Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 29 May 2012

Tips Melupakan Bekas Kekasih




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Haaaaaaaaa..... Setiap orang mesti penah merasa "Putus Cinta" kan???
Hep....Hep....Hep.... Jangan tipu.... =P
Ada yang susah nak lupakan bekas kekasih walaupun sudah lama berpisah...
Hari ni, saya nak share sikit tips-tips melupakan bekas kekasih...

1. Jangan simpan FOTO kamu dengan bekas kekasih

Kalau dah putus, lebih elok kamu buangkan saja foto dengan bekas kekasih....
Tak kiralah di dalam rumah, facebook, twitter, myspace, blog dan sebagainya...
Cukuplah kamu pernah menatap wajahnya suatu ketika dahulu...
Lagipun kalau masing-masing sudah bertemu pengganti dan dia menjumpai foto tersebut.. Naya kamu nanti....

2. Jangan hubungi lagi bekas kekasih dalam waktu terdekat selepas putus cinta

Selagi kamu masih menghubunginya, waima bertanya khabar skalipun semakin susah kamu untuk melupakannya...
Bukan tidak boleh berhubung langsung...
Tetapi tunggu sehingga kamu betul-betul sudah menerima kenyataan perpisahan antara kalian berdua..

3. Jangan pakai barangan dan pakaian yang sama dengan bekas kekasihmu

Masa bercinta mesti ada beli barang yang sama dengan si dia kan??
Sama ada jam tangan, cincin, baju yang sama dan macam-macam lagi..
Seelok-eloknya, barangan tersebut usahlah dipakai lagi...
Ia hanya mengingatkan kamu kepada bekas kekasih...
Kalau sayang hendak dibuang..
Berilah kepada teman atau saudara yang lain....

4. Usah pergi ke tempat yang akan mengingatkan kenangan cinta kamu dan dia

Memang tempat tu banyak kenangannya...
Tetapi kalau kamu asyik mengunjungi tempat kenangan tersebut, memang sampai bila-bila ingatan kalian pada bekas kekasih takkan padam......
Cuba cari tempat baru pula...
Kan lebih seronok???

5. Cuba ingat perkara yang menyakitkan hati yang pernah dilakukan oleh bekas kekasih

Setiap kali kamu teringatkan bekas kekasih, cuba halangnya dengan memikirkan perkara yang paling menyakitkan hati pernah dilakukannya terhadap kamu....
Tentu kamu berasa sakit hati bukan??
Dengan itu, automatik ingatan kamu terhadap si bekas kekasih bertambah berkurangan...

6. Luangkan lebih banyak masa dengan Keluarga dan Rakan-rakan

Lakukan lebih banyak aktiviti bersama Keluarga dan Rakan-rakan.....
Bila kamu banyak beraktiviti, sudah pasti kamu tidak mempunyai masa untuk mengingati bekas kekasih......
Silap-silap orang sekeliling kamu pun, kamu boleh lupa....
Hehehhehehhe.. =P

7. Cari pengganti bekas kekasih

Segeralah kamu mencari pengganti bagi menggantikan tempat bekas kekasih...
Sekurang-kurangnya, terubat sikit perasaan kecewa kamu....
Tapi haruslah diingat...
"bukan pengganti yang main tangkap muat saja...."
Carilah yang betul-betul untuk dijadikan bakal suami atau isteri kamu.....
Kalau untuk bersuka ria, bersepah di mana-mana....
(Ini mungkin memakan masa sedikit..)
Jangan sesekali tutup pintu hati.......
Bukalah hati untuk mereka yang ikhlas menyayangi.....
InsyaAllah kamu akan bahagia dan lupa si bekas kekasih....

8. Dekat diri dengan Yang Maha Mencipta

Daripada kamu meratapi dan mengenang bekas kekasih...
Eloklah kamu mendekati Tuhan Yang Maha Esa...
Mohon padaNya agar ditabahkan hati dan ditemukan dengan insan lain....
Dengan cara ini, kamu dengan lebih mudah dapat melupakan bekas kekasih.....
InsyaAllah, berkat doa kamu....
Dapatlah kamu kekasih yang lebih baik daripada yang sebelumnya......



P/s : Mana yang tengah KECEWA tu,
Selamat Mencuba..... =D
Putus Cinta bukan beerti Dunia Kamu Bakal Berakhir.....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

8 comments:

  1. Dunia belum berakhir~ bila kau putuskan aku ~ lalalala~ ^____*


    nice en3! berguna utk org2 yg tgh frust menonggeng kat luar sana tuh ~ termasuklah saya. Ngee =,='

    ReplyDelete
  2. tips yg tersenarai sume cik eyla akan buat bile time lupa kn sidia
    tapi no 5 tu akan sentiase terpahat dihati samapi bile2 >_<

    ReplyDelete
  3. cx da pnh rs kecewa gara2 cinta. hee. tp itu ntk kebaikan kami b'dua. sgt pahit ntk ditelan tp alhamdulillah .. Allah itu Maha Penyayang. Allah kutip cx yg pnh lalai dgn cinta dunia. dan skrg. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. @CiK FizA Wahhh... bernyanyi2 beliau... ehheheheh.....
    Jgn frust tonggeng sgt... =D
    Mungkin ada hikmah sebalik perpisahan....

    ReplyDelete
  5. @CikMai hehheheh.... tq2 kerana menyokong...
    Wahhh... cm ucapan pancing undi pulak...

    ReplyDelete
  6. @♥ Cik EylaDiLLa ♥ hehheh... confirm trus tmbl rs benci pulak kn??? =D

    ReplyDelete
  7. @cx's Itulah hikmah seblk perpisahan cx......
    Allah nk bg yg tbaik tu...

    ReplyDelete