Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 10 July 2012

Nike Ardilla Dalam Kenangan..




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ehem ehem ehem.....
Test mic 1,2,3....

"Ku tak akan bersuara...
Walau dirimu kekurangan..
Hanya setiamu itu ku harapkan...
Ku tak akan menduakan...
Walau kilauan mengoda..
Kasih dan sayangku tetap utuh untuk mu...."

Okay dah-dah... Hujan pulak nanti... =P
Haaaa.... Kenal tak bait lagu tu??
Salah satu lagu pilihan kalau pegi karaoke okay....
High pitch lagu ni, tapi saya peduli apa kan?
Hehehehheeh... =D
Tadi terdengar lagu ni... Tiba-tiba teringat pasal penyanyinya....
Lalu jari-jemari pantas meng"google"..

NIKE ARDILLA

Korang kenal tak pelantun lagu ni??
Haaaaa.. Mana yang lahir selepas tahun 1995 tu mesti tak berpeluang mengenali penyanyi ini.....
Kerana seperti yang semua orang sedia maklum, beliau meninggal dunia pada 19 Mac 1995 akibat kemalangan jalanraya pada usia 19 tahun....

Siapakah dia???
Beliau ialah Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi atau dikenali sebagai Nike Ardilla..
Dilahirkan pada 27 Disember 1975 di Bandung, Indonesia....
Merupakan anak kepada pasangan R. Eddy Kusnadi dan Nining Ningsihrat...
Kareer seninya bermula pada tahun 1987 apabila ibunya membawa beliau ke Himpunan Artis Penyanyi Musisi Indonesia (HAPMI)..
Disana beliau bertemu dengan Deni Kantong, guru nyanyiannya dan Deni Sabrie yang kemudiannya menjadi manager Nike. Mereka juga memperkenalkan Nike dengan Deddy Dores......

Antara album yang telah menaikkan nama Nike ialah Nyalakan Api (1991), Matahariku (1992), Biarlah Aku Mengalah (1993), Tinggallah Aku Sendiri, Biarkan Cintamu Berlalu (1994) dan Sandiwara Cinta (1995).

Dan beberapa filem lakonannya Kasmaran (1997), Si Kabayan Saba Kota (1988), Gadis Foto Model (1989), Ricky, Lupus IV (1990), Si Kabayan dan Anak Jin, Cinta Anak Muda (1991), Olga dan Sepatu Roda, Si Kabayan Saba Metropolitan, Tiga Kamar Perawan (1992) dan Kembali Lagi (1994).

Serta beberapa sinetron antaranya Bunga Kampus (1992), Sukreni Gadis Bali (1993), Trauma Marissa, Ceplas-Ceplos, Saputangan dari Bandung Selatan, None (1994) Warisan I & II, Jalur Putih (1995).

Namun siapa sangka...
Pada 19 Mac 1995, ketika beliau berada dipuncak kerjayanya...
Takdir Allah s.w.t mengatasi segala-galanya...
Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya yang mengorbankan nyawanya......
Kereta Honda bernombor pendaftaran D 27 AK dikatakan hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu melanggar tembok di Jalan RE. Martadinata....
Kejadian yang berlaku lebih kurang 6 pagi itu mengundang pelbagai spekulasi..
Antaranya, Nike dikatakan memandu dalam keadaan mabuk...
Namun, dakwaan itu disangkal keras oleh keluarganya....
Menurut rakannya Sofiatun yang terlibat sama dalam kejadian itu, Nike hanya meminum jus oren sepanjang malam tersebut ketika berada di Disko POLO....
Laporan bedah siasat juga menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam tubuh badan beliau..
Ada juga yang berkata, kemalangan itu berpunca dari perbuatan khianat daripada insan yang tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh Nike....
Wallahualam....
Walau apapun yang terjadi pada hari kejadian, saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat...
Al-Fatihah...


Kenderaan Yang Dipandu Nike Ketika Kejadian...

img
Pintu Kereta...


Hari Pengkebumian...

Pusara Nike Ardilla...

Sumber : Google

P/s : AL-FATIHAH....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

9 comments:

  1. al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  2. @fyna Semoga arwah tenang disana.....

    ReplyDelete
  3. ika suka lagu tu.huhuhu

    al fatihah.

    ReplyDelete
  4. lagu-lagu beliau mmg sedap...al fatihah

    ReplyDelete
  5. selalu dgr camtu2 je.. tp xpulak rasa nak men-google pasal beliau..

    al fatihah..

    ReplyDelete
  6. rajinnye menggugel.. sy pun suka lagu tu.. eh, pusara dia tu?? pelik je..hurm tahun 1995, sy darjah 6. :)

    Al-fatihah...

    ReplyDelete
  7. @Deqla manjew Aah itu memang pusara dia.... Ade nama kat tepi tu....

    ReplyDelete