Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 11 June 2012

Sebenarnya Bila Hari Bapa???




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay, minggu lepas saya diajukan 1 soalan dari ofismate....
"Eh AJ, bila HARI BAPA ye??"
Terdiam AJ sekejap....
Bila ye Hari Bapa sebenarnya???
AJ tau Hari Bapa jatuh pada bulan Jun bagi kita kat Malaysia ni...
Tapi tarikhnya bila??

Korang tau bila tak??
Kalau tak tau, AJ dah tolong Google kan untuk korang.... =D

HARI BAPA

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan. 

Tarikh yang diakui secara rasmi adalah berbeza menurut negara yang berlainan. Bahagian ini menyenaraikan beberapa contoh-contoh yang penting.

Ahad ketiga bulan JunAmerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile,China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
23 JunNicaragua, Poland, Uganda
30 JulaiVietnam
Ahad ketiga bulan JulaiUruguay
Ahad terakhir bulan JulaiRepublik Dominican
23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran)Iran
Ahad kedua OgosBrazil
8 OgosTaiwan
Ahad pertama bulan SeptemberAustralia, New Zealand
Ahad kedua bulan NovemberEstonia, Finland, Norway, Sweden
5 DisemberNegara Thai
23 FebruariBelarus, Rusia, Ukraine
19 MacBolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol.
5 MeiRomania
8 MeiKorea Selatan (Hari Ibu bapa)
Hari AscensionJerman
Ahad pertama bulan JunLithuania
5 Jun (Hari Perlembagaan)Denmark
Ahad kedua JunAustria, Belgium, Ecuador
17 JunEl Salvador, Guatemala


Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.



Jadi kalau ikut kira-kira, Hari Bapa pada tahun ini jatuh pada 17 JUN 2012 lah....
Kalau tak percaya Google lah sendiri ye..
Hehehheheheh...=P
Dan kalau Google tipu, AJ pun tipu koranglah....

P/s : Entri Hari Bapa???
Hari tu lah baru taip....
Kannnnnn...... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. Tak lama lagi Hari Bapa :D hee

    ReplyDelete
  2. oooooow, tapi kan manis hari2 sambut hari bapa.. x yah hadiah, hanya ciuman dan kucupan tangan tanda kasih dan hormat,...

    ReplyDelete
  3. sehari selepas birthday saya ke? biar betik 17 jun.. ^^

    www.princemiruljr.com

    ReplyDelete