Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 30 September 2012

Bajet 2013



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa hari lepas Bajet 2013 dibentangkan....
Macam biasalah kan....
Seperti selalunya, mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan memang untung besar lah kan.....
Tapi bagi yang bekerja dalam sektor swasta???
Seolah-olah dianak-tirikan...
Semua beranggapan bekerja dalam sektor swasta ni "masyuuuukkkk" atau bergaji besar....
Ohhhh.... Hakikatnya tak semua termasuk AJ....



Bajet 2013 ni, 1 je la pun yang boleh AJ nikmati....
Peruntukkan RM250 bagi bujang yang berusia 21-30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan....
Yang rebat RM200 untuk telefon pintar tu???
Dah ada pun... Takkan nak beli yang ketiga???
Tu pun "kalau lulus" baru dapat semua ni...

Bonus???
Takde kena mengena....

Elaun blablabla...
Takde kena mengena...

Semuanya untuk pekerja sektor kerajaan....
Yang bekerja sektor swasta takde kepentingan kepada negara ke ye???
Pekerja sektor swasta tak keluar mengundi ke???
Senang tak nak apply masuk sektor kerajaan???
Sebab susahlah kami masuk sektor swasta...
Tapi kepentingan dan kelebihan hanya pada mereka di sektor kerajaan...

Okay cukup...
Takkan komen panjang-panjang....
AJ bersyukur je dengan apa yang ada sekarang....

P/s : Adilkah Bajet 2013 tu???
1 more thing...
Ini cuma pendapat peribadi AJ....
Bukannya Pro or Anti Kerajaan...





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 28 September 2012

Potong Polis!!! Kejam Gila....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi tadi masa AJ on the way ke ofis, ternampaklah sebiji keeta peronda ni....
Tiba-tiba teringat satu kisah ni..
Masa tu memang zaman naif lagi....
AJ pun tak ingat siapa yang mengencing AJ pasal kes potong polis ni...
Yelah, tak tau apa-apa masa tu...
Main iye kan je la.....
Bila dah besar barulah tau...
Rupa-rupanya kisah potong polis tu AUTA belaka....
Kurang asam jawa punya orang.....
Ingatkan betul......
Ada ke dia cakap, kalau tengah drive kat jalanraya nampak kereta polis ke motor polis ke tak boleh memotong diorang......
Time tu manalah nak fikirkan......
Bila dah besar dan dah tau undang-undang jalanraya barulah terfikir...
Katalah memang undang-undang pasal tidak boleh memotong kenderaan polis ni betul, haru dibuatnya wehhh......
Manalah tau polis tu memandu dengan kelajuan 50km/j je, takkan nak ikut je belakang dia???
Mau sepanjang-panjang jem jalanraya kat Malaysia ni.....
haishhhh... Macam-macam hal... =P



P/s : Sorry korang.....
Tajuk Bajet Gempak Je....
Hehehhehehehe... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 26 September 2012

Perlu Ke Menghina Agama dan Kepercayaan Seseorang??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak isu ni AJ tengok.....
Orang ni hina agama ini.... Orang tu hina agama itu......
Persoalannya???
Perlukah ada sifat menghina agama dan kepercayaan orang lain????
AJ rasa semua ni memang sangat tak perlu.....
Setiap orang ada agama dan kepercayaan masing-masing.....
Jadi tak perlulah nak menghina ataupun mengeluarkan sesuatu kenyataan mengenai pegangan orang lain.....
Tak kiralah melalui facebook, twitter, blog atau apa sahaja medium yang ada.....
Dalam zaman serba canggih ni, kita sepatutnya lebih terbuka dan bertamadun bukannya menjadi insan yang semakin mundur dan tidak bertamadun.....
Hormatilah pegangan orang lain sepertimana kita nak orang hormati pegangan kita....
Jangan sewenang-wenangnya nak menunding jari pada agama dan kepercayaan orang lain....
Jangan mulakan RELIGION WARS....


P/s : AJ Sedih Bila Perkara Macam Ni Terjadi Kat Negara Kita......
Kat Negara Luar Jangan Nak Cakaplah.... =(



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 25 September 2012

Giliran Malique Too Phat Pula Meninggal Dunia..



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekejap tadi AJ terbaca status seorang kawan mengenai Malique Too Phat yang dikatakan baru meninggal dunia....
AJ pun dengan pantas selidik mengenai berita tu...
Seperti biasa setelah AJ godek sini, kaji sana...
Berita tu cumalah khabar angin je...
Amboihhhh cepat betul berita tersebar...
Siapalah mulut puaka yang start berkata-kata tu ye....
Suka-suka hati nak cakap orang tu dah meninggal....
Kalau betul Malique menghembuskan nafas terakhir depan dia, takpelah juga....
Haishhh lepas sorang, sorang artis kat Malaysia ni diistiharkan meninggal dunia....


Nasib AJ bukan jenis nak buta-buta terus percaya... =D


P/s : Cuba istihar Diri Sendiri Meninggal Dunia...
Berani ke si Pembawa Cerita??




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Cium Aku...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Warning!!! : Ini Entri 18SX....

Ciumlah aku.......
Cium aku dengan berahi....
Cium aku dengan rasa cinta.....
Tapi jangan ciumi aku.....
Jangan cium aku di bibirku....
Jangan cium aku di pipiku....
Ciumlah aku pada hatiku...
Ciumlah ia agar dapatkan aku rasakan cinta.....
Ciumlah ia semahumu...
Kerana sekali hatiku kau cium, selamanya kau tetap dihati....

Puisi by AJ.. =D



P/s : Jiwang Tak???
Hehehehheehe......
Sekali sekala, apa salahnya kannn?????



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 24 September 2012

Typical Malaysian...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Situasi ni selalu berlaku kat mana-mana je....
Ada yang kelakar, ada yang menjengkelkan....

Situasi 1 :
 Tengah duduk kat bus stop...
Tiba-tiba ada orang tegur "Hai tunggu bas ke??"
Rasa nak je jawab... "Taklah tunggu kapal selam...."

Situasi 2 :
Jalan jem sebab ada kemalangan...
Maka berduyun-duyun yang jadi jurugambar, wartawan...
Padahal sikit je pun...

Situasi 3 :
Lampu isyarat merah...
Lagi tekan minyak...
Yeee.... Orang kat driving school cakap merah tandanya jalan....
Hijau pun jalan jugak kan?

Situasi 3 :
Dengar bunyi air menderu dalam bathroom...
Lagi nak tanya "Buat apa dalam tu?"
Bila dapat jawapan "tengah tanam pokok mangga...." tau pulak nak marah....

Situasi 4 :
Nampak kereta tengah laju dengan lampu isyarat tengah hijau, boleh berlagak macam polis trafik kat tengah jalan berharap kereta bagi laluan....
Kalau pemandu tu tak perasan?
Sia-sia kena sodok dengan kereta tu kan....

Situasi 5 :
Tengok orang tu botak, hitam dan sebagainya..
Terus gelar "Botak", "Black", "Gemuk", "Betty La Fea" dan sebagainya....
Kalau orang tu tak kisah takpe lah....
Kalau dia panas baran... Tak lebam bijik mata tu???

Banyak lagilah ragamnya orang kita ni....
Mana yang boleh layan, layankan je. . 
Mana yang tak boleh nak layan??? Sendiri mau ingatlah ye..  =D

Tapi tak semualah yang macam ni kan....
Apapun I'm PROUD to be MALAYSIAN.....



P/s : Macam-macam Ragam...
AJ Pun Ada Jugak Buat Kadang Tu...
Heheheheh...... =P





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Sunday, 23 September 2012

Tu Duit Anak Yatim Bukan BerBin/Bintikan YATIM!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Baru-baru ini, ada 1 majlis diadakan di kawasan perumahan AJ...
Di majlis itu diperuntukkan sekali sumbangan untuk anak yatim....
Setiap seorang pada mereka diberikan sumbangan berupa wang ringgit bagi anak-anak yang kehilangan kedua-dua ibubapa, ibu atau bapa....
Yang menjadi isu nya terdapat segelintir anak-anak yang masih mempunyai kedua-dua ibubapa tampil mengambil sumbangan yang dikhaskan untuk ANAK YATIM....
Haiiiii????? Sanggup pulak declare diri tu anak yatim sedangkan kedua-dua orang tua masih sihat walafiat???
Mak bapak sendiri pun ada yang senyum je anak ambil sumbangan anak yatim....

Setahu AJ lah kan.....
HARAM hukumnya makan duit anak yatim ni....
Yang berbin atau berbintikan Yatim pun, masih haram sekiranya mengambil sesuatu yang sememangnya untuk anak-anak yatim....
Entahlah... Tak faham AJ....
Itu urusan mereka dengan Allah taala....
Tapi tak sedaplah bila benda macam ni berlaku kat kejiranan AJ....
Tak tau nak salahkan siapa dalam hal ni...


P/s : Kesian Anak-Anak Yatim....
Tak Bersalah Ke Ambil Harta Mereka???




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Saturday, 22 September 2012

Itu Lumrah Dunia Blogging...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini memang dah menjadi lumrah....
Dalam dunia blog ni, bukan semua orang suka apa yang kita tulis...
Bukan semua yang dapat terima cerita kita...
Bukan semua yang dapat terima pendapat dan pandangan kita....
Dan bukan semua dapat memahami emosi kita dalam sesebuah entri....

Kadang ada yang memuji....
Kadang ada yang mengutuk....
Kadang ada yang mengkeji....
Sehingga ada yang sanggup membuat entri....
Biasalah.... Itu memamg dah menjadi lumrah...

Jadi jangan mudah berputus asa...
Jangan cepat melatah...
Selagi entri kita masih lagi relevan....
Tidak menjatuhkan maruah diri, keluarga atau orang lain... Tidak mengapa..
Teruskan berblogging....
Anggap itu semua cabaran di dunia maya....



P/s : Blog Kita, Suara Kita dan Idea Kita.....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Bagusnya Kalau Begitu...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah bosan-bosan ni AJ tengok channel Animal Planet...
Bermacam-macam isu dan fakta mengenai haiwan kita boleh tau....
Seperti yang korang sedia maklum, AJ ni memang pencinta haiwan...
Tengok binatang mati tepi jalan pun boleh menangis....

AJ paling suka tengok Animal Cops Philadelphia...
Mereka tu betul-betul membela nasib haiwan..
Antaranya haiwan yang terbiar, dipukul atau didera...
Mereka bertungkus lumus memastikan mereka yang bersalah terhadap haiwan dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka terhadap haiwan... 
Malahan, hukuman yang diberikan sangatlah setimpal...
Antaranya denda 30 000 dolar dan penjara sehingga 15 tahun.....
Alangkah bagusnya jika negara ada undang-undang macam ni bagi melindungi haiwan...
Bukannya sekadar denda RM400 bagi kesalahan membunuh haiwan macam pernah berlaku kat sini dulu...
Ataupun suntik haiwan terbiar atau yang tidak dituntut sehingga mati....
Barulah orang betul-betul takut nak lakukan kekejaman terhadap haiwan....


P/s : Haiwan Juga Berhak Untuk Hidup....





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 21 September 2012

Border Lace Dengan Harga Berpatutan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ nak tanya korang sikitlah...
Especially kaum-kaum hawa yang pandai menjahit ni la ye....
Bulan November ni, kawan AJ nak kawen...
So dia belikan "bridemaids"nya seramai 10 orang tu kain ela...
Fesyen apa nak tempah tu terpulanglah pada kami...
AJ decide nak buat kurung moden....
Disebabkan kain yang dia bagi plain, AJ nak tambahkan sikit border lace....
Tau tak border lace tu mende?

Ni lah border lace....
Kain lace yang diletakkan pada kaki baju atau lengan tu....
AJ dah survey-survey dari kawan...
Katanya dia beli kat Jakel dalam RM200++ semeter...
AJ fikir balik macam tak berbaloi pulak nak spent banyak tu untuk border lace semata...
Kalau untuk My Wedding Dress tu mungkinlah berbaloi....
AJ dah tengok kat online, tapi diorang tak respon....
Korang tau tak kat mana AJ boleh dapatkan border lace ni?
AJ ada kirim dari kawan yang ke Bandung...
Risau dia lupa or tak tau je apa tu border lace.. =(

P/s : AJ harap korang taulah mana nak cari.... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 20 September 2012

Heart Touching Story - Look At Yourself After Watching This....



ASSALAMUALAIKUM AND SALAM SEJAHTERA

After watching this inspiring and heart touching story, look at yourself......
What do you think???
How do you feel???
This is why we should be thankful.......


He Is NICK VUJICIC

A Man With One Very Strong Heart.... =D

P/s : Be Grateful and Be Thankful For What You Ever Have.......


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Blogger Interface Baru dan NuffnangX



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni memang ramai yang mengomel pasal blogger interface yang baru ni..
Ye memang nampak agak serabut......
Mungkin sebab warna plain atau takde border-border yang kemas... (KOT lah..)
AJ pun tadi duk explore blogger interface baru ni...
Mula-mula memang payah sikitlah....
Lepas tu okay lah sikit.... =D
Taulah mana nak cari benda-benda basic yang selalu sesenang je kita jumpa kat old interface tu... 

Lepas tu bukak sekejap nuffnang setelah sekian lama tak jenguk....
Godek-godek, jumpa pulak NuffnangX....



Not bad jugak application ni.....
AJ pun download sekali yang mobile version....
Ok best jugak mende alah ni....
Kita boleh "stalker" blog-blog favourite kita "on-the-go"... =D
Tak payahlah susah-susah nak bukak browser lagi...
Just click icon NuffnangX and there you are......
Lagi mudah, ringkas dan pantas..... =D
Mula-mula rasa macam kejadah apanyalah application tu...
Lepas "merajinkan" diri di situ, sana dan sini....
Ok dah agak expert.. =P
Tapi jangan minta AJ bagi tutor...
sebab bab tu memang sumpah failed....
Hahhahahahahaha.....

Antara Blog Yang AJ Sempat Follow Masa Entri Ni Ditaip.... =D
Kalau Anda Ada, Sila BANGGA... =D

P/s : Hari Eksplorasi


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Detik Cemas



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Malam tadi berlaku detik cemas buat AJ sekeluarga.....
Sebenarnya isu kecik je...
Tiba-tiba bertukar jadi keadaan yang cemas....
Semuanya gara-gara KUCING HILANG!!!!

Maunya kami tak cemas....
Kucing AJ ni memang spesis tak pernah nak keluar rumah...
Bukaklah pintu luas mana pun..
Nama nak jejakkan kaki kat simen luar rumah tu memang taklah...
Nak dijadikan cerita, malam tadi kebetulan makcik AJ datang rumah hantar jantung pisang...
Kucing AJ bila nampak orang lain selain isi rumah AJ, mulalah bertempiaran lari.......
Entah macam mana tiba-tiba sekor tu ghaib.....
Panggil-panggil nama dia, satu bunyi pun takde....
Habis satu rumah dah pelusuk blok AJ dan kakak cari dia...
Sampaikan lepas tu mak dengan abah AJ pun join sekali...
Setelah sejam lebih mencari, kami pun balik dengan perasaan putus asa...
Hurmmmmm... Memang dah takde....
Entah manalah hilangnya tu........
TIBA-TIBA

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ceh.... Tercongok je dia entah dari mana....
Rupanya selama kami terpekik terlolong cari dia, dia duk menyorok dekat balik langsir.....
Hebat betul la Si Lilo ni....
AJ dah banyak kali selak dan kibas langsir tu tadi tau.....

Inilah Dia Budak Bertuah Tu...
Diam Je Bila Dipanggil-Panggil....


P/s : ALHAMDULLILAH..... Kucing AJ tak hilang...
Kalau tak sedihlah AJ... Teman sebantal hilang.... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 19 September 2012

Hari Ini dan Esok Mungkin....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini nasihat dan peringatan buat diri sendiri.....
Dan juga untuk sahabat blogger AJ... =D

Hari ini dia mungkin tidak bertudung....
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya....

Hari ini dia mungkin seorang yang kuat mencarut...
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya....

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah s.w.t...
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL
kala kita semua sedang lena....

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu...
Tugas kita bukan untuk me"neraka"kan orang...
Tetapi.... Mengajak manusia ke jalanNYA....

Jangan HINA permulaan seseorang....
Kerana kita TIDAK TAHU bagaimana pengakhirannya.....

*copypaste*


P/s : Jangan dengan MUDAH kita menjatuhkan HUKUM......
Allah s.w.t telah MENENTUKAN sesuatu bagi setiap umatNYA....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

WW #13 : Mana Satu Hati Mu??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mana Satu Hati Mu??


Yang PUTIH, Bersih dan Cantik

ATAU


Yang HITAM, Kotor dan Berdebu???

P/s : Hati Kita, Kita Jaga.... =D
Ehhh??? Takde kena Mengena... =P


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Mereka Juga Makhluk Tuhan...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Benganglah AJ dengan sesetengah manusia yang bersikap prejudis ni......
Tadi AJ ada bagi makan kat seekor anjing kat bawah ofis AJ ni...
Dari pagi tadi duk kehulu kehilir depan tu......
Kesian AJ tengok.....
Lunch AJ turunlah beli makanan, lalu AJ kongsikan sedikit rezeki AJ hari ni dengan anjing tu.......
Tetiba entah datang seorang mamat dari mana tegur AJ...
"Janganlah bagi makan kat anjing tu, nanti dia berak dan kencing kat sini....."
Mulut AJ ni ringan je nak bahasakan dia.....
Apa sahaja binatang, tak kiralah kucing ke, anjing ke takkan buang air kat tempat orang bagi dia makanlah.....
Tak pernah bela binatang ke???
Lagipun tu benda asas kot.....
Aduhai mamat ni... Selama ni takde pulak bersepah najis anjing tu kat bawah tu bila kita bagi dia makan...
Anjing tu pun tau lah....
Lepas tu nak pandang-pandang pulak bila AJ hulurkan makanan kat anjing tu....

Tak faham betullah....
Mereka juga makhluk tuhan.......
Mereka juga ada rasa lapar dan dahaga......
Tak salah pun AJ berkongsi rezeki dengan anjing tu.....
Bukannya AJ belai-belai atau cium dia kat bawah tu tadi......
Berbuku je hati ni.... Tapi AJ sabar je la...
Lagipun anjing tu tak usik pun dia kat situ..
Yang prejudis sangat tu kenapa????

Ke JELES sebab AJ tak bagi makanan tu kat dia????



Ps : GERAMMMMMMMMM.....!!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 18 September 2012

Bukan Bersifat Perkauman...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ bukanlah seorang yang bersifat perkauman atau racist ni....
AJ bercampur dan berkawan dengan semua orang tak kira apa bangsanya atau apa agamanya.....
Tapi berada di ofis baru ni membuatkan AJ lebih berhati-hati.....
Di sini, hanya AJ dan seorang staff je yang berbangsa Melayu dan Muslim....
Yang lain, semuanya berbangsa dan beragama yang berlainan.....
Kami semua berkongsi pantri dan perkakasan ofis yang sama termasuk sudu, garfu dan sebagainya....
Tapi AJ lebih suka menggunakan perkakasan sendiri yang dibawa dari rumah...
Sehinggakan span mencuci pun dibeli sendiri....
Bukan berniat untuk menjadi seorang yang bersifat perkauman....
Tetapi sebagai seorang Muslim, AJ ambil pendekatan tu memandangkan keadaan persekitaran di sini...
Dekat kawasan ofis, TIADA kedai yang halal......
Ada pun terpaksa berjalan jauh....
Kebanyakkan staff di sini tapau kat kedai bawah-bawah ni je.....
Kalau dah tapau kat bawah tu, faham-faham je la... Non-Halal..
Memang patutlah AJ gunakan perkakas dan span sendiri kan?
Pada AJ, eloklah kita elakkan.....
Bercampur boleh, tapi untuk berkongsi sesuatu yang kita tak tahu isi kandungannya tidak sama sekali.... =D




P/s : Bersikap Perkauman Ke ek pada korang???
Apa pandangan korang???




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Puisi : Pesan Pada Diri....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ dapat puisi ni dari BBM....
Macam best pulak sekali baca... 
So AJ nak kongsikan puisi ni dengan korang pulak...... =D

Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan hati...
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana sekali kau memberi,
Selamanya dia di hati...
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati.....


Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberi hati....
Berikan ia hanya pada insan,
Yang tahu menghargai..
Sebab nilai sekeping hati, amatlah tinggi...
Jangan sampai membuat hati terasa dinodai....




P/s : HATI yang bersih,
mencerminkan peribadi DIRI... =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Dah Beranak Dah....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni bertambah lagi anak-anak AJ..
Daripada 5 ekor, dah jadi 9 ekor.....
Malam tadi 2 jam AJ dan kakak tunggu ibu kucing AJ tu beranak..
Dia tu pelik sikit, kalau tak tunggu hadap dia beranak, ke hulu ke hilirlah dia.....
So nak taknak, kenalah AJ dengan kakak bersengkang mata....
AJ boleh je nak tunggu sorang-sorang tapi kucing AJ ni macam tak reti sangat nak meneran.....
So bila baby cat tu dah keluar, kena tolong tarik keluarkan sekali baby dengan uri nya....
Tak faham?? Tak tau macam mana AJ nak terangkan....
Korang kenalah tengok sendiri kucing beranak....
Jadi, bab nak tarik-tarik tu yang AJ takut sikit.....
Hehhehehehe... =D
Setelah 2 jam menunggu, dari 12 tengah malam ke 2 pagi hasilnya keluarlah empat ekor anak kucing....
2 hitam dan 2 oren..... =D
Makanya,bertambahlah perbelanjaan kami berdua menyara anak-anak kucing...

 Sebelum Beranak.... Si Besar Yang Duk Menyusu...

Tadaaaaa.... Baby Cat Baru...... =D

P/s : Kucing nak beranak pun AJ dah Cemas....
Agaknya, Macam tu la perasaan Si Bapa bila tunggu isterinya bersalin....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 14 September 2012

Meowww..... Meowww.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang kenal bunyi tu???
Mestilah bunyi kucing kan...
Takkan lah gajah pulak.... Hahhahahha... =P
AJ ni merupakan salah seorang Pencinta Kucing......
Dulu AJ penah bela sehingga 24 ekor kucing dalam 1 masa...
Penuh rumah AJ dengan diorang...
Pegi dapur ada kucing, masuk bilik ada kucing sampai nak masuk bilik air pun ada kucing....
Tapi sekarang tinggal 5 ekor dan tak tau lah berapa ekor lagi nak keluar dari ibu yang tengah bunting tu... =D
So siapa yang takut kucing, susah sikitlah kalau nak datang rumah AJ.....

AJ nak share sikit fakta mengenai Kucing ni dengan korang....
Mungkin ada yang dah tau dan ada yang belum tau kan.... =D

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....

1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.
(Okay, memang kucing AJ kuat tidur......)

2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekor sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.

3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.

4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura. Dengan hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
(Kalau masuk pertandingan vokal, Cikgu Shafi pun kalah... Hehhehe.. =P)

6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui.
Jadi sila jangan cuba-cuba nak potong atau trim misai misai kucing korang.
(Kesian kucing tu nanti allignment dia lari.... Hehehhe...)

7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
(Pakaikan bulu mata palsu boleh tak???)

8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard dikatakan 7 kali lebih kuat daripada manusia.

9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam).
Mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama.
Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.

10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.
(Kucing diorang gemuk-gemuk okay.... Tak caya tengok animal planet..)

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....

11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.

12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.
Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.
Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.
(Erkkkk.... Ada ke kucing suruh jadi posmen..... Sure surat banyak tak sampai... Hahhahaha...)

13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiau (purring).

14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
(Betul kot, kucing kawan AJ jatuh tingkat 10 relax je... Tapi kaki dia cacat sikitlah....)

15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Korang tergolong dalam golongan 25% ni tak?
(AJ kadang-kadang je.. Sebab kucing AJ dengar je bunyi hair dryer, dah lari lintang pukang... =P)

16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain.
Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam.
Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.
(Patutlah malam-malam je kucing-kucing AJ buat marathon.....)

19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

20. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa.
(Kucing AJ???? Berlari kejap pun dah mencungap... Ni kan pulak nak berlari 20 KM/J.....)

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....
Dan kalau korang perasan, yang warna putih tu memiliki warna mata yang berlainan... =D


P/s : AJ tak tau dah berapa keturunan dah kucing AJ dari 1997 hingga sekarang... =D
Ini sebahagian je tau... Separuh pun tak sampai.... =P
Banyak tak????



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 12 September 2012

Peluang Nak Tengok Putera William dan Kate Middleton



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa hari lepas AJ dapat tau yang pasangan DiRaja Britain,
Putera William dan Kate Middleton
nak datang Malaysia....


Waaaaahhhhhhhh.... Excited sangat AJ dengar berita tu.....
Pos Malaysia pun dah keluarkan setem khas sempena lawatan mereka tau.......

Setem Semasa Perkahwinan Mereka

Setem Khas Lawatan Ke Malaysia

Agaknya... Boleh dapat tak setem ni????
Mesti susah nak dapat kan???? =(

Dannnnnn..... kalau korang rasa nak tengok mereka dengan lebih dekat.....
Bolehlah meluangkan sedikit masa JUMAAT ini, 14 September 2012 bertempat di TAMAN KLCC.... (Pukul berapa AJ tak sure... Tapi petanglah...)
AJ harap, AJ dapat pegi........
Nak jugak merasa tengok Pasangan DiRaja Britain tu...
Bukan senang woooo...
Tapi mesti ramai gila....
Al-maklum, bukan selalu dapat peluang yang macam ni...
So mana yang dekat KL tu boleh pegi tengok okay..
Dari jauh pun takpe kan...
Janji dapat tengok mereka bergerak depan mata... =D

P/s : Welcome to Malaysia Will and Kate!!!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Entri Tanpa Backspace.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ nak buat entri tampa (tanpa) menekan button backspace....
Agaknya kan, berapa banyaklah typo yang AJ buat dlam (dalam) satu entri ni..
mesti berlambak-lambak punya......
Yelah, selalu boleh je nak edit atau padam-padam yang tersalah type tu...
Tapi hari ni AJ TAKNAK TEKAN BACDSPACE (backspace)....
Hahhahahhaha....
Entah apalah rupa entri AJ ni kan........



Hari ni kat ofis AJ dal macam duduk dalam peti ais dah rasanya.....
Aircond bapak sejuk nak mampuih.....
Masuk je boss, lagi rendah suhu dia adjust.....
Menggigil-gigil AJ dengan ofismate.........
Lunch time tadi AJ masih lagi explore kawasan yang dekat dengan ofis baru..
Owhhhhhhh... Nampak macam tempat anak jin, tapi rupanya McFonalds (McDonalds) ada, KFC, Kenny Rogers.....
Wahhhhhhh... Best-best.. Gaji nanti hanislah (habislah)....
Jejajah kedai makan je la.....
Dannnn... Dah 2 hari AJ bantai minum Chat Ine (One)....
Dia adik beradik lain mak dan lain bapak dengan Chatime....
Hehehheheh... =D

Day 1 : Oreo Chocolate Smoothie

Day 2 : Yogurt Strawberry QQ

Okaylah, jao (jap) AJ semak berapa banyak typo yang AJ buat dalam ENTRI TANPA BACKSPACE ni....

P/s : Korang Nak Cuba Tak????
Best jugak sekali sekala buat macam ni bila kekeringan Idea nak Berblogging ni... =D

Yang AJ highlightkan dengan warna biru tu typo yang AJ buat dalam entri ni.....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Monday, 10 September 2012

Berada Di Sana Betul-Betul Menginsafkan....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Weekend yang lepas, AJ mengikuti Charity event yang dianjurkan Kelab SBW......
Dan kami telah mengunjungi Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan, Melaka....

Sedikit sejarah mengenai Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan

Beralamat di No 1212-2, Jalan Tebing Tinggi, 75460 Duyong, Melaka....
Villa ini ditubuhkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai persatuan bukan kerajaan...
Organisasi ini ditubuhkan pada awal 2009 untuk menempatkan mereka yang bergeladangan ....
Terdapat 125 orang insan bergeladangan berusia antara 20-60 tahun ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan ini..
Selain tidak berumah, ada diantara mereka yang mengalami masalah mental......

Objektif Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan

"Untuk mengasihi semua orang sama adalah asas objektif kami"

Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik buat penghuni antaranya :

Penempatan yang selesa
Kriteria ini termasuk tidur, mandi, makan seimbang dan pakaian.

Pendidikan
Beberapa penghuni diajar asas hidup dan kemahiran bekerja.
Mereka juga belajar sesuatu atau dibenarkan keluar (satu cara untuk mendedahkan mereka kepada masyarakat.)
Terdapat juga pengunjung membantu kami memberikan mereka pertolongan.

Kesihatan
Terdapat jururawat yang berkhidmat untuk penghuni kami.
Tugas utanma jururawat adalah mengatur temujanji pihak hospital dan menguruskan inventori perubatan.

Perhubungan
Tujuan utama kami memastikan para penghuni tidak terputus hubungan dengan dunia luar.
Masyarakat merupakan nadi utama Villa ini. Tanpa sokongan dan belas kasihan mereka, kita tidak akan mampu untuk menjadi tuan rumah kepada penghuni istimewa ini.
Mereka yang bertanggungjawab bagi menjalankan tugas ini adalah sukarelawan gigih kami.
Mereka menjemput orang ramai untuk melawat Villa kami dan memberitahu masyarakat mengenai kewujudan dan penghuni kami.

Bagi yang berminat untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan ataupun melawat
Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan boleh hubungi :

Tel : 06-2672820 / 06-2672822
Faks : 06-2672821
Email : villaharapan@gmail.com.my

Berada di sana memang betul-betul menginsafkan kami, ahli Kelab SBW....
Melihatkan keadaan mental dan fizikal mereka..
Ada yang berkerusi roda, ada yang hanya mampu terbaring lesu dia atas katil....
Ada antara mereka yang tidak mempunyai waris..
Ada juga yang tidak mampu dijaga oleh ahli keluarga sendiri...
Sebak dada dan menitis airmata kami....

Pada awalnya, segalanya nampak biasa sehinggalah kami melawat nenek Rohana...
Dia hanya mampu terbaring di atas katil kerana diserang penyakit strok seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri kalau AJ tak salah dan juga menghidap kencing manis...
 Tangannya juga diikat bagi mengelakkan beliau mencederakan dirinya (atas nasihat pihak hospital)....
Malahan, 2 orang anaknya juga berada di Villa ini kerana turut mengalami masalah mental...

Sedihnya mengenangkan nasib mereka semua......

AJ juga nak share sedikit gambar untuk renungan kita bersama...


Sebahagian penghuni Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan


 Ahli-ahli SBW beramah mesra dan bertanya khabar penghuni

Keadaan Nenek Rohana yang meruntun hati kebanyakan Ahli SBW




 

Penghuni yang dikurung merupakan penghuni yang bergaduh, suka melarikan diri....
Biasanya mereka dikurung bagi tempoh beberapa hari sahaja sebagai pengajaran.....
Dan terdapat beberapa orang penghuni yang dikurung secara kekal atas sebab-sebab tertentu...
namun begitu mereka akan dikeluarkan dari kurungan seketika apabila tiba waktu makan....




SBW bergambar kenangan bersama para penghuni dan menyalurkan sedikit sumbangan

Pihak SBW menghulurkan sedikit bantuan berupa makanan dan barang-barang keperluan.....
Semoga sumbangan kami dapat meringankan beban pihak Villa Harapan...
Dan mudah-mudahan kehadiran kami dapat memberikan sedikit keceriaan kepada para penghuninya.....
Amin....


P/s : Berat Mata Memandang, Berat Lagi bahu Yang Memikul....
Dan Hargailah IbuBapa Selagi Mereka Masih Bernyawa......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

"Curi-Curi Suka" Giveaway



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak join GA...
Hari ni nak join GA dari Abang Eq......

So penggemar novel...
Sila ringankan kaki dan tangan join GA ni...
Kalau tak nak biar AJ sorang je kaut semua...
Hahhahahhaa... =P

Tarikh tutup : Ahad 16 September 2012, 11.59PM

PRIZE DETAILS: 
PRIZE x 2:   
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
PRIZE x 10:  
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

P/s : Jom Join!!!!!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Baru Je Cakap......



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri sebelum ni baru je AJ cakap pasal ketidakprihatinan ni....
Tuptup malam Sabtu yang lalu, belaku kejadian lebih kurang macam ni masa AJ ada event kat Melaka tu..

Kisahnya, ada sebuah kereta Proton Wira ni telah mengalami kemalangan dengan sebuah motosikal.....
Yang tak bestnya, pemandu kereta ni boleh pulak nak potpetpotpet kat pakcik yang telah dilanggar ni....
Katanya pakcik tu melanggar lampu isyarat merah...
Kalau ye pun pakcik tu salah, apa salahnya kalau tolong angkat dulu pakcik tu ke tepi jalan.......
Ni dahlah kamu biarkan pakcik tu terduduk kesakitan di tengah jalan, lepas tu siap potpet dulu kat tengah tu tanpa mengalihkan kenderaan ke tepi jalan...
Sehinggalah konvoi kami lalu kat kawasan kejadian, barulah pakcik tu diangkat oleh kami....
Bukannya orang sekeliling yang ada kat situ.....
Lepas pada tu adalah 2-3orang budak motor yang berhenti tunggu dan hulurkan bantuan dekat pakcik tu......
Memang pakcik tu salah, tapi berilah bantuan dulu kat dia....
Lepas tu barulah nak potpet settlekan masalah....
Kalau potpet time tu pun bukan dapat apa.......
Pakcik tu pun dengar tak dengar je.... Dia pun tengah kesakitan...



P/s : Alhamdulillah masih ada 2-3 orang yang prihatin...
AJ sedikit sedih tengok situasi macam tu..
Bayangkan kalau berlaku dekat ahli keluarga kita sendiri..
Apa rasanya???


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"