Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 26 July 2012

Ya Allah... Sedihnya Tengok Dia...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seperti korang sedia maklum, kawan AJ terlibat dalam kemalangan.....
Kalau mana yang tak tau lagi KLIK SINI....
Semalam habis kerja, AJ terus ke HKL.....
Sampai di hospital, rakan-rakan lain sudah ramai yang datang melawat......
Disebabkan dia di tempatkan di Unit Rawatan Rapi, kami semua bergilir-gilir melihat keadaan dia.....
Tiba giliran kami, hati AJ berdebar-debar...
Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku......
Sampai je ke katil dia, AJ cuba sedaya upaya menahan tangis...
Namun AJ tak mampu....... Mengalir jua airmata di hadapannya......
Lalu AJ sedekahkan Al-Fatihah....
Keadaannya.......Apa yang mampu saya katakan....
Sangat teruk....
AJ tidak mengenali langsung wajahnya.........
Jauh sangat bezanya dia yang saya kenali dan dia yang terbujur di katil wad tu.......
Kepalanya berselirat dengan wayar......
Darah membeku di kepala dengan tekanan darah yang agak rendah tertera di monitor....
Yang membuatkan AJ bertambah sedih bila mengetahui urusan register pesakit hanya selesai pada petang semalam....
Walhal dia kemalangan kelmarin...
Ini kerana ada makhluk tak bertanggungjawab telah mengambil dompet dia dan menyukarkan pihak polis mengenali identiti dia.....
Ya Allah..... Teruknya orang yang mengambil kesempatan tu...
Nasib baik Hp dia berjaya ditemui......
Melalui Hp tersebut, kaum keluarga dan rakan-rakan dapat dihubungi....
(Tapi khabarnya hp tu dah tiada saat keluarganya sampai..)
Kejadian tu dikatakan berlaku semasa dia balik dari membeli juadah di Bazaar Ramadhan.....
Dia dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta Myvi...
Lalu jari laju menaip namanya di laman Fb.....
Status terakhirnya sebelum kemalangan nak makan kuih abuk-abuk...
Mengalir lagi airmataku.....


Reid, be strong..........
Kami semua tau kau seorang yang tabah....
Kami sayangkan kau Reid..
Kami nak tengok kau gembira dan sihat seperti sebelum ni..
Doa kami sentiasa mengiringi kau.....
Kuatkan diri Reid....
Semoga kau cepat recover.......
Nanti kau dah sihat kita ramai-ramai pegi cari kuih abuk-abuk tu ye.....
Petang ni kami datang lagi ye Reid.....
Ya Allah, berikan dia kekuatan.....

P/s : Sedih.....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

11 comments:

  1. sedihnya...semoga reid tabah dan kuat hadapi dugaan di bln Ramadhan ni. syahdunya..airmata bergenang je bila baca n3 awk ni..semoga dia cepat sembuh. sama2 kita doakan

    ReplyDelete
  2. Terbayang keadaan dia.

    Smoga kawan ayue diberi kekuatan dan semangat yg tinggi utk mengharungi kesakitan itu.

    ReplyDelete
  3. semoga beliau dikurangkan kesakitan & disembuhkan seperti sedia kala,amin ~

    ReplyDelete
  4. semoga yang terbaik diberi kepadanya.. amiinn

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..sedihnye.. semoga dia kuat menghadapi dugaan tersebut..semoga die cpt smbuh gk ..

    ReplyDelete
  6. sbar ea..semua tu ujian...bykkan doa semoga dia cpt sembuh...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kawan2......
    Semoga berkat doa kalian tu membantu dia untuk bangkit....
    Aminn...

    ReplyDelete
  8. alaaa..sedihnye..
    ika doakan semoga dia kembali sihat seperti sedia kala. aminn

    ReplyDelete
  9. sedihnya nur baca ni...smpai hati betul org yg amik ksempatan ke atas mgsa..!
    geram sungguhhh..!

    moga sahabat ayue cepat sembuhh,... amin..!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua yang mendoakan beliau........
    Sedekahkan Al-Fatihah untuk dia.....
    Amin.....

    ReplyDelete