Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 16 Mei merupakan Hari Guru....
Jadi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Cikgu-cikgu yang penah mendidik saya suatu ketika dahulu.....
Dari zaman pakai Papan Hijau Hitam ke Papan Putih....
Dari zaman tulis guna Kapur ke Marker Pen... =D

Untuk guru-guru ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar dan Guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai....
Jasa cikgu tak pernah saya lupa....
Dan tidak dilupakan kepada guru-guru di seluruh dunia......

TERIMA KASIH CIKGU....



Pengenalan Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956,
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. 
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Tema Hari Guru 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

 
P/s : Kalaulah saya jadi CIKGU????
Habislah korang....
Heheheheheh.... =P

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. selamat hari guru buat semua guru2 di dunia, terutamanya guru2 di malaysia..!

    ReplyDelete