Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 2 February 2012

PSIKOnya Driver Taxi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi masa lunch, AJ kena pegi bank di Bangsar Baru...
Disebabkan ingin memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, makanya AJ pun menaiki teksi dari Lrt Bangsar menuju ke Bangsar Baru dan kemudiannya berpatah balik ke Lrt Bangsar dengan menaiki teksi yang sama..... 
Pada mulanya, driver teksi tersebut nampak normal.... Biasalah kalau driver teksi bertanya arah tujuan kita kan.. AJ pun menjawablah pertanyaan beliau tanpa banyak berfikir.... 
Tiba-tiba dia bertanyakan umur dan status perkahwinan...
Tanpa mengesyaki apa-apa AJ menjawab pertanyaan dia sekali lagi tanpa rasa was-was.........

TIBA-TIBA............ Dia dah tanya kenapa AJ belum berkahwin, tak terasa nak beranak ke dan siapa jodoh AJ, apa pekerjaannya, berapa gaji bulanannya....
AJ mula rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan driver tersebut...
Yelah, dah tu siap offer nak suruh kawin dengan dia bagai....
Kepala hotak dia.. Ingat AJ ni apa?? Sesuka hati dia je..
Kemudian dia bercerita pulak hal peribadi dia... Sepatutnya kahwin bulan lepas lah, lepas tu ramai perempuan tergila-gilakan dialah.... Tapi dia yang taknaklah....
Lepas tu cerita pulak tahap pendidikan dia..... Ada 2 MASTER dan 1 DEGREE katanya......
AJ dah memang malas nak layan tengok jelah telefon dalam tangan.....
Dalam hati kalau tinggi sangat kau belajar, kenapa kau bawak teksi???
Kalau AJ suarakan, buatnya dia melencong kat tempat lain, lagi haru dibuatnya kan???? So cakap jelah dalam hati......

DAN....... AJ rasa nak muntah darah, nak pecah kepala hotak bila dia cerita yang dia ni ada AUDI A2, HYUNDAI SONATA dan NAZA RIA....
Lepas tu setiap tahun keluarkan 1 teksi baru... Tapi kenapa teksi kau tu buruk dan berbau hamis????
Asal PSIKO sangat driver teksi ni??????
Seumur hidup AJ, tak pernah pulak AJ jumpe driver teksi yang macam ni........
Tiba-tiba hari ni terjumpa pulak yang macam ni punya KRONIK!!!!
Lepas tu yang buat AJ lagi hangin 1 badan bila dia caj RM22.50 bagi perjalanan sekangkang kera macam tu...... ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!

Korang semua kalau lepas ni ada tertahan atau terjumpa teksi dengan nombor pendaftaran HWB9468 tak payahlah korang tahan atau naik.... Sebelum korang pulak terkena macam AJ.....
Info ni je yang dapat AJ share dengan korang sebab kad pemandu pun dia tak pamerkan.......
Memang AJ adukan kat SPAD lepas pada tu......
Serik AJ macam ni.... =(





P/s : AJ Bukan Nak Hina Pekerjaan Dia Dalam Entri Ni.....
Tapi Janganlah Kerana Dia Seorang, Rezeki Pemandu Teksi Lain Terjejas.....
Seriik Kot.....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment