Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 23 July 2012

Tips Kekal Segar Di Bulan Ramadhan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila tiba bulan puasa, pasti ada antara kita yang lemah tak bermaya je....
Ehhh... relaxlah...
Puasa je kan......
Janganlah nampak lemah sangat..... =D
So saya nak share sikit tips supaya kita kekal segar di bulan puasa ni....



1. Banyakkan meminum Air Masak..
Separuh orang suka meminum minuman yang sejuk dan berais ketika bersahur mahupun berbuka puasa.....
Tahukah korang sebenarnya meminum minuman berais ni hanya menyebabkan badan kita menjadi lemah ketika berpuasa....
Seelok-eloknya banyakkan meminum air masak dan kurangkan minuman berais okay...
Bukan tak boleh minum langsung....
Tapi "kurangkan".... =D

2. Bersahur...
Ada yang memandang remeh tentang bersahur ni....
Sahur ni dapat membekalkan kita tenaga semasa berpuasa di siang harinya....
Setidaknya, dengan bersahur kurang sikit rasa lapar kita tu....
Kalau dah tak lalu nak makan sangat, kurma dengan sedikit air atau susu pun sudah memadai...
Selain tu, dapat pahala lagi... 


3. Mandi dengan air yang sejuk.....
Haaaa.... Mandi air sejuk ni dapat menyegarkan badan kita tau......
Cuba korang try mandi dengan air panas.....
Saya pasti badan korang cepat je lemah.........
Sebabnya mandi dengan air panas boleh menyebabkan lemak pada lapisan epderdemis kulit hilang dan akhirnya mengakibatkan kulit menjadi kering....
Bila kulit dah kering, kita pun nampak kusam je.... 

4. Beriadah! Bukan tidur sahaja....
Bukanlah suruh korang berjogging pulak di bulan puasa ni..
Nanti tak pasal-pasal dicop tak puasa pulak sebab terlebih aktif....
Di bulan puasa ni, eloklah anda lakukan aktiviti yang tidak memenatkan seperti banyakkan berjalan dan isikan masa dengan perkara yang lebih berfaedah.....
Bukannya tidur sepanjang hari.....
Selain memakruhkan puasa, terlebih tidur ni buatkan muka korang nampak sembab dan tak bermaya...
Nak ke muka macam tu???

5. Ambil Makanan Tambahan...
Jangan salah faham ye..
Makanan tambahan ni bukan bermaksud makan dengan lahap dan banyak semasa berbuka.....
Makan tu biarlah berpada-pada...
Makanan tambahan yang saya maksudkan ialah vitamin dan multivitamin......
Pengambilan vitamin bukan sahaja buat kita segar, tapi mapu membruikan kesihatan dan juga kulit yang cantik....


6. Amalkan memakan Buah Kurma..
Okay, kat sini saya mengaku saya kurang suka buah kurma ni....
Kalau kurma fresh tu saya suka....
Tapi sebenarnya, buah kurma ni banyak manfaatnya...
Buah kurma mengandungi protein, vitamin B6, serat dan mineral. Ia juga dapat menjauhkan kita daripada berdepan dengan infeksi kulit selain melambatkan proses penuaan.
Amalan memakan kurma adalah sunat. Ambil tiga biji kurma setiap kali berbuka kerana ia membantu mengembalikan semula paras gula di dalam darah ke tahap yang normal.
So siapa yang lalu makan buah kurma ni, silalah amalkan......

Okaylah, saya rasa ini saja yang saya nak kongsikan dengan korang....... =D
Bila badan kita segar, berpuasa tu jadi sesuatu yang menyeronokkan tau......

P/s : Kekalkan Kesegaran Di Bulan Puasa.....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

8 comments:

  1. wahhhh..nice info.....baru tau mandi dengan air panas tuu boleh buat kulit kering....huhu...nak kena mandi ngan air sejuk la lepas ni...heheh...

    ReplyDelete
  2. nice2 tip..haruslah lakukan semua di atas nagi mengekalkan kesegaran:)

    ReplyDelete
  3. Aah la @eimah siti... Skali skala ok...
    Tapi jangan amalkan... =D

    ReplyDelete
  4. sy mnum air msak j bnyk2...heee

    ReplyDelete
  5. Yup @SoLy SoLicious, minum air masak ni bagus untuk penghidratan.... =D

    ReplyDelete