikan wajah dan mewangikan badan...

Melur putih dan kuning
Menyucikan dalaman...

Bunga kenanga
Menaikkan seri wajah..

Limau purut
Membuang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah...

Limau nipis
Melembabkan dan mengurangkan kedutan kulit... 

Selain itu, korang boleh campurkan sedikit daun pandan bagi mewangi tubuh badan.......

Tips sebelum mandi bunga


Sebelum mandi bunga, selawat 33 kali dan bacalah lafaz bismillahirahmanirahim semasa menyiram air ke tubuh badan dengan niat untuk menyegarkan tubuh badan tau! Bukan niat yang bukan-bukan......
Selepas mandi, seelok-eloknya biarkan tubuh badan kering sendiri supaya khasiat mandi bunga dapat diserap tubuh kita dengan baik....
Elakkan mandi tanpa pakaian ye.... Takkan nak berselawat dalam keadaan macam tu kan?





Cubalah!!! Selepas tu korang akan rasa segar sangat..... =D
Apa yang buat AJ tiba-tiba cerita pasal mandi bunga ni???
Kisahnya, semalam AJ mandi bunga... Hehehhehehehe....



Wajah selepas mandi bunga.......
Fresh kan kan kan... =P

P/s : Selamat Mencuba... =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. betul..mandi atas niat dapat jodoh tu mmg tahyullah..!

    tapi kalau untuk kesegaran..seri wajah..betullah..sebab kita guna khasiat yang ada dari setiap jenis bunga.. :)

    nur selalu mandi air limau je ayue..hihihi

    ReplyDelete
  2. mmg best ni kalau dpt.,.hehhe..done nespray

    ReplyDelete