Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 3 August 2012

Raya Di Mana??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhhh... Semangat betul AJ nak raya...
Asyiklah keluar entri raya kan....
Hehehheheh... =D
Hari ni AJ nak tanya, korang ni beraya kat mana tahun ni...?
AJ rasa bagi yang masih bujang, mesti takde masalah pun pasal balik raya..
Yang dah berumahtangga macam mana pulak?
Jangan ada yang tarik-tarik rambut, baling pinggan mangkuk pasal isu nak balik raya ni ye..
(Eceeewwwwaaahhhh macamlah kau dah berumahtangga.... =P)

Okay, AJ macam biasalah..
Tiap-tiap tahun memang hari raya pertama di Kuala Lumpur...
Saudara mara AJ kebanyakkannya kat KL ni....
Raya pertama, biasanya adik beradik sebelah mak akan datang berkumpul kat rumah AJ, sebab mak anak paling tua...
So pagi raya rumah AJ memang haru biru la....
Tambahan pula, sepupu sepapat AJ semua kaki bergambar......
Nampak kamera, habis porak peranda segala...
Makanan tah kemana, kami tah kemana...
Hehhehehehe... =D
Memang meriahlah....
Petang raya pula, kami akan berkunjung ke rumah saudara sebelah abah yang ada di sekitar KL......
AJ pulak setiap tahun ada tugasan khas tambahan....
Hantar juadah raya dekat En. Sayang, sebab dia kena kerja... (Kesian dia...)
Agaknya tahun ni dia dapat cuti ke tak??

Then, hari raya kedua barulah kami bertolak ke kampung di Negeri Sembilan/Melaka......
Kami memang akan balik kampung sebelah abah je tiap-tiap tahun..
Sebelah mak, dah takde sesiapa pun kat Perak tu......
So kat rumah AJ memang takkan timbul isu nak balik kampung siapa antara kedua orang tua AJ...
Lepas tu hari raya ketiga, kami akan balik KL......
Tak betah nak duduk kat kampung lama-lama.... =D
Hari-hari lain tu, barulah AJ berkunjung ke rumah rakan-rakan lain........
Tahun ni AJ ingat nak pulun cuti seminggu terus....
Hopefully Boss luluskan lah..... =D

Ni ada gambar Raya yang lepas....
Nampak kamera semua tetiba muncul.......
*Ni baru sebahagian je...*





So tahun ni korang beraya di mana??
Ada ke yang tak dapat cuti???

P/s : Jemputlah Datang Rumah AJ Ye Nanti... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. raya di mana?

    uncle senang jer. kawin orang perlis maka balik perlis la...mak ayah pun duduk di perlis hahahha..senang citer

    ReplyDelete
  2. Amboih @uncle...
    Senang nye...... Hehhehehe..

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH cuti seminggu je.. nur raya kampung kat tapah.. :)

    ReplyDelete
  4. deknie balik raya kat kelantan... masih bujang kan.. so xde nak tarik rambut sapa la..hehehe

    ReplyDelete