Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 23 May 2012

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni saya nak share sikit sebuah kisah yang diceritakan oleh Pakcik saya......
Cerita ni dia dengar dari seorang Ustaz yang menyampaikan ceramah kat surau hari tu....
Menarik juga isi kandungan cerita tersebut....

Cerita ini mengisahkan Seorang Putera Raja dan Bendaharanya...

Pada suatu hari, Baginda berlawan pedang dengan Adindanya.....
Lalu, tanpa disengajakan Adindanya tertusuk mata pedang ke kaki Baginda...
Baginda sangat murka, lalu menuduh Adindanya sengaja mencederakan kakinya untuk merampas takhta... Maka Baginda menitahkan Adindanya dihukum atas kesalahan tersebut...
Lalu Si Bendahara selaku penasihat DiRaja datang dan mengatakan "Tuanku, apa yang berlaku mungkin tidak disengajakan.. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Nasihat ini menambahkan kemurkaan Baginda, lalu Baginda menitahkan pengawal istana memenjarakan Si Bendahara... 

Selang beberapa hari, Baginda pergi berburu di dalam hutan.....
Tidak lama selepas itu, Baginda telah ditangkap di sebuah kawasan....
Lalu Baginda dibawa mengadap Ketua mereka untuk dijadikan santapan.....
Ketua puak tersebut sangat gembira dengan santapan itu.....
Sebelum menjadikan Baginda sebagai santapan, Ketua puak tersebut meneliti setiap inci santapan tersebut....
Tanpa diduga, terlihatlah olehnya parut di kaki Baginda.....
Lalu Ketua puak tersebut mengarahkan Baginda dilepaskan kerana tidak mahu santapan yang ada cacat cela.....
Baginda sangat bernasib baik dan teringatkan kata-kata Bendaharanya.... 

Apabila tiba di istana, Baginda mengarahkan pengawal untuk melepaskan Si Bendahara lalu menceritakan kejadian tersebut...
Mendengarkan cerita Baginda, Si Bendahara tersenyum lalu berkata "Hamba sangat gembira dipenjarakan.."
Baginda berasa hairan lalu bertanya "Mengapa Bendahara?"
Bendahara menjawab "Jika Tuanku tidak memenjarakan hamba, pasti hamba yang akan menemani Tuanku berburu... Dan, pastinya hamba yang akan menjadi santapan Ketua puak tersebut setelah beliau tidak mahu menjadikan Tuanku santapan.. Bukankah begitu Tuanku??"
Baginda terdiam sejenak.....
Lalu Bendahara berkata lagi "Tuanku, seperti yang hamba katakan dahulu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..."
Baginda terfikir akan kebenaran kata-kata Bendahara...
Memang setiap yang berlaku ada hikmahnya.... 

-Tamat-




Okay, sekarang korang nampak tak moral dari cerita ni???
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
Jadi kita sebagai manusia, jangan cepat menyalahkan takdir dan jangan cepat berputus asa....
Setiap kejadian, ada sesuatu disebaliknya.....


P/s : Alhamdulillah....
Bersyukurlah dengan setiap apa yang tejadi....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment