Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 22 September 2012

Bagusnya Kalau Begitu...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah bosan-bosan ni AJ tengok channel Animal Planet...
Bermacam-macam isu dan fakta mengenai haiwan kita boleh tau....
Seperti yang korang sedia maklum, AJ ni memang pencinta haiwan...
Tengok binatang mati tepi jalan pun boleh menangis....

AJ paling suka tengok Animal Cops Philadelphia...
Mereka tu betul-betul membela nasib haiwan..
Antaranya haiwan yang terbiar, dipukul atau didera...
Mereka bertungkus lumus memastikan mereka yang bersalah terhadap haiwan dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka terhadap haiwan... 
Malahan, hukuman yang diberikan sangatlah setimpal...
Antaranya denda 30 000 dolar dan penjara sehingga 15 tahun.....
Alangkah bagusnya jika negara ada undang-undang macam ni bagi melindungi haiwan...
Bukannya sekadar denda RM400 bagi kesalahan membunuh haiwan macam pernah berlaku kat sini dulu...
Ataupun suntik haiwan terbiar atau yang tidak dituntut sehingga mati....
Barulah orang betul-betul takut nak lakukan kekejaman terhadap haiwan....


P/s : Haiwan Juga Berhak Untuk Hidup....





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment