Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 12 October 2012

Berhujan Lagi...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi masa nak balik keje, hujan turun dengan selebat-lebatnya....
AJ tersadai kat tepi bus stop lebih sejam....
Lepas sejam tu en. sayang sampai dengan kuyupnya...
Kesian dia.... Memang dia nak ambik AJ, masa tengah otw datang ofis tu hujan turun.....
Dia teruskan jugak perjalanan sebab risaukan AJ yang menunggu kat situ..
Dah setengah jam kami kat bus stop tu, AJ pandang dia dan dia pandang AJ..
Dah tu AJ cakap redah je la...
Tak gigih pulak nak duduk situ hampir 2 jam....
Dia pun hulurkan jaket dia suruh AJ pakai, simpankan jaket dan handbag AJ semua dalam box...
Dengan rintik hujan yang boleh tahan lebatnya, merempitlah kitorang...
Hehehehe....
Bukannya terus balik, pegi makan kat Cheras dengan basah-basahnya....
SEMPOIIII.... Heheehehehe.... =P


Ni AJ sempat snap masa menunggu tu....
Lebatkan??

P/s : Thanks sayang berhujan ambik I...

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. syukur alhamdulillah Allah turunkan hujan.
    sekurang2nya kurang la skit masalah jerebu kat malaysia ni :)
    pokok2 dpt 'mandi'.
    binatang2 dpt minum. sungai, laut dan air kolam x surut.
    kita tido malam pun sejuk je kan. hehehe

    ReplyDelete
  2. hujan ni best tidur mlm..ahaks..

    ReplyDelete
  3. sekarang mmg musim hujan kan,..
    taiping pun hari2 hujan...

    ReplyDelete
  4. Hujan malam ok la @Mrs Velentine...
    Dah tentu2 ada kat rumah...
    Hehheheheh... =D

    ReplyDelete