Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 28 February 2012

AJ Tak Suka Selsema...... Arghhhhhh!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni korang macam mana???
Hope semua sihat-sihat belaka...
AJ??? Ohhhh Selsema.....
Bencinya.......
Rasa macam nak cabut je hidung ni.....
Nak pulak kena air-cond dengan cuaca yang mega mendung, nak hujan ni...
Lagilah sengsara......
Dah la makan tengah hari tadi pedas gila....... (Nasib sedap.... =D)
Huhuhuhuu...
Mak aih... Lagi menjadilah hachoooommmmmmm saya...... =(
Dahlah tu, Mr.JR pun tak berapa sihat......... Macam berjanji pulak......


Okay ini serba sedikit info mengenai SELSEMA...

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.
Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.
Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.
Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. 


Gejala-gejala

 # Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
 # Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
 # Bersin.
# Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
 # Sakit kepala.
 # Adakalanya, demam yang ringan.
 # Sakit badan.
 # Mata berair.


Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :
 # Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
 # Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
# Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan 
kanak-kanak.
# Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
# Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
# Jangkitan bakteria sekunder.
# Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya 
lelah.


Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi.

Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : 

# Seseorang yang kurang khasiat makanannya.
# Warga-warga tua.
# Golongan yang sangat muda seperti bayi dan kanak-kanak.


Penawar Selsema

Dewasa :
# Ambil beberapa batang sirih, hancurkan sehingga mengeluarkan lendir dan sapu pada hidung.

Bayi atau Kanak-kanak :
#  Ambil kunyit hidup, asahkan di belakang pasu kemudian disapu pada hidung bayi atau kanak-kanak tersebut....

Ini petua orang-orang lama.... Sejauh mana keberkesanannya saya sendiri tidak tahu.......
Mana yang nak cuba bolehlah cuba......
AJ??? mana pulak nak cari batang sirih???
So pegi Farmasi, belilah ubat.... Ataupun soluble..... =)


P/s : Selsema, tolonglah pegi cepat..... Pedih dah hidung ni haaaa..... :'(


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment